Anak Mourinho sertai Manchester United?

Kredit gambar: Twitter Michael Carrick

Kemenangan yang dianggap selesa oleh Manchester United keatas Swansea City, 2-0 dilaman sendiri tempoh hari meninggalkan satu persoalan dikalangan peminat pasukan itu dan juga peminat sukan bolasepak mengenai kehadiran anak pengendali pasukan itu, Mario Jose.



Melalui gambar yang dimuat naik oleh Michael Carrick pada laman sosial twitter beliau, jelas kelihatan Mario Jose yang hadir bersama barisan teknikal pasukan tersebut dengan memakai pakaian rasmi barisan kejurulatihan (technical staff) kelab itu (merujuk kepada gambar dibawah).

Mario Jose (18 tahun) lahir di Barcelona merupakan peminat setia kelab tempat kelahiran beliau itu (Barcelona) telah menandatangani kontrak bersama Fulham pada tahun 2016 untuk tempoh selama dua tahun selaku penjaga gol kelab Inggeris tersebut. 
Jose Mario Mourinho Jr. has signed a two-year scholarship contract with Fulham. The son of the Manchester United manager joined Fulham's youth teams in 2013, and has now committed his future to the London club. - ESPN, 1 Julai 2016
Namun kurang daripada setahun selepas menyertai Fulham, beliau dilaporkan telah meninggalkan kelab tersebut diatas persetujuan bersama hasil perbincangan daripada kedua belah pihak (Fulham dan Mario Jose).
Jose Mourinho Jr leaves Fulham by mutual consent one year early. - Hitc, 11 bulan yang lalu.
Semenjak itu, tiada berita (perkembangan) mengenai Mario Jose dan terkini kelibat beliau kelihatan bersama pasukan yang dipimpin oleh bapa beliau, Jose Mourinho iaitu Manchester United.

Menjadi satu persoalan mengenai kehadiran Mario Jose yang memakai pakaian staff Manchester United dan berada bersama barisan staff kejurulatihan pasukan tersebut ketika perlawanan menentang Swansea.

Adakah  Mourinho sedang mempersiapkan anak beliau untuk mengikuti jejak langkah beliau selaku pengurus pasukan?

Post a Comment

Previous Post Next Post