Benarkah dan mampukah Raul Sanllehi membentuk 'Arsenal Baru'?

Kredit gambar: Daily Mail

November tahun lalu (2017), Arsenal telah melantik 'director of football' Barcelona, Raul Sanllehi menjadi sebahagian daripada kakitangan kelab (belakang tabir) namun nama jawatan tersebut dikenali dengan 'head of football relations' bersama Arsenal.



Bersama Barcelona, peranan Raul Sanllehi bukanlah bertindak dalam memilih mana-mana pemain untuk dibawa masuk kepada kelab tersebut, ianya lebih kepada rundingan untuk mendapatkan ataupun menjayakan usaha kelab untuk membawa pemain tersebut setelah kelab mengesahkan untuk mendapatkan seseorang pemain itu.

Begitulah juga ketika beliau menyertai Arsenal, beliau bukanlah bertanggungjawab dalam memilih pemain untuk dibawa masuk ke kelab, sebab itulah Arsenal melantik Sven Mislintat, pencari bakat (scout) terkenal Dortmund untuk membantu beliau dalam membawa masuk pemain baru ke Arsenal.

Dan perkara ini diperjelaskan dalam artikel ini secara keseluruhannya. Selamat membaca... 😎

Kemasukan Mislintat ini juga menyaksikan Steve Rowley (ketua scout Arsenal sebelum kemasukan Mislintat) masih dikekalkan bersama Arsenal namun tugas beliau diperkecilkan serta hanya menjadi staff separuh masa (part-time) yang mana ianya lebih kepada peringkat memantau dan menilai pemain-pemain muda/remaja.

STEVE ROWLEY YES WILL STAY WITH US, AND WORK MORE WITH THE MORE PART-TIME ON YOUTH LEVEL.  -  ARSENE WENGER

Bagi melengkapkan urusan ataupun gandingan Sanllehi dan Mistlintat, Arsenal turut melantik Huss Fahmy (terlebih dahulu) bagi menggantikan Dick Law yang akan (telah) bersara pada September 2017).
  • Huss Fahmy -  sertai Arsenal pada Jun 2017.
  • Sven Mislintat - sertai Arsenal pada November 2017.
  • Raul Sanllehi - sertai Arsenal pada November 2017, namun memulakan tugas secara rasmi pada 1 Februari 2018.
Gandingan mereka bertiga ini bakal membentuk satu pasukan dalam mencari serta membantu pembentukan pemain generasi baru Arsenal serta cara kerja baru buat Arsenal.

Ketika ini sudah tentu gandingan mereka bertiga ini membantu Arsene Wenger dalam tempoh setahun-dua kerana Wenger masih lagi merupakan pengurus pasukan Arsenal.

Namun secara tidak langsung juga mereka merupakan nadi dalam menyediakan skuad yang mantap kepada Wenger ataupun buat mana-mana pengurus baru Arsenal yang dilantik nanti (seandainya Wenger bersara penghujung musim ini).



Berbalik kepada tajuk utama iaitu mampukah dan benarkan Raul Sanllehi mampu menyediakan dan membentuk 'Arsenal Baru'?

Kenapa Sanllehi? Dan kenapa bukan Ivan Gazidis?

Beberapa hari lalu, media Sepanyol melaporkan dimana bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique semakin hampir untuk menyertai Arsenal.

Dengan Thomas Tuchel dilaporkan sedia menerima tawaran Paris Saint Germain (PSG), pilihan Enrique  ketika ini dilihat semakin terhad dan media Sepanyol, Sport yakin bahawa Arsenal merupakan salah satu pilihan terbaik buat bekas pengendali pasukan Barcelona itu.

Luis Enrique suena como entrenador del Arsenal. Thomas Tuchel, candidato al banquillo 'gunner', firmará por el PSG. La presencia de Raúl Sanllehí en el equipo de Londres podría facilitar la llegada del entrenador asturiano.

Laporan itu juga mengatakan bahawa Enrique bakal menggantikan Arsene Wenger musim depan selepas PSG gagal dalam rundingan untuk mendapatkan beliau sebagai pengganti kepada Unai Emery dan dilaporkan bahawa PSG telah berjaya mendapatkan Thomas Tuchel sebagai pengurus baru mereka musim depan. 

Luis Enrique, 47 tahun sebelum ini mengatakan bahawa beliau tidak akan kembali menjadi pengendali (menyertai) mana-mana pasukan yang gagal menarik minat beliau dengan perancangan yang jelas dalam pembangunan dan pembentukan sesebuah pasukan ataupun kelab.

Dan dalam kes ini, kehadiran Raul Sanllehi dalam carta organisasi Arsenal mungkin memudahkan untuk Enrique untuk kembali bergandingan sebagaimana mereka ketika di Barcelona dahulu.

Serta kemasukan Sanllehi ke Arsenal musim ini juga merupakan sebahagian perancangan pasukan dalam melakukan perubahan secara keseluruhan dalam cara Arsenal bekerja berbanding cara bekerja yang diamalkan ataupun dipraktikan sebelum ini.

Walaupun ianya bermula dengan langkah daripada Gazidis dalam membentuk barisan baru (belakang tabir) Arsenal, namun boleh dikatakan pengaruh Sanllehi turut memainkan peranan penting dalam membantu Gazidis membentuk 'Arsenal Baru'.

