Siapa dia Terry Burton?

Terry Burton. Kredit gambar : The Guardian

Terry Burton tiga kali dilepaskan oleh Arsenal dimana pada kali pertama beliau dilepaskan adalah ketika beliau sebagai pemain dan pada kali kedua dan ketiga pula ketika beliau menjawat sebagai jawatan sebagai staff kejurulatihan Arsenal.



Mungkin ramai yang tidak mengenali dan mengingati beliau, namun jasa beliau sememangnya tidak dapat dilupakan walaupun tidak lagi bersama Arsenal.

Terry Burton. Kredit gambar : Squawka
Beliau merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membawa Ramsey menyertai Arsenal pada tahun 2008.

Aaron Ramsey, 27 tahun menyertai Arsenal pada tahun 2008 dengan nilai perpindahan yang dipercayai berjumlah £5 juta daripada kelab Wales, Cardiff City dan berusia 18 tahun ketika itu (menyertai Arsenal).

Aksi cemerlang yang dipamerkan oleh Ramsey pada peringkat suku akhir Piala FA tahun (musim) 2007/08 ketika membantu Cardiff City menewaskan Middlesbrough 2-1 berjaya mencuri tumpuan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Fergusan kemudiannya bertindak menghubungi pengurus Cardiff iaitu Dave Jones untuk mengetahui  dengan lebih lanjut mengenai Ramsey dan cuba untuk mendapatkan pemain tersebut.

Ramsey yang meminati Manchester United ketika itu (dimana beliau membesar sebagai peminat Man. United) bagaimanapun turut mendapat perhatian Arsenal dan Everton ekoran prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau ketika itu.

Ramsey memilih Arsenal walaupun Man.United dan Everton turut ingin mendapatkan beliau. Kredit gambar : BBC
Walaupun laporan mengatakan bahawa Ramsey memilih Arsenal kerana disebabkan Arsene Wenger sebagaimana didedahkan oleh BBC yang telah melaporkan bahawa Ramsey telah diterbangkan ke  Switzerland untuk berbincang dan bersemuka bersama Arsene Wenger ketika kejohanan Euro 2008 diadakan di negara tersebut.
"He was a big factor in my decision to join Arsenal. I'm so happy to have signed for Arsenal." - Aaron Ramsey


Namun penglibatan Terry Burton dalam perpindahan Ramsey ini tidak dapat dinafikan.

Beliau (Burton) sememangnya mempunyai hubungan baik dengan Arsenal dan juga Arsene Wenger. 

Ketika Ramsey kuat diperkatakan dan dikaitkan dengan Manchester United  setelah Ferguson mula merisik pemain tersebut, Burton mula menghubungi Arsene Wenger dan mencadangkan (recommended) Ramsey kepada Wenger.

Semasa rundingan perpindahan sedang dijalankan diantara kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan Ramsey (Man.United, Everton dan Arsenal), Burton telah menasihati Ramsey agar memilih Arsenal berbanding kelab-kelab lain.

Kerana menurut Burton, Ramsey lebih sesuai beraksi bersama Arsenal yang memiliki corak permainan yang mampu mengembangkan bakat pemain ini.

Dan akhirnya Ramsey menyertai Arsenal.

Siapa Terry Burton?

Terry Burton merupakan pemain pertahanan yang pernah beraksi bersama Arsenal pada tahun 1969 sehingga tahun 1971 dan merupakan kapten Arsenal pada kejohanan Akhir Piala FA Remaja tahun 1971 yang dimenangi Arsenal setelah menewaskan Cardiff dengan aggegate 2-0.


Berahirnya musim 1970/71, beliau gagal menambat hati pihak pengurusan Arsenal dan tidak ditawarkan kontrak untuk melanjutkan ataupun kekal bersama Arsenal.

Selepas dilepaskan oleh Arsenal, beliau beraksi bersama kelab-kelab lain seperti Epping Town, Hayes dan Leyton Wingate selaku pemain dan jurulatih. Dan dipenghujung tahun 70an, beliau menjadi jurulatih bolasepak kepada Holloway School.

Tahun 1979, beliau kembali ke Arsenal sebagai jurulatih di akademi Arsenal dan ketika ini antara sumbangan terbesar beliau adalah 'menemui' kapten Arsenal dan juga kapten England, Tony Adam.

Selain itu beliau turut bertanggungjawab dalam memperkenalkan bakat-bakat muda Arsenal ketika itu sehinggakan dikenali ramai pada masa kini.




Antara pemain muda yang digilap oleh beliau selain Tony Adam adalah, David Rocastle, Michael Thomas, Paul Davis, Paul Merson dan Martin Keown.


Burton kagum dengan kebolehan dan bakat yang ada pada Adam ketika itu baru berusia 11 tahun.
Kredit gambar : PanditFootball.
Ketika Don Howe dilantik menjadi pengurus Arsenal pada tahun 1983, beliau turut dilantik menjadi jurulatih bagi skuad utama Arsenal.

