Arsenal sasarkan pengendali Nice

Jumaat lalu (6 April 2018), media Perancis melaporkan dimana Arsenal telah mensasarkan pengendali Nice, Lucien Favre sebagai pengurus baru pasukan seandainya Arsene Wenger tidak lagi bersama Arsenal musim depan.



L'Equipe melaporkan dimana Arsenal telah menyenaraikan Lucien Favre, pengurus Nice ketika ini untuk berada didalam senarai pendek nama-nama ataupun calon-calon yang bakal menggantikan Arsene Wenger.
Arsenal thinks of Lucien Favre if Arsène Wenger leaves - L'Equipe
Siapa Lucian Favre?
Lucian Favre, 60 tahun merupakan bekas pemain bolasepak kelahiran Switzerland dan memiliki 24 caps untuk negara itu.

Beliau mula menjadi pengurus ataupun jurulatih pada tahun 1991 apabila dilantik menjadi penolong pengurus pasukan U14 FC Echallens. Namun pada tahun 1993 beliau telah dberikan jawatan lebih besar bersama kelab tersebut apabila menjadi pengurus pasukan kepada skuad utama Echallens.

Sebelum menyertai Nice, beliau pernah membimbing dua kelab Jerman iaitu Hertha BSC pada tahun 2007 sehingga 2009 dan juga Borussia Mönchengladbach daripada tahun 2011 sehingga 2015.

Dan pada 24 Mei beliau telah menyertai Nice setelah kecewa dengan 'penantian' untuk menyertai Everton.

Berbalik kepada Arsenal dan Arsene Wenger, ketika ini masa depan Wenger bersama Arsenal dan pengganti kepada beliau kembali hangat diperkatakan.

Dipercayai pihak Pengurusan Arsenal bakal menilai prestasi Wenger di akhir musim ini walaupun kontrak Wenger bakal berakhir dipenghujung musim 2018/19.

Namun segalanya bergantung kepada Arsene Wenger seandainya prestasi beliau tidak menepati sasaran pihak pengurusan atau gagal memuaskan hati pihak pengurusan beliau boleh memilih untuk meletakkan jawatan ataupun meneruskan tugas beliau sehingga kontrak beliau berakhir bersama Arsenal.

Namun jika pihak pengurusan benar-benar mahukan pengganti kepada Wenger dan Wenger tetap mahu meneruskan khidmat beliau, adakah pihak pengurusan bakal memecat pengendali berusia 68 tahun itu yang mana beliau telah berkhidmat selama 22 tahun bersama Arsenal?

Satu persoalan yang sukar untuk dijawab.

Pun begitu, jika Arsenal benar-benar mahukan Lucien Favre, mereka terpaksa menunggu satu musim lagi memandangkan pengendali Nice itu masih mempunyai kontrak bersama kelab tersebut sehingga akhir musim depan.



Adakah ini satu kebetulan?

Wenger baru-baru ini turut menyuarakan hasrat beliau untuk meneruskan tugas bersama Arsenal sehingga berakhirnya kontrak beliau iaitu pada penghujung musim 2018/19 (anda boleh baca disini) dan tempoh yang sama untuk kontrak Favre berakhir bersama Nice.
According to our information, Lucien Favre is also included in the shortlistestablished by the leaders of the Gunners , sixth in the Premier League , in case they should be able this summer to replace their manager. Under contract with OGC Nice until the end of next season, the Swiss technician (60 years) is also associated with Bayern Munich and Borussia Dortmund, a club that had approached last year. - L'Equipe
Bagaimanapun Presiden kelab tersebut, Jean-Pierre Rivière dalam satu tembual bersama BeIN Sport melalui laman Le10 Sport mendedahkan dimana beliau tidak akan melepaskan pengurus pasukan itu pada musim depan.
" Last year, Lucien Favre, everybody gave it away and he stayed. I would say that this year, it is not said at all that it goes elsewhere, we'll see. We are used to hectic periods of mercato in Nice. When you do not have big means, you have to go through there. We are not so worried that we try to anticipate things (...) The coach still has a year of contract, I think it would be nice if we were still a year or more. We will see, I do not want to predict things but we are serene on the subject, "says the president of the OGC Nice.
Adakah Arsenal bakal mendapatkan Lucien Favre musim depan dan Wenger bakal melepaskan jawatan bersama Arsenal ataupun adakah masing-masing bakal meneruskan tugas masing-masing sehingga kontrak mereka (Wenger dan Favre) berakhir bersama kelab masing-masing. 

Post a Comment

Previous Post Next Post