![]() |
Kredit gambar : Sky Sports |
Shkodran Mustafi merupakan pemain pertahanan tengah yang dibawa masuk Arsenal pada Ogos 2016 dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan namun dipercayai sekitar £35 juta.
Beliau yang menyambut ulangtahun hari kelahiran beliau yang ke-26 semalam (17 April 2018), menerima kritikan hebat ketika ini ekoran prestasi beliau yang dikatakan tidak begitu memuaskan dan setimpal dengan harga yang dibayar Arsenal ketika mendapatkan beliau.
Kritik tersebut hadir bukan sahaja daripada penyokong Arsenal malahan juga daripada peminat dan pemerhati sukan bolasepak yang mempertikaikan aksi beliau ketika ini.
Kritik tersebut hadir bukan sahaja daripada penyokong Arsenal malahan juga daripada peminat dan pemerhati sukan bolasepak yang mempertikaikan aksi beliau ketika ini.
Melihatkan kepada prestasi semasa beliau terutamanya pada perlawanan menentang Newcastle dua hari lalu, sememangnya diakui bahawa prestasi beliau sedikit mengecewakan.
Namun wajarkah beliau dipersalahkan dan dijadikan kambing hitam?
Pada pertembungan menentang Newcastle yang menyaksikan Arsenal tewas 2-1 tempoh hari, gol pertama Newcastle yang dijaringkan oleh Ayoze Perez, tidak sepatutnya kita meletakkan kesalahan 100% keatas beliau dan jika hendak mencari kesalahan, sememangnya mudah untuk mempersalahkan seseorang.
Namun artikel ini bukanlah untuk mencari kesalahan, dan jika dilihat pada 'built up' serangan Newcastle (rujuk pada gambar dan video dibawah), Elneny dan Xhaka turut gagal membantu pertahanan dalam memberi tekanan kepada pihak lawan.
Tindakan mereka yang lambat memberi tekanan serta gagal menutup ruang menyebabkan Newcastle berjaya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-29, hanya 15 minit selepas Lacazette meletakkan Arsenal didepan.
Gol yang dijaringkan Perez itu juga berlaku ketika Mustafi cuba mencabar dan menghalang pemain tersebut daripada melakukan percubaan yang akhirnya menyebabkan beliau dipersalahkan.
Namun jika melihat secara keseluruhan bagaimana gol penyamaan yang dihasilkan oleh Newcastle itu, adalah tidak wajar untuk kita mempersalahkan Mustafi seorang.
Gol yang dijaringkan Perez itu juga berlaku ketika Mustafi cuba mencabar dan menghalang pemain tersebut daripada melakukan percubaan yang akhirnya menyebabkan beliau dipersalahkan.
Namun jika melihat secara keseluruhan bagaimana gol penyamaan yang dihasilkan oleh Newcastle itu, adalah tidak wajar untuk kita mempersalahkan Mustafi seorang.
![]() |
Kedudukan barisan pertahanan (pemain) Arsenal ketika Newcastle (bulatan biru) melancarkan serangan dan kedudukan Mustafi (bulatan merah). |
![]() |
Ruang selesa diberikan oleh pemain pertahanan Arsenal kepada pemain-pemain Newcastle (garisan merah). |
![]() |
Akhirnya Perez (kuning) lebih pantas ke depan untuk menerima bola yang seterusnya menjaringkan gol penyamaan. |
Manakala gol kemenangan Newcastle pula, jika dilihat ianya berpunca daripada kesilapan Monreal yang menanduk tepat (menghantar) bola kepada pihak lawan.
Dan kesilapan itu menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan tersebut.
Sememangnya Monreal melakukan kesilapan (error leading to goal) namun sekali lagi tidak wajar untuk mempersalahkan Monreal seorang.
![]() |
Mustafi melakukan tandukan (cabaran - dalam bulatan merah) selepas pemain Newcastle melakukan lontaran kedalam, manakala pemain Arsenal menjaga pemain Newcastle (kotak biru). |
![]() |
Pemain Newcastle menerima bola tandukan Monreal dan perhatikan bagaimana sekali lagi pemain Newcastle yang lain diberikan ruang yang cukup selesa oleh pertahanan Arsenal. |
Melihatkan situasi pertahanan Arsenal ketika ini, adalah sukar untuk menyelesaikan masalah pertahanan pasukan (tidak akan selesai jika hanya) menggantikan Mustafi pada musim depan.
Secara keseluruhannya, memang diakui barisan pertahanan Arsenal musim ini tidak begitu kental malahan Koscielny sendiri turut melakukan beberapa kesilapan musim ini.
Mustafi bukanlah seorang pertahanan yang teruk, namun apabila bermain secara berpasukan (pertahanan) dengan kerap bertukar gandingan sudah pasti ianya menampakkan kesilapan yang dilakukan Mustafi.
Merujuk kepada perlawanan menentang Newcastle, kita sedia maklum bahawa ianya percaturan 'experiment' Wenger setelah peluang untuk merebut tempat dikalangan empat kelompok terbaik liga sudah tidak mampu lagi dikejar, adalah wajar untuk Wenger memberikan perhatian dan tumpuan kepada saingan Liga Europa.
Mustafi pada perlawanan itu bergandingan dengan dua pemain muda yang mana Chambers berada disebelah kanan beliau (pertahanan kanan) dan Holding diberada disebelah kiri beliau selaku pertahanan tengah (menggantikan Koscielcy).
Selaku pemain berpengalaman sudah tentu Wenger mengharapkan agar beliau mampu memberikan tunjuk ajar dan membimbing dua pemain ini (Chambers dan Holding). Selain mencari keserasian dalam gandingan mereka (persedian musim depan).
Dan beliau (Mustafi) sudah selesa bergandingan dengan Koscielny sebagaimana Koscielny satu ketika selesa berganding bersama Per Mertesacker, pasti sukar untuk membentuk gandingan yang mempunyai persefahaman sebagaima beliau bersama Koscielny dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi dalam perlawanan kompetitif.
Dengan Koscielny ketika ini sering mengalami kecederaan, sudah tentu Wenger mahu mencari gandingan yang sesuai buat Mustafi, dan untuk mencari keserasian gandingan ketika liga sedang berlangsung (menuju ke penghujung musim) ianya adalah satu pertaruhan (experiment) dengan risiko tinggi.
Menggantikan Mustafi dengan pemain lain (mencari pemain baru) bukanlah pilihan terbaik bagi penulis, namun mencari pengganti kepada pasangan ataupun gandingan yang sesuai buat Mustafi adalah jalan penyelesaian terbaik bagi menghadapi musim depan.
Dan ini terpulang sama ada membentuk gandingan baru (Mustafi) dengan pemain sedia ada (sebagaimana perlawanan menentang Newcastle) ataupun membeli pertahanan baru (seorang lagi CB) untuk bergandingan bersama Mustafi.
Kerana kita tahu, Koscielny juga semakin berusia dan prestasi beliau juga turut menurun (tidak seperti musim-musim terdahulu).
Sudah pasti pembelian pemain turut melibatkan kos (sesuatu yang perlu diingat dimana Arsenal tidak gemar berbelanja mewah).
Seandainya menjual ataupun melepaskan Mustafi, tugas mencari pemain baru dan membentuk gandingan mantap sekali lagi mengambil masa.
Namun dari segi rekod penampilan dan statistik yang dimiliki Mustafi, beliau tidaklah seteruk mana, cuma kesilapan beliau yang sentiasa diingati kerana membenarkan pihak lawan menjaringkan gol.
Dan ini terpulang sama ada membentuk gandingan baru (Mustafi) dengan pemain sedia ada (sebagaimana perlawanan menentang Newcastle) ataupun membeli pertahanan baru (seorang lagi CB) untuk bergandingan bersama Mustafi.
Kerana kita tahu, Koscielny juga semakin berusia dan prestasi beliau juga turut menurun (tidak seperti musim-musim terdahulu).