Namun ketika Steve Burtenshaw menjadi pengurus Arsenal pada tahun 1986, Burton diberikan jawatan baru iaitu pengurus pasukan simpanan Arsenal.

Pun begitu setahun kemudian iaitu pada musim ataupun tahun 1987, ketika George Graham menjadi pengurus Arsenal, khidmat belia tidak lagi diperlukan oleh Arsenal dan beliau akhirnya dilepaskan oleh kelab.

Selepas tiga bulan menguruskan kelab sosial, beliau akhirnya menyertai Wimbledon selaku penolong jurulatih.

Berikut adalah karier Burton selepas meninggalkan Arsenal untuk kali kedua (kali pertama selaku staf kejurulatihan).

Tahun Kelab/Pasukan Jawatan
1987 Wealdstone FC Manager
1988 Wimbledon FC Assistant coach
2000 Wimbledon FC Manager
2002 Watford Assistant coach
2004 Cardiff Assistant coach
2011 West Brom Assistant coach
2012 Sheff Wed Assistant coach


Burton kembali sekali lagi menyertai Arsenal  pada tahun 2012 (Julai) selaku ketua bagi skuad  pasukan simpanan Arsenal - U21, (Reserves & Head Development) dan pada tahun 2013 beliau diberikan jawatan untuk pembangunan pasukan remaja Arsenal.

Salah satu tugasa utama beliau adalah membawa pasukan remaja Arsenal dalam kejohanan NextGen Series namun beliau hanya berjaya membawa Arsenal menamatkan ditempat keempat pada kejohanan tersebut (musim 2012–13).



Rekod Arsenal pada kejohanan NextGen 2012/13 peringkat kumpulan.
Pasukan P M S K G B +/- Mata
Olympiacos 6 2 3 1 4 5 −1 9
Arsenal 6 2 2 2 7 5 +2 8
Marseille 6 2 2 2 4 10 −6 8
Athletic Bilbao 6 2 1 3 12 7 +5 7

13 Mei tahun 2014, Burton meninggalkan Arsenal untuk kali kedua selaku staf kejurulatihan Arsenal dan kali ketiga secara keseluruhannya.

Beliau menyertai West Brom selaku Pengarah Teknikal pasukan tersebut.
ALBION are delighted to announce the appointment of Terry Burton as Technical Director.The 61-year-old will leave his current post as Arsenal’s Head of Youth Coaching and officially rejoin the Club on June 1. - petikan laporan daripada laman rasmi West Brom.
Penyertaan beliau ke West Brom pada tahun itu dipalit krisis ekoran beliau dilaporkan tidak berpuas hati dan kecewa dengan tindakan Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis yang melantik Andries Jonker selaku Pengurus Akademi Arsenal berbanding beliau.

Dalam temuramah bersama Guardian, beliau meluahkan segala kekecewaan beliau dengan menyifatkan tindakan Gazidis itu merupakan satu kesilapan besar.

Beliau (menurut pendedahan tersebut) telah melalui dua kali temuduga untuk mendapatkan jawatan tersebut namun Gazidis jelas lebih berminat untuk mendapatkan Jonker (penolong pengurus Wolfsburg ketika itu).

Beliau turut mendedahkan dimana Arsenal jauh ketinggalan berbanding Chelsea ketika itu dari segi pembangunan bakat-bakat muda.
“It’s a massive job. There’s a lot of work to be done there. Arsenal, with respect, have fallen behind. They just weren’t working hard enough, like Chelsea. They’ve got the best pathway, because they’ve got Arsène Wenger, who gives young players a chance, better than any other club. But the processes, and things that had just been missing over a period of years, Chelsea had steamed ahead in their recruitment and all aspects of it really. That gap can close. But it’s too soon to tell. The guy there ... you’ll have a better idea in five years.” - Terry Burton via The Guardian.
Kecewa dengan keputusan yang bakal dibuat oleh Gazidis, beliau kemudiannya berjumpa Arsene Wenger, namun tiada apa yang dapat dilakukan Wenger walaupun Wenger tidak mahu beliau meninggalkan Arsenal.
“I went to see Arsène, and Arsène said he’d had nothing to do with it – he hadn’t signed his contract at that time. I told Arsène in the January that I would leave in the summer. He said: ‘Don’t go, I’d like you to stay’. But I didn’t want to work under someone else. I was prepared to do it because it was Liam Brady, but not someone brought in from outside.”  - Terry Burton via The Guardian.

Karier Terry Burton bersama Arsenal selaku staf kejurulatihan.

Pasukan Tarih Lantikan Tarikh Tamat Jawatan
Arsenal 11 Feb 2013 31 Mei 2014 Youth coordinator
Arsenal 21 9 Jul 2012 10 Feb 2013 Manager
Arsenal U23 14 Mei 1986 30 Jun 1987 Manager
Arsenal 16 Dis 1983 14 Mei 1986 Assistant coach
Arsenal 1 Jul 1979 16 Dis 1983 Youth coordinator

Post a Comment

Previous Post Next Post