Eleneny buktikan beliau tidak silap apabila menolak tawaran pada awal musim

Pada awal musim ini (2017/18), Mohamed Elneny dilaporkan telah diberi kebenaran oleh pihak pengurusan Arsenal untuk berpindah.

Mohamed Elneny. Kredit gambar : 90min.com
Mohamed Elneney, 25 tahun sebelum bermulanya musim ini, dilaporkan tidak lagi diperlukan oleh Arsenal sehinggakan Wenger turut memberikan kebenaran kepada beliau untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.



Dan Arsenal turut dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat Leicester City untuk mendapatkan Elneney namun pemain kelahiran Mesir ini menolak tawaran daripada menyertai Leicester City dan mahu kekal bersama Arsenal.

Beliau menyertai Arsenal pada Januari 2016 daripada kelab Switzerland, FC Basel dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan namun dipercayai sekitar £5 juta.

Penampilan beliau bersama Arsenal pada musim pertama agak terhad memandangkan beliau menyertai Arsenal pada pertengahan liga (sedang dijalankan).

Dan beliau hanya membuat 16 penampilan secara keseluruhannya dengan satu gol dan satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Rekod musim pertama Eleneny bersama Arsenal (2015/16)
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga Perdana Inggeris 11 - 1
Piala FA 4 - -
Liga Juara-Juara Eropah 1 1 -
JUMLAH 16 1 1

Memasuki musim kedua bersama Arsenal, beliau dilihat gagal untuk menembusi barisan utama Arsenal apabila hanya membuat 24 penampilan secara keseluruhan dengan peluang beraksi di dalam saingan Liga Perdana Inggeris dilihat sebagai pilihan kedua buat Wenger (menggunakan Elneny).

Rekod musim kedua Eleneny bersama Arsenal (2016/17)
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga Perdana Inggeris 14 - 1
Piala FA 2 - -
Liga Juara-Juara Eropah 5 - 1
Piala EFL  3 - -
JUMLAH 24 - 2



Memasuki musim ketiga bersama Arsenal, beliau yang pada awalnya dilihat tidak lagi diperlukan Arsenal apabila pihak Arsenal dilaporkan telah menerima tawaran daripada Leicester City yang kemudiannya ditolak oleh Elneney untuk berpindah (meninggalkan Arsenal).

Elneney bertekad untuk terus berjuang bersama Arsenal dan merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini.

Dan rekod penampilan beliau bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, dari awal musim sehinggalah ke pertengahan Januari 2018 ( 15 Januari), beliau hanya membuat lima penampilan sahaja.

Ini membuktikan bahawa beliau tidak lagi diperlukan Arsenal dalam kesebelasan utama musim ini.

Wenger lebih cenderung menggunakan beliau bagi siangan Liga Europa berbanding Liga Perdana Inggeris apabila menurunkan beliau sebanyak tujuh kali (sehingga 15 Januari 2018).

Namun kini, beliau menjadi pilihan utama Wenger dalam empat perlawanan terakhir liga (setakat ini) apabila membuat empat penampilan secara berterusan (berturut-turut).

Serta pada bulan lalu (26 Mac2018) beliau telah diberikan tawaran kontrak baru (lanjutan) untuk kekal bersama Arsenal.

Elneny menandatangai kontrak lanjutan bersama Arsenal pada Mac lalu.
Keputusan beliau untuk menolak tawaran menyertai Leicester City pada awal musim ini didedahkan beliau melalui Arsenal Player serta penjelasan mengenai tindakan beliau yang mahu terus kekal bersama Arsenal.

Ternyata beliau tidak terpengaruh dengan kata-kata yang mengatakan beliau tidak mempunyai peluang bersama Arsenal sebaliknya beliau bertekad untuk berjuang merebut tempat didalam kesebelasan utama Arsenal.

Sikap percaya kepada diri sendiri dan mahu memenuhi cita-cita serta impian beliau menyebabkan beliau tidak mahu meninggalkan Arsenal.

"There were some clubs interested in me because I was not playing enough games and maybe they thought they could sign me or even have me on loan."

"I heard about this in the news just like everyone else and I was not interested at all. I spoke with the people here at the club and I told them - I don't want to leave. I want to fight for my position.'"

"I trust myself, I have a dream to pursue and I am not going to give up on it. I dream big and this is one of the biggest clubs in the world and I want to stay."

"The club welcomed my decision to stay and that was the end of it. People were saying, 'You aren't playing enough games, maybe you should leave or go on loan somewhere' but I wanted to prove myself."

"I played the first game of the season in the Community Shield and I proved I can play for Arsenal and will continue to fight for my position."

Kini beliau telah membuat 31 penampilan secara keseluruhan bersama Arsenal bagi musim ketiga (setakat ini).

Dan sudah pasti perkembangan ini dilihati lebih baik berbanding musim-musim sebelum ini buat beliau.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga Perdana Inggeris 12 - 1
Liga Europa 12 1 2
Piala EFL -Carabao Cup 5 - 1
Community Shield 1 - -
Piala FA 1 - -
JUMLAH 31 1 4

Post a Comment

Previous Post Next Post