Wenger bakal tinggalkan Arsenal pada penghujung musim ini.

Kredit gambar: Sky Sports

Arsene Wenger dilaporkan tidak akan mengemudi Arsenal musim hadapan walaupun kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19.


Berita yang pasti menggembirakan sesetengah penyokong Arsenal yang mahukan Wenger mengundurkan diri daripada Arsenal, namun semua itu hanya terjadi jika Ketua Pengarang / Penulis Telegraph (media UK) adalah benar.

Bercakap kepada Total Football Podcast, Sam Wallace mendakwa bahawa beliau percaya Arsene Wenger bakal mengundurkan diri daripada Arsenal dipenghujung musim ini.


"Arsenal perlu menang (Liga Europa). Atletico Madrid adalah halangan terbesar yang masih tinggal (berada) dalam saingan Liga Europa ketika ini."

"Ia akan menjadi cara yang terbaik untuk (Wenger) keluar. Saya fikir kemungkinan beliau akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini, dengan cara memenangi trofi Eropah (Liga Europa). Ia merupakan satu-satunya perkara yang Wenger masih gagal lakukan bersama Arsenal."

Anda boleh dengar perbincangan ini melalui podcast atau klik pada link dibawah:




Arsenal berada dilandasan terbaik untuk memenangi satu-satunya kejuaraan yang tinggal musim ini apabila selesa memenangi perlawanan pertama peringkat suku akhir dengan menewaskan CSKA Moscow 4-1.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi pada Jumaat ini (13 April 2018) jam 3.05 pagi waktu Malaysia.

Namun laporan terkini daripada Standard melaporkan bahawa Wenger masih berhasrat mengemudikan Arsenal musim depan sekaligus bertentangan dengan apa yang dipercayai oleh Sam Wallace itu tadi.
Arsene Wenger has given a clear indication that he is planning on staying at Arsenal next season after revealing where his transfer priorities will lie for the summer. - Evening Standard.
Pun begitu, difahamkan bahawa Ahli Pengarah Arsenal (BOD) bakal menilai kembali prestasi Wenger pada penghujung musim ini (penilaian bagi tahun pertama kontrak yang disambung sebelum ini - dua tahun) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan Wenger bersama Arsenal. 

Dan menurut laporan itu juga, Wenger mendedahkan dimana Arsenal kini mempunyai barisan serangan yang kuat dengan memiliki beberapa pemain yang mampu beraksi dengan cemerlang disamping penyerang muda yang dimiliki Arsenal ketika ini.

Sehubungan itu jendela perpindahan nanti mungkin hanya menyaksikan beberapa pemain baru yang akan dibawa masuk pada posisi pertahanan dan juga tengah bagi memperkukuhkan skuad dalam mengharungi saingan musim hadapan.

Mungkin kemenangan (muncul juara Liga Europa) merupakan masa yang sesuai buat Wenger untuk mengundurkan diri namun bagaimana pula jika Arsenal gagal menjuarai Liga Europa?

Adakah Wenger akan kekal setahun lagi (menghabiskan baki kontrak) atau mungkin pergolakan dalaman (skuad)  bakal berterusan dengan menyaksikan beberapa pemain mungkin meninggalkan Arsenal ekoran masalah kontrak (rundingan) yang masih belum dapat diselesaikan.

Jika melihat pada situasi terkini Arsenal, boleh dikatakan Arsenal kembali berada posisi terbaik termasuklah hubungan dikalangan pemain selepas 'pergolakan' dalaman sebagaimana didakwa sebelum ini pada awal musim.

Rata-rata pemain telah melahirkan rasa bersatu kembali - 'kini berjuang bersama-sama sebagai astu pasukan' dan 'kembali menjadi satu keluarga' bermula Januari lalu.

Mungkin Ramsey patut dikekalkan dan mungkin Wilshere patut dilepaskan...dan mungkin Wenger patut tinggalkan Arsenal?

Ramsey dan Wilshere masih belum membuat keputusan mengenai tawaran kontrak yang ditawarkan Arsenal kepada mereka.

Adakah ini berkaitan dengan masa depan Wenger bersama Arsenal?

Atau mungkin Wenger 'pergi'... dan Ramsey serta Wilshere turut 'pergi'.... apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post