Kredit gambar : Arsenal |
Skuad U18 Arsenal layak ke peringat Akhir Piala FA Remaja buat kali pertama semenjak sembilan tahun.
Kali terakhir skuad U18 Arsenal ke peringkat akhir adalah pada tahun 2009 dan pada musim itu juga menyaksikan skuad muda ini berjaya merangkul kejuaraan Piala FA Remaja apabila membelasah Liverpool 6-2 diperlawanan akhir.
Kini selepas sembilan tahun, skuad U18 Arsenal ini kembali ke pentas final setelah membelasah U18 Blackpool 5-0 pagi tadi.
Fol Balogun, Danny Ballard, Robbie Burton, Emile Smith-Rowe dan Matthew Smith masing-masing menjaring satu gol pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi (jam 2.00 pagi waktu Malaysia).
Kesebelasan utama kedua-dua pasukan (Arsenal vs Blackpool).
🚨 Stop what you're doing and tune in 🚨— Arsenal FC (@Arsenal) April 16, 2018
It's the FA Youth Cup semi-final second leg... and it's LIVE
Watch here 👉 https://t.co/ya46sSFaPJ#AFCU18 pic.twitter.com/UrCaI0Ht46
Arsenal bakal berkunjung ke Stamford Bridge (menentang Chelsea) pada 27 April nanti bagi perlawanan Akhir pertama Piala FA Remaja sebelum beraksi dilaman sendiri pada 30 April nanti sebelum juara bagi kejohanan ini ditentukan (perlawanan akhir dijalankan secara timbal balik).
Video dibawah menunjukkan aksi cemerlang Emile-Smith Rowe yang membuat larian solo sebelum dijatuhkan pihak lawan yang seterusnya menghadiahkan penalti kepada Arsenal.
Dan beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk menjaringkan gol keempat Arsenal.
Incredible solo run by Arsenal’s Emile-Smith Rowe to win a penalty. He scored the pen to make it 4-0 to the Arsenal U18s in the FA Youth Cup SF. #AFC pic.twitter.com/5fYWKFUuSp— Ö (@GrandeArsenal) April 16, 2018
Perjalanan skuad U18 Arsenal ke peringkat akhir Piala FA Remaja 2017/18.
Round 3: Arsenal 2-1 Sheffield Wednesday
Round 4: Liverpool 2-3 Arsenal (AET)
Round 5: Middlesbrough 2-3 Arsenal
QF: Colchester 1-5 Arsenal
SF leg one: Blackpool 2-2 Arsenal
SF leg two: Arsenal 5-0 Blackpool