Bala lalu dibawa singgah

Mengikut laman peribahasa Melayu, bala lalu dibawah singgah membawa maksud sengaja mencari kesusahan.



Begitulah nasib yang boleh diibaratkan kepada pasukan Manchester City awal pagi tadi.

Mendahului seteru utama mereka, Manchester United dengan kelebihan dua gol seawal minit ke-30 perlawanan, bagaimanapun gagal dimanfaatkan mereka.

Kedudukan separuh masa pertama berkesudahan dengan mereka (Manchester City) mendahului lawan mereka, Manchester United 2-0.

Namun United berjaya bangkit pada separuh masa kedua untuk memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2.

Kredit gambar: Premier League
Kemenangan United itu turut membantut usaha City bagi meraikan ataupun mengesahkan mereka menjuarai Liga Perdana musim ini lebih awal.

Sebelum perlawanan pagi tadi, City dibezakan bersama United yang menghuni tangga kedua liga dengan jurang yang cukup selesa iatu 16 mata dan mereka hanya memerlukan kemenangan itu (pertembungan menentang United pagi tadi) untuk mengesahkan selaku Juara Liga musim ini.

Kedudukan liga sebelum perlawan City vs United ( 8 April 2018)
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 31 27 3 1 88 21 67 84
2 Manchester United 31 21 5 5 60 23 37 68

Jika City memenangi perlawanan awal pagi tadi, mereka akan mengumpul 87 mata manakala United pula kekal dengan 68 mata, menjadikan perbezaan mata yang cukup besar sebanyak 19 mata diantara dua pasukan yang menghuni dua tangga teratas liga ketika ini.

Kedudukan liga jika City menang keatas United
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 32 27 3 1 88 21 67 87
2 Manchester United 32 21 5 5 60 23 37 68

Dengan perbezaan 19 mata itu, City sememangnya layak dinobatkan selaku Juara Liga kerana United dengan 68 mata tidak akan mampu mengejar meraka walaupun memenangi baki enam perlawanan liga nanti.



Mata maksimum United seandainya memenangi baki perlawanan liga jika City menang pada perlawanan pagi tadi.

6 perlawanan x 3 mata (menang) = 18 mata maksimum yang mampu dikumpulkan United.
68 (mata semasa) + 18 = 82 mata 

Walaupun kalah awal pagi tadi, namun City masih selesa mendahului liga dengan 13 mata memisahkan mereka dengan United (ditangga kedua liga), namun mereka masih memerlukan satu lagi kemenangan dengan mengharapkan United kalah bagi mengesahkan mereka selaku Juara Liga lebih awal (tanpa perlu menunggu diakhir perlawanan liga).

Kedudukan liga ketika ini selepas United berjaya menewaskan City pagi tadi.
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 32 27 3 1 88 21 67 84
2 Manchester United 32 21 5 5 60 23 37 71

Namun bilakah mereka mampu mengecapi Juara Liga musim ini?

Dengan perbezaan 13 mata ketika ini (City dan United) dan baki perlawanan liga bagi kedua-dua pasukan hanya tinggal enam perlawanan lagi, City hanya memerlukan dua kemenangan ataupun enam mata sahaja lagi untuk bergelar Juara Liga.

Manchester City Manchester United
Tarikh Venue Lawan Tarikh Venue Lawan
15/04/2018 A Tottenham Hotspur 15/04/2018 H West Bromwich
22/04/2018 H Swansea City 19/04/2018 A Bournemouth
29/04/2018 A West Ham United 29/04/2018 H Arsenal
06/05/2018 H Huddersfield Town 05/05/2018 A Brighton & Hove Albion
10/05/2018 H Brighton & Hove Albion 11/05/2018 A West Ham
13/05/2018 A Southampton FC 13/05/2018 H Watford

Paling cepat untuk City dinobatkan selaku Juara Liga adalah pada 15 April nanti apabila mereka bertemu Spurs ditempat lawan dan mampu mengecapi kemenangan dengan syarat, United pula mengalami kekalahan pada pertembungan menentang west Brom.

Gelaran Juara Liga sah menjadi milik mereka jika situasi tersebut terjadi, namun jika United turut mengecapi kemenangan, maka sekali lagi mereka (City) terpaksa menangguhkan hajat  untuk meraikan kemenangan selaku Juara Liga lebih awal.

Namun situasi berbeza sekiranya City terus dirundum malang (mengalami kekalahan) dan United pula mengekalkan rentak (mencapai) kemenangan berterusan.

Situasi ini mungkin menjadi lebih selesa buat City seandainya mereka mampu mencapai kemenangan awal pagi tadi. 

Post a Comment

Previous Post Next Post