Peluang anda untuk melihat Aubameyang depan mata .

image : google

Jom tonton Pierre-Emerick Aubameyang dan Arsenal secara dekat.


Anda berpeluang melihat aksi memukau Aubameyang serta pemain bintang Atletico Madrid dan PSG secara dekat pada 26 julai 2018 dalam 'The International Champions Cup 2018 (ICC)  Singapore' bagi persiapan pra musim kali ini .

image : Squawka Football

Pengumuman  perlawanan serta perjanjian pengesahan telah berlansung pada sidang akhbar pada selasa petang 17 April di Muzium ArtScience Marina Bay Sands, Singapura. Berikut adalah perlawanan yang melibatkan 3 pasukan ini :

26 Julai : Atletico Madrid vs Arsenal
28 Julai : Arsenal vs PSG
30 Julai : PSG vs Atletico Madrid

Ketiga-tiga perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional. Bekas pemain dari ketiga-tiga kelab hadir sebagai wakil dalam sidang akhbar ini iaitu Robert Pires (Arsenal), Jose Luis Caminero (Atl Madrid), Maxwell (PSG) . Pires menegaskan ia sesuatu yang baik buat Arsenal kerana dapat memulakan Pra Musim yang berkualiti dalam kejohanan ini .

" This is a tournament and, at the end of the competition, there is a trophy. It may be a friendly competition but, when you are on the field, you don't have any friends. You want to win and, of course, win the trophy. " Robert Pires
ICC merupakan kejohanan pra-musim bagi pasukan dari eropah, kejohanan ini berlangsung di bandar-bandar utama Amerika dan juga di Asia sendiri. Pada tahun ini ia berlangsung di Singapura.

Kejohanan ini juga menarik beberapa pasukan besar sebelum ini seperti Real Madrid, Juventus, Barcelona, Manchester City dan juga Manchester United.


Ini merupakan persingahan ICC kedua di Singapura selepas musim lalu berlangsung di tempat yang sama dengan Bayern Munich, Chelsea dan juga Inter Milan berentap dalam kejohanan ini dengan  Inter Milan menjuarainya selepas menewaskan Chelsea 2-1 dan Bayern Munich 2-0.


Sumber : The Straits Times  , TODAY

Post a Comment

Previous Post Next Post