Arsenal dilaporkan berminat dengan pemain muda Real Madrid.

Dani Ceballos.
Kredit Gambar :  Talk Sport

Masa depan Dani Ceballos bersama Real Madrid hangat diperkatakan pada musim ini kerana pemain muda itu masih gagal mendapatkan tempat dalam skuad utama pasukan itu yang dikendalian oleh Zinedine Zidane, yang sepatutnya membantu pemain ini berkembang maju.



El Confidencial melaporkan kisah pemain muda ini dengan masalah yang dihadapinya ketika ini bersama Real Madrid dalam laporan yang dikeluarkan pada 3 April 2018.

Dan laporan tersebut turut mengatakan dimana Arsenal dan Juventus telah menunjukkan minat  yang tinggi terhadap pemain itu.

Walaupun hanya Arsenal dan Juventus yang dinamakan dan nyatakan dengan jelas oleh El Confidencial dalam laporan tersebut, namun kelab-kelab lain turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain.

Ceballos sendiri dikatakan berhajat untuk berpindah (keluar) dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas nanti walaupun hanya dalam perjanjian pinjaman. 

Pemain muda berusia 21 tahun ini merasakan beliau tidak akan mendapat minit permainan (beraksi) di bawah Zidane kerana itulah beliau merasakan jalan terbaik untuk beliau mengembangkan bakat dan kualiti permainan beliau adalah dengan mencuba nasib di tempat (kelab) lain.

Presiden Real Madrid, Florentino Pérez percaya pemain muda berbakat ini mampu mencipta nama dan memeberikan sesuatu kepada Real Madrid dimasa hadapan, namun berbeza pula dengan pendapat dan pandangan Zidane yang mana pengendali pasukan tersebut tidak begitu yakin dengan bakat yang ada pada Ceballos.



Zidane mempunyai beberapa pemain lain yang mana lebih kerap digunakan ataupun menjadi pilihan beliau pada posisi tengah seperti Isco, Asensio, Modric ataupun Lucas serta seroang lagi pemain muda Real iaitu Óscar Rodríguez (19 tahun) berbanding Ceballos.

Real Madrid menandatangani Ceballos daripada Betis pada 14 Julai 2017 dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar €18 juta dan kontrak pemain tersebut bersama Real Madrid bakal berakhir pada tahun 2023 (enam tahun kontrak).

Pemain muda kelahiran Sepanyol ini beraksi pada posisi tengah (cm) dan juga mampu beraksi pada posisi tengah menyerang (attacking midfielder-amc), setakat ini telah membuat sembilan penampilan dalam aksi liga dan secara keseluruhannya 19 kali bagi musim ini bersama Real Madrid.

Rekod penampilan bersama Real Madrid Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Beraksi
LaLiga 9 2 - 212'
Copa del Rey 5 - - 411'
Champions League 4 - - 82'
Supercopa 1 - - 10'
JUMLAH 19 2 - 715'

Namun sejauh mana Arsenal dan Arsene Wenger mahupun Mislintat mahu mendapatkan pemain ini, ianya tetap menjadi persoalan.

Walaupun Real Madrid dikatakan lebih cenderung melepaskan pemain ini kepada kelab Jerman, namun turut dilaporkan bahawa Real sudi melepaskan pemain itu secara pinjaman kepada mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan pemain ini.

Dan ini mungkin memberi sedikit kelebihan buat Arsenal untuk mendapatkan pemain ini bagi mengisi kekosongan yang mungkin ditinggalkan Jack Wilshere dan juga Santi Cazorla (walaupun untuk tempoh sementara).

Serta laporan daripada beberapa media UK turut melaporkan dimana Arsenal sedia membawa pemain muda Real Madrid ini menyertai mereka musim depan.
Gunners looking to beat Liverpool and Juventus to the signing of Real Madrid midfielder Dani Ceballos. - Talk Sport
Arsene Wenger ready to sign Real Madrid ace Dani Ceballos to replace Aaron Ramsey and Jack Wilshere. - Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post