Pun begitu bukan hanya Sport sahaja yang melaporkan berita ini, malahan Mundo Deportivo turut melaporkan berita mengenai peranan Sanllehi bersama Arsenal bakal memudahkan kelab itu (Arsenal) untuk mendapatkan Enrique dalam laporan yang dikeluarkan mereka empat hari lalu.

El inminente acuerdo del PSG con Thomas Tuchel recompone el puzzle de entrenadores que habrá este verano en Europa. Con la llegada del alemán al banquillo del equipo parisino, en el que Unai Emery parece tener los días contados tras la debacle en la Champions League, el Arsenal retoma ventaja por Luis Enrique y se coloca en la ‘pole position’. La dilatada etapa de Wenger en el equipo ‘gunner’ toca a su fin y en el Emirates, que tenían apalabrado a Tuchel, van a ir ahora a por el asturiano. - Mundo Deportivo



Menjawab persoalan tajuk tulisan ini, benarkah dan mampukah Raul Sanllehi membentuk 'Arsenal Baru'? 

Media Sepanyol begitu kuat mengatakan dan mengaitkan pengaruh Sanllehi dalam membawa Enrique ke Arsenal musim depan dan ianya bagaikan memberi gambaran kuat bahawa Arsene Wenger bakal bersara daripada mengemudikan Arsenal musim depan serta menyokong pendapat salah seorang peminat Arsenal yang menghadiri dialog bersama pihak pengurusan baru-baru ini.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, Sanllehi hanya memulakan tugas beliau secara rasmi bersama Arsenal bermula 1 Februari 2018 dan memasuki bulan ketiga beliau bersama Arsenal sudah tentu tidak banyak yang kita semua dapat lihat daripada peranan dan sumbangan beliau terhadap Arsenal ketika ini.

Namun, kemasukkan beliau ke Arsenal hanya setelah diyakini oleh Gazidis mengenai perancangan yang bakal dilakukan oleh Arsenal pada masa hadapan mungkin membantu dalam pembentukan Arsenal 'Baru'.

Hubungan Sanllehi bersama Gazidis bukanlah sesuatu yang baru, sebelum ini mereka  berdua telah mengenali diantara satu sama lain ketika Gazidis bersama pihak pengurusan Major League Socccer (MLS) dan kedua-dua mereka pernah berjumpa serta berunding bersama-sama sebelum ini dalam urusan perpindahan pemain seperti Cesc Fabregas, Thomas Vermaelen, Alex Song dan lain-lain pemain (yang melibatkan kedua-dua pasukan) termasuklah perpindahan melibatkan Alexis Sanchez.

Setelah Gazidis berjaya menyakinkan Sanllehi untuk menyertai Arsenal dengan menjelaskan perancangan masa depan kelab termasuklah mengenai beberapa prospek perpindahan serta beberapa perkara lain, ternyata ianya sukar buat Sanllehi untuk menolak tawaran tersebut.

Berdasarkan alasan tersebut, ianya hampir sama dengan luahan yang pernah dikeluarkan oleh Enrique dimana beliau hanya akan menyertai sesebuah pasukan itu jika mereka (kelab) berjaya menyakinkan dan membuatkan beliau tertarik dengan perancangan masa dengan sesebuah pasukan ataupun kelab itu.



Dan kenapa Sanllehi dan bukannya Gazidis yang bakal membentuk Arsenal Baru?.

Sememangnya tidak dapat dinafikan usaha awal bermula daripada Gazidis dan juga barisan kepimpinan Arsenal yang lain.

Namun dengan perancangan yang telah dirangkakan oleh Gazidis itu, tiba masanya untuk mereka yang dilantik memainkan peranan masing-masing dalam membantu beliau untuk membina Arsenal 'Baru'.

Peranan ' director of football' yang dipegang oleh Sanllehi sebelum ini mungkin banyak membantu beliau bersama Arsenal walaupun dengan nama yang lain bersama Arsenal - 'head of football relations'.

Walaupun pada awal artikel ini mengatakan bahawa beliau (Sanllehi) tidak bertanggungjawab dalam memilih dan membawa masuk pemain, pun begitu dipercayai fungsi dan tugas beliau bersama Arsenal tidak jauh bezanya dengan tugas sebagai 'director of football'.

Dan ini (pendapat penulis) bakal dilaksanakan oleh Arsenal - cara kerja baru bagi menggantikan cara kerja sebelum ini yang mana peranan pengurus pasukan (Wenger) dilihat cukup meluas.

Peranan 'director of football' ini walaupun mencetuskan persoalan serta perdebatan mengenai fungsi sebenar yang digalas oleh mereka ini, namun dipercayai ianya berperanan dan merupakan orang perantaraan diantara pengurus pasukan dengan pihak pengurusan kelab.

Di Eropah ketika ini, ianya banyak terjadi dimana pengarah bolasepak - 'director of football' bersama dengan pasukan 'scouting' akan memilih pemain untuk dibawa masuk ke pasukan dan peranan pengurus pasukan pula hanya akan menguruskan dan melatih mereka (pemain).

Ini apa yang dilihat penulis bakal dilaksanakan oleh Arsenal setelah mereka membawa masuk Sanllehi.

Dalam soal ataupun situasi ini, Sanllehi bakal bergandingan dengan Mislintat (head of recruitment) serta  Huss Fahmy (contract negotiations) dalam membawa pemain untuk Wenger (pengurus pasukan) uruskan bