Manchester City telah dinobatkan selaku Juara Liga Perdana Inggeris musim ini setelah seteru utama mereka yang juga pencabar terdekat, Manchester United tewas kepada West Brom semalam.
Sudah pasti kemenangan Pep dalam membawa Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini mencetuskan perdebatan dan perbualan dikalangan peminat dan penyokong bolasepak setelah berbelanja besar dalam membentuk pasukan beliau musim ini - 2017/18 (kira-kira £234 juta).
Berikut adalah lima pasukan yang menjuarai Liga Perdana Inggeris yang mana rekod pencapaian dipegang mereka.
1. Preston North End - 1888/89
Kredit gambar : Talk Sport |
Pasukan pertama yang menjuarai liga dengan gelaran 'Invincible' apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.
Mengharungi 22 perlawanan liga dengan mencatatkan 18 kemenangan dan empat seri pada musim 1888/89 untuk dinobatkan selaku Juara Liga musim tersebut.
Rekod cemerlang mereka (Preston North End) bermula pada musim sebelum itu (1887/89) dimana mereka telah mencatatkan kemenangan berturut-turut sebanyak 42 perlawanan dan musim 1888/89 selain memenangi (menjuarai) Liga, mereka turut menjuarai Piala FA tanpa melepaskan (bolos) sebarang gol.
Menjuari Liga musim 1888/89 tanpa sebarang kekalahan dan menjuarai Piala FA tanpa sebarang gol dilepaskan mereka merupakan satu kejayaan dan rekod yang cukup cemerlang bagi kelab Preston North End.
Menjuari Liga musim 1888/89 tanpa sebarang kekalahan dan menjuarai Piala FA tanpa sebarang gol dilepaskan mereka merupakan satu kejayaan dan rekod yang cukup cemerlang bagi kelab Preston North End.
# | Pasukan | P | M | S | K | G | B | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Preston North End | 22 | 18 | 4 | 0 | 74 | 15 | 40 |
2 | Aston Villa | 22 | 12 | 5 | 5 | 61 | 43 | 29 |
3 | Wolverhampton Wanderers | 22 | 12 | 4 | 6 | 50 | 37 | 28 |
4 | Blackburn Rovers | 22 | 10 | 6 | 6 | 66 | 45 | 26 |
5 | Bolton Wanderers | 22 | 10 | 2 | 10 | 63 | 59 | 22 |
6 | West Bromwich Albion | 22 | 10 | 2 | 10 | 40 | 46 | 22 |
7 | Accrington | 22 | 6 | 8 | 8 | 48 | 48 | 20 |
8 | Everton | 22 | 9 | 2 | 11 | 35 | 46 | 20 |
9 | Burnley | 22 | 7 | 3 | 12 | 42 | 62 | 17 |
10 | Derby County | 22 | 7 | 2 | 13 | 41 | 61 | 16 |
11 | Notts County | 22 | 5 | 2 | 15 | 40 | 73 | 12 |
12 | Stoke | 22 | 4 | 4 | 14 | 26 | 51 | 12 |
2. Liverpool - 1983/84
Kredit gambar : Talk Sport |
Walaupun tidak menamatkan saingan selaku Juara Liga dengan 'Invincible', namun Liverpool pada musim ini (1983/84) turut mencatatkan rekod cemerlang apabila berjaya menamatkan saingan musim tersebut dengan tiga kejuaraan.
Selain muncul Juara Liga, mereka juga berjaya memenangi kejohanan Eropah apabila muncul juara European Cup dengan menewaskan Roma (4-2) melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 masa penuh perlawanan.
Selain itu mereka juga memenangi kejohanan Piala Liga (League Cup) apabila menewaskan Everton 1-0.
Liverpool menamatkan musim itu (1983/84) dengan merangkul tiga kejuaraan iaitu Juara Liga, Piala Liga dan Piala Eropah.
3. Manchester United - 1998/99
Kredit gambar : Talk Sport |
Manchester United menamatkan musim terakhir sebelum bermulanya era milenium dengan penuh bergaya apabila menjuarai kejuaraan 'treble' pada musim 1998/99.
Sir Alex Ferguson ketika itu memiliki skuad terbaik dan kuat yang mampu mencabar dalam kejohanan domestik dan juga Eropah.
Ini dibuktikan apabila mereka berjaya memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.
4. Arsenal - 2003/04
Kredit gambar : Talk Sport |
Satu-satunya pasukan (setakat ini) yang memiliki trofi 'emas' Kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menamatkan saingan musim 2003/04 tanpa mengalami sebarang kekalahan semenjak Liga Perdana diperkenalkan.
Walaupun Thierry Henry seorang sahaja telah menjaringkan 30 gol dalam saingan liga, namun skuad Arsenal pada musim itu juga memiliki kekuatan pada pemain-pemain utama yang lain seperti Dennis Bergkamp, Fredrik Ljungberg, Robert Pirès , Jens Lehmann, Ashley Cole dan Patrick Vieira yang banyak membantu Arsenal dan juga membantu Henry menghasilkan gol.
Boleh dikatakan Arsene Wenger memiliki 'teras' pasukan yang kukuh ketika itu (musim tersebut).
Dengan 34 pemain mewakili Arsenal, bersaing dalam lima kejohanan berbeza dan 15 pemain tersenarai selaku penjaring kelab, Arsenal musim itu turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik dalam Anugerah Liga 20 Liga Perdana yang diumumkan pada tahun 2012 bersempena 20 tahun Liga Perdana Inggeris diwujudkan.
Selain itu, Thierry Henry turut diberi penghormatan sebagai Pemain Pemain Terbaik Tahunan PFA dan Pemain Bola Sepak Terbaik FWA Tahunan oleh penulis sukan.
Walaupun pasukan Arsenal tidak berjaya dalam kejohanan domestik lain termasuklah Eropah, namun dominasi mereka di dalam liga dianggap sebagai pencapaian tersendiri yang mengagumkan oleh kebanyakkan pengulas sukan.
Arsenal memperolehi gelaran 'The Invincibles' bagi kejayaan menjuarai musim itu sama seperti pasukan Preston North End yang tidak pernah mengalami kekalahan dalam menamatkan saingan liga (satu musim tanpa kalah).
Kredit gambar : Wikipedia |
Selain dianugerahkan trofi replika emas oleh Liga Perdana Arsenal turut mencipta rekod baru apabila mengekalkan 49 perlawanan tanpa kalah yang masih dipegang sehingga kini.
5. Chelsea - 2004/05
Kredit gambar : Talk Sport |
Chelsea musim ini (2004/05) menamatkan saingan liga selaku Juara Liga dengan mengumpul 95 mata.
Dan jumlah mata tersebut sehingga kini masih menjadi rekod Liga Perdana Inggeris yang dipegang oleh mereka.
Namun sekiranya City (musim ini) berjaya mencatatkan kesemua baki lima perlawanan liga, rekod ini mungkin dipadamkan dan bakal digantikan dengan mata yang bakal direkodkan oleh Manchester City.
City ketika ini mengumpul 87 mata dan kemungkinan mampu meraih mata maksimum 102 mata jika memenangi lima perlawanan (baki) liga.
Namun kehebatan Chelsea musim itu apabila berjaya merekodkan jumlah bolos paling sikit dengan hanya membenarkan gawang mereka dibolosi sebanyak 15 kali sahaja (15 gol dilepaskan sepanjang kempen liga musim itu).
Dan rekod ini masih dipegang mereka sehingga kini.
Prestasi semasa Manchester City.
# | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | Manchester City | 33 | 28 | 3 | 2 | 93 | 25 | 68 | 87 |