Juventus putus asa

Kredit gambar : Proven Quality

Sebelum ini (minggu lepas) media Itali melaporkan bahawa Juventus mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere.

Begitu juga dengan sebuah lagi kelab Itali iaitu AC Milan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Wilshere, turut dilaporkan menghadapi situasi sama sebagaimana Juventus.

Laporan media Itali, Tuttosport sebagaimana dipetik daripada Calciomercato, mendedahkan dimana AC Milan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Jack Wilshere turut mengakui bahawa ianya bukanlah sesuatu yang mudah buat kelab itu (AC Milan) untuk mendapatkan Wilshere walaupun kontrak pemain tersebut bakal berakhir dipenghujung musim ini bersama Arsenal.
According to Tuttosport , Milan is continuing to chase Jack Wilshere . Continuous contacts for the midfielder who is expiring with Arsenal, a real desire for Mirabelli and Fassone; but at the moment it is not easy to unlock the deal. - Calciomercato pada 2 April 2018.
Bagaimanapun tiga hari yang lalu, media yang sama melaporkan dimana Juventus dikatakan berputus asa untuk mendapatkan Wilshere.
The Juventus has cooled lens Jack Wilshere . In fact, the bianconeri are about to give up the Arsenal midfielder at the end of the contract. - Calciomercato pada 6 April 2018.
Dan jika benar Juventus berputus asa mengenai Wilshere, AC Milan mungkin mendapat kelebihan dari segi persaingan mendapatkan pemain ini.

Lebih-lebih lagi Ketua Eksekutif AC Milan, Marco Fassone dan Pengarah Sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli dilaporkan berminat (berkenan) dengan aksi WIlshere.

Begitu juga dengan pengendali AC Milan, Gennaro Gattuso yang turut dilaporkan meminati pemain tengah Arsenal ini.

Mengikut pemerhatian daripada keseluruhan media (UK dan Itali), menjadi punca utama buat mana-mana pasukan ketika ini (termasuklah Arsenal) untuk mendapatkan Wilshere adalah mengenai jumlah gaji yang diminta oleh Wilshere.

Kelab Itali dilaporkan mengalami kesukaran dalam memenuhi tuntutan gaji pemain sebagaimana yang diterima oleh mana-mana pemain (kebanyakkan)  yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Manakala Everton sebelum ini merupakan satu-satunya pasukan yang dikatakan sanggup memenuhi tuntutan gaji Wilshere.

Selain AC Milan, Juventus dan Everton yang dikatakan berminat mendapatkan Wilshere, Liverpool juga antara yang dikaitkan dengan pemain ini (klik untuk membaca laporan).

Post a Comment

Previous Post Next Post