Dembele tidak menolak jika Arsenal sudi dapatkan beliau

Kredit gambar: 90 min

Bulan lalu ataupun lebih tepat lagi pada 24 Mac 2018, kami melaporkan dimana Arsenal dikaitkan dengan pemain muda Barcelona, Ousmane Dembele dan anda boleh membacanya disini: Sanggupkan Arsenal bebelanja besar untuk seorang pemain muda?



Dan pada awal minggu lalu, Don Balon sekali lagi mengaitkan pemain ini bersama Arsenal dengan melaporkan bahawa Arsenal merupakan pasukan yang paling kuat dikatakan berminat untuk mendapatkan Dembele.
Dembélé is fed up and warns: the offer that takes him out of Barça (and forever). The Frenchman is not happy with his minutes of play. - Don Balon.
Such is the anger that begins to consider its future. The Gaul has offers, and they are tempting. The team that has the strongest bid for him is Arsenal , where his great friend Aubameyang plays. The Gunners will start a new project next season, and Dembélé is one of the options to strengthen the squad.

Menurut Don Balon itu juga, Dembele telah meluahkan kekecewaan beliau terhadap pihak pengurusan Barcelona mengenai peluang  (minit beraksi) beliau beraksi bersama pasukan itu.

Manakala pihak pengurusan Barcelona pula dikatakan begitu kecewa dengan prestasi Dembele namun tidak berhajat melepas pemain ini dengan nilai yang lebih rendah daripada apa yang telah mereka laburkan sebelum ini.

* Barca mengeluarkan belanja sekitar € 100 juta ketika membeli Dembele daripada Dortmund.

Laporan itu juga mendedahkan dimana Barcelona masih terbuka untuk mendengar mana-mana tawaran daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Dembele dan pemain tersebut turut dikatakan tidak lagi gembira bersama Barcelona.

Dembele dikatakan tidak berminat untuk bersama Barcelona lagi serta tidak akan kembali ke kelab tersebut jika beliau meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan nanti. Sekali gus memberi petanda bahawa beliau tidak berminat untuk berpindah daripada Barcelona secara pinjaman.



Barcelona yakin mereka bakal mendapatkan Griezmann pada musim panas nanti.
Situasi Dembele bersama Barcelona semakin rumit setelah Barcelona dikatakan hampir pasti mendapatkan Antoine Griezmann walaupun pemain kelab Atletico Madrid itu menafikan khabar angin tersebut.

Adakah pengaruh Aubameyang begitu kuat untuk Don Balon mengaitkan Arsenal dengan Dembele?

Semalam (10 April 2018), Don Balon sekali lagi melaporkan dan mengaitkan Arsenal bersama Dembele.

Menurut laporan itu, Dembele jelas kecewa dengan minit permainan yang diberikan terhadap beliau ketika ini bersama Barcelona.
Dembélé gives Barça three offers he has to go out in the summer (and one convinces him). The first proposals to change the air arrive to French. - Don Balon.

Dengan mengaitkan tiga pasukan utama yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Dembele, Don Balon turut mendedahkan bahawa Dembele tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyertai Arsenal memandangkan pemain itu bakal kembali bergandingan bersama bekas rakan sepasukan beliau ketika di Dortmund, Aubameyang.
Arsenal, Inter Milan and Juventus would have asked their surroundings for a possible exit, and Dembélé does not think the idea of ​​going to London quite bad.  - Don Balon.
Namun adakah ianya benar bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan Dembele? 

Laporan sebelum ini (anda boleh membacanya disini: Dua keutamaan Arsenal menjelang perpindahan musim panas nanti.) jelas mengatakan Arsenal tidak berharap untuk mencari ataupun memperkukuhkan barisan serangan dan ianya lebih kepada pemain dan barisan pertahanan termasuklah posisi tengah.

Namun melihatkan situasi jika Arsenal layak beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan sasaran untuk menjuarai kejohanan tersebut, sudah tentu Arsenal memerlukan seorang pemain yang mampu beraksi cemerlang dengan barisan pemain sedia ada sekarang.

Walaupun bahagian serangan tidaklah begitu kritikal berbanding barisan tengah dan pertahanan (termasuklah penjaga gol), namun jika posisi yang menjadi keutamaan Arsenal ketika ini dapat diselesaikan pada jendela perpindahan musim panas ini dengan segera; apa salahnya jika Arsenal menguatkan bahagian serangan.

Dembele...? Jika mengambil kira nilai perpindahan yang melebihi € 100 juta ianya dilihat sesuatu yang tidak berbaloi (pendapat peribadi penulis).

Apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post