![]() |
Kredit gambar : Goonersphere |
Masa depan Jack Wilshere (26 tahun) bersama Arsenal lebih hangat diperkatakan ketika ini berbanding Aaron Ramsey (27 tahun).
Sememangnya kita semua mengetahui bahawa kontrak Wilshere bakal berakhir dipenghujung musim ini dan beliau masih belum memutuskan sama ada mahu menerima tawaran yang dibuat oleh Arsenal itu ataupun mahu menunggu tawaran daripada kelab-kelab lain.
Manakala Ramsey pula bakal memasuki tahun akhir kontrak beliau bersama Arsenal musim hadapan (kontrak bersama Arsenal berakhir pada 30 Jun 2019) dan sehingga kini beliau juga masih belum membuat keputusan mengenai tawaran pembaharuan kontrak yang dibuat oleh Arsenal terhadap beliau.
Kedua-dua mereka ini merupakan antara pemain teras Arsenal (core player) yang masih bersama Arsenal selain pemain-pemain muda (generasi) sekarang.
Dan Arsenal boleh dikatakan (mampu) kehilangan kedua-dua pemain ini musim depan.
Kedua-dua mereka ini merupakan antara pemain teras Arsenal (core player) yang masih bersama Arsenal selain pemain-pemain muda (generasi) sekarang.
Dan Arsenal boleh dikatakan (mampu) kehilangan kedua-dua pemain ini musim depan.
PENAMPILAN PERTAMA (Kompetitif)
Kedua-dua mereka ini mula mewakili skuad utama Arsenal pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2008.
Penampilan pertama Wilshere bersama skuad utama Arsenal adalah pada September 2008 ketika Arsenal menentang Blackburn dan beliau masuk menggantikan Robin van Persie pada minit ke-84 perlawanan.
Penampilan beliau itu juga merupakan rekod baru bagi Arsenal sebagai pemain termuda yang membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal yang mana sebelum itu dipegang oleh Cesc Fabregas.
Ramsey pula membuat penampilan pertama (kompetitif) bersama skuad utama Arsenal pada Ogos 2008 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang FC Twente diperingkat kelayakan pada usia memasuki 18 tahun.
Walaupun kedua-dua ini berada disituasi yang hampir sama (boleh dan bakal meninggalkan Arsenal) cuma kelebihan Ramsey ketika ini beliau masih mampu beraksi bersama Arsenal musim depan.
Dan Wilshere pula jika tidak menandantangani kontrak pembaharuan bersama Arsenal, pasti sukar untuk melihat beliau bersama Arsenal musim depan.
Jika melihat situasi ini juga, ianya seolah-olah memberi gambaran bagaimana Arsenal menghadapi situasi pada awal musim ini apabila bergelut untuk mengekalkan dua pemain utama iaitu Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.
Adakah kita sekali lagi bakal melihat Arsenal kehilangan seorang lagi pemain utama (key player)?
Jika sebelum ini kita kehilangan Sanchez (abaikan cerita buruk mengenai beliau) namun mengharungi musim depan, adakah kita turut bakal melihat Arsenal kehilangan Wilshere?
Walaupun ketika ini Wilshere boleh dikatakan bukanlah pemain utama, namun prestasi beliau kebelakangan ini boleh dikatakan cemerlang.
Bagitu juga Ramsey, beliau juga dilihat semakin cemerlang dan bagaikan menemui kembali rentak permainan menarik yang pernah disajikan beliau kepada kita sebelum ini.
Walaupun ketika ini Wilshere boleh dikatakan bukanlah pemain utama, namun prestasi beliau kebelakangan ini boleh dikatakan cemerlang.
Bagitu juga Ramsey, beliau juga dilihat semakin cemerlang dan bagaikan menemui kembali rentak permainan menarik yang pernah disajikan beliau kepada kita sebelum ini.
Jack Wilshere ataupun Aaron Ramsey.
Mana satukah lebih berbaloi? Adakah Arsenal mampu mengekalkan kedua-dua pemain ini? Dan jika diberi pilihan... mana satukah yang anda pilih untuk terus kekal berada bersama Arsenal?
Kami membuat sedikit analisis secara kasar mengenai kedua-dua pemain ini bagi menilai siapakah yang lebih berbaloi untuk dikekalkan.
Kami membuat sedikit analisis secara kasar mengenai kedua-dua pemain ini bagi menilai siapakah yang lebih berbaloi untuk dikekalkan.
REKOD KECEDERAAN
Kedua-dua pemain ini memiliki rekod kecederaan yang hampir sama (teruk) bersama Arsenal.
Ramsey dari tahun ataupun musim 2009/10 sehingga musim 2017/18 telah terlepas 113 perlawanan bersama Arsenal (bersamaan 669 hari) ekoran kecederaan.
Manakala Wilshere pula, daripada tahun atapun musim 2009/10 sehingga musim 2016/17 telah terlepas 155 perlawanan bersama Arsenal bersamaan 1013 hari.
Satu musim kekurangan data kecederaan berbanding Ramsey.
Satu musim kekurangan data kecederaan berbanding Ramsey.
Pemain | Musim | Jumlah hari | Jumlah perlawanan terlepas |
---|---|---|---|
Wilshere | 2009/10 - 2016/17 | 1013 | 155 |
Ramsey | 2009/10-2017/18 | 669 | 113 |
Berdasarkan kepada rekod kecederaan kedua-dua pemain ini, boleh dikatakan Wilshere lebih teruk dan kerap mengalami kecederaan berbanding Ramsey.
Wilshere boleh dikatakan sentiasa mengalami kecederaan panjang berbanding Ramsey (selepas insiden patah kaki).
