Jack Wilshere teruja dan tidak sabar untuk bertemu CSKA Moscow

Kredit gambar : Sky Sports

Kemenangan 3-0 keatas Stoke City dalam aksi liga dua hari lalu menjadikan Arsenal kini mencatatkan rekod kemenangan yang keempat secara berturut-turut selepas aksi hambar sebelum itu.



Wilshere yang menjadi kapten pada pertembungan menentang Stoke tempoh hari begitu teruja untuk bertemu dengan lawan Arsenal yang seterusnya iaitu CSKA Moscow.

Arsenal bakal menerima kunjungan CSKA Moscow dalam saingan Liga Europa yang dijadualkan Jumaat ini (waktu Malaysia) dan dijangkakan bakal berlangsung dalam keadaan 'panas' memandangkan hubungan diplomatik kedua-dua negara ini (Britain dan Rusia) masih lagi dalam situasi 'perang diplomatik'. 

Dan Jack Wilshere menyifatkan kemenangan Arsenal keatas Stoke membuktikan yang mereka kini berada dilandasan yang tepat untuk mencabar kejuaraan ini selain gembira dengan momentum pasukan ketika ini (berjaya mengekalkan rekod kemenangan).

"Ini satu perlawanan besar," jelas Wilshere. 

"Kami perlu memberikan segalanya dalam tempoh 90 minit. Kami perlu mendapatkan tiga mata, perlukan kemenangan dan mengekalkan momentum ini (kemenangan)."

"Kami telah memenangi beberapa perlawanan berturut-turut dan mahu mengekalkannya. Sekarang kita bakal beraksi dalam satu perlawanan besar pada hari Khamis dan kami bersedia untuk itu."

Pada pertembungan menentang Stoke tempoh hari, Arsenal memerlukan 75 minit untuk memecahkan kebuntuan (jaringan) apabila Aubameyang berjaya menjaringkan gol pembukaan Arsenal diminit ke-75 sebelum perlawanan tersebut berakhir dengan Arsenal menewaskan Stoke 3-0.

Dan Jack Wilshere berpendapat bahawa ianya adalah menjadi kebiasaan buat para pemain untuk mencari rentak (perlawanan pertama) bersama rakan sepasukan setelah kembali daripada tugasan antarabangsa.

"Kadang-kadang ianya seperti itu selepas rehat antarabangsa, ia mengambil masa 45 minit untuk kami menemui rentak bersama pasukan."

"Saya fikir pada babak kedua kami cuba melakukannya dan apabila permainan berlangsung, mereka mula keletihan, kami meningkatkan serangan dan mereka tidak mampu untuk bertahan lagi."


Post a Comment

Previous Post Next Post