Sudah pasti pembelian pemain turut melibatkan kos (sesuatu yang perlu diingat dimana Arsenal tidak gemar berbelanja mewah).
Seandainya menjual ataupun melepaskan Mustafi, tugas mencari pemain baru dan membentuk gandingan mantap sekali lagi mengambil masa.
Namun dari segi rekod penampilan dan statistik yang dimiliki Mustafi, beliau tidaklah seteruk mana, cuma kesilapan beliau yang sentiasa diingati kerana membenarkan pihak lawan menjaringkan gol.
Rekod penampilan setakat ini (musim 2017/18)
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Premier League | 24 | 3 | 1 |
Europa League | 6 | - | 1 |
EFL Cup | 3 | - | - |
JUMLAH | 33 | 3 | 2 |
Rekod Arsenal dalam saingan Liga Perdanan bersama/tidak bersama Mustafi.
Arsenal dengan/tanpa Mustafi | Arsenal menang | Arsenal Seri | Arsenal Kalah | Bolos |
---|---|---|---|---|
Mustafi beraksi : 24 | 12 | 4 | 8 | 28 |
Mustafi tidak beraksi : 9 | 4 | 2 | 3 | 17 |
Perbezaan gol agak ketara apabila Arsenal beraksi tanpa Mustafi dengan Arsenal secara purata telah melepaskan gol sebanyak 1.89 gol setiap perlawanan.
Berbanding ketika Arsenal turun bersama Mustafi dengan hanya membenarkan gol dijaringkan pihak lawan secara puratanya 1.2 gol untuk setiap perlawanan.
Rekod Arsenal dalam saingan Liga Europa bersama/tidak bersama Mustafi.
Arsenal dengan/tanpa Mustafi | Arsenal menang | Arsenal Seri | Arsenal Kalah | Bolos |
---|---|---|---|---|
Mustafi beraksi : 6 | 5 | 1 | - | 6 |
Mustafi tidak beraksi : 6 | 3 | 1 | 2 | 5 |
Rekod pemain pertahanan Arsenal
Pemain | Appearances | Goal | Shot Accuracy | Chances Created | Pass Accuracy | Duel Won | Defensive Action | Defensive Error |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mustafi | 24 | 3 | 60% | 6 | 86% | 53% | 9 | 2 |
Koscielny | 24 | 2 | 33% | 7 | 88% | 51% | 8 | 3 |
Monreal | 25 | 4 | 40% | 12 | 90% | 45% | 6 | 2 |
Chambers | 9 | 0 | 43% | 2 | 83% | 41% | 7 | 0 |
Bellerin | 31 | 2 | 47% | 28 | 84% | 40% | 3 | 4 |
Holding | 10 | 0 | 0% | 2 | 85% | 54% | 6 | 2 |
* Duel Won = peratusan secara purata yang dikira dari segi pemain memenangi dalam melakukan halangan - 'tackle', kesalahan (kurang berbanding pihak lawan ketika bertembung satu sama satu), kejayaan mengelecek dan melepasi pihak lawan - take on dan perebutan bola diudara (tandukan).
Semakin tinggi peratusan semakin bagus.
Duels:
A failed tackle – A tackle that hasn’t won possession, could be a foul.
Take on – Attempted dribble past an opponent.
Aerial – Aerial duel 50/50 when ball is in the air.
A lost aerial duel – An aerial duel that has been lost, could be a foul.
Defensive Actions = jumlah (mata) purata pemain berjaya dalam melakukan pintasan pihak lawan ketika mereka menyerang/melakukan hantaran (interception), halangan (percubaan pihak lawan berjaya dihalang) - blocked dan berjaya melakukan 'clearance'.
Semakin tinggi nilai yang direkodkan ini bermakna pemain tersebut lebih bagus.
Defensive Error: Led to Attempt on Goal - kesilapan yang menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan gol.
Semakin tinggi rekod (nilai) dicatatkan oleh seseorang pemain maka ianya adalah tidak bagus untuk pasukan.