Rekod kecederaan Wilshere
Musim | Jenis kecederaan | Jumlah Hari | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|
16/17 | Hairline crack in calfbone | 112 | 1 |
16/17 | Knee injury | 11 | - |
15/16 | Hairline crack in calfbone | 247 | 47 |
14/15 | Malleolar injury | 36 | 7 |
14/15 | Malleolar injury | 90 | 19 |
13/14 | Hairline crack in the foot | 57 | 11 |
13/14 | Sprained Ankle | 6 | 2 |
12/13 | Malleolar injury | 30 | 4 |
11/12 | Knee-OP | 125 | 6 |
11/12 | Fatigue fracture | 104 | 19 |
11/12 | Ankle surgery | 127 | 25 |
11/12 | Sprained Ankle | 56 | 10 |
09/10 | Malleolar injury | 12 | 4 |
JUMLAH | 1013 | 155 |
Kecederaan yang paling teruk menimpa Ramsey adalah pada musim 2009/10 apabila mengalami patah kaki yang hampir meranapkan karier bolasepak beliau.
Dan kecederaan itu memaksa Ramsey berehat paling panjang dengan terlepas 29 perlawanan bersamaan 248 hari (berehat).
Musim | Jenis kecederaan | Jumlah Hari | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|
17/18 | Groin Injury | 16 | 1 |
17/18 | Hamstring Injury | 28 | 9 |
17/18 | Calf Injury | 4 | 1 |
16/17 | Calf Injury | 31 | 5 |
16/17 | Hamstring Injury | 21 | 5 |
16/17 | Hamstring Injury | 70 | 12 |
15/16 | Hamstring Injury | 28 | 5 |
15/16 | Thigh problems | 31 | 6 |
14/15 | Thigh problems | 21 | 5 |
14/15 | Hamstring Injury | 35 | 8 |
14/15 | Hamstring Injury | 17 | 2 |
13/14 | Thigh Muscle Strain | 98 | 21 |
11/12 | Malleolar injury | 14 | 3 |
10/11 | groin strain | 7 | 1 |
09/10 | Broken tibia and fibula | 248 | 29 |
JUMLAH | 669 | 113 |
Dan jika berdasarkan kepada rekod kecederaan, Ramsey lebih berbaloi untuk dikekalkan berbanding Wilshere.
Ramsey 1-0 Wilshere.
Dan jika berdasarkan rekod DISIPLIN pula, jelas Ramsey lebih mampu mengawal perasaan dan tindakan apabila mengutip kad kuning lebih kurang berbanding Wilshere walaupun lebih banyak beraksi (dalam saingan liga).
Begitu juga dengan kutipan kad merah. Wilshere mengutip dua kad merah sementara Ramsey masih bersih tanpa rekod menerima kad merah.
Begitu juga dengan kutipan kad merah. Wilshere mengutip dua kad merah sementara Ramsey masih bersih tanpa rekod menerima kad merah.
REKOD DISIPLIN ( Saingan Liga Perdana Inggeris)
Disiplin | Ramsey | Wishere |
---|---|---|
Penampilan | 230 | 165 |
Kad Kuning | 26 | 34 |
Kad Merah | 0 | 2 |
Kesalahan | 242 | 161 |
Offside | 15 | 10 |
Ramsey 2-0 Wilshere.
POSISI
Pemain | Posisi Utama | Posisi Lain | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ramsey | Central Midfield | Attacking Midfield | Right Midfield | Defensive Midfield | Left Midfield | - |
Wilshere | Central Midfield | Attacking Midfield | Right Midfield | Defensive Midfield | Left Midfield | Secondary Striker |
Jika mengambil kira posisi yang boleh dan pernah kedua-dua ini beraksi bersama Arsenal, Wilshere dilihat lebih berbaloi daripada Ramsey dengan memiliki kelebihan satu posisi iaitu penyerang kedua (secondary striker).
Ramsey 2-1 Wilshere.
Manakala prestasi kedua-dua pemain ini dalam menyumbang sesuatu kepada pasukan dalam kesemua kejohanan (perlawanan) mengikut posisi yang ditugaskan pula lebih memihak kepada Ramsey
Manakala prestasi kedua-dua pemain ini dalam menyumbang sesuatu kepada pasukan dalam kesemua kejohanan (perlawanan) mengikut posisi yang ditugaskan pula lebih memihak kepada Ramsey
RAMSEY | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | WILSHERE | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Central Midfield | 149 | 36 | 24 | Central Midfield | 101 | 6 | 15 |
Right Midfield | 40 | 5 | 6 | Attacking Midfield | 48 | 3 | 10 |
Attacking Midfield | 37 | 2 | 6 | Defensive Midfield | 16 | - | 5 |
Defensive Midfield | 27 | 6 | 10 | Right Midfield | 11 | 4 | 1 |
Left Midfield | 8 | 1 | 1 | Left Midfield | 9 | 1 | - |
- | - | - | - | Secondary Striker | 1 | - | - |
JUMLAH | 261 | 50 | 47 | JUMLAH | 186 | 14 | 31 |
Ramsey 3-1 Wilshere.
Dari segi gaji ketika ini, Ramsey menerima £110,000 seminggu berbanding Wilshere yang menerima £90,000 seminggu.
Jadi boleh dikatakan kedua-dua mereka ini adalah seimbang namun penulis tetap memilih Ramsey lebih berbaloi untuk dikekalkan.
Namun anda sudah pasti ada jawapan dan penilaian anda sendiri. Cuba kongsikan bersama kami.
Namun anda sudah pasti ada jawapan dan penilaian anda sendiri. Cuba kongsikan bersama kami.
Sumber rujukan dan data adalah daripada Premier League, Total Sportek, Google dan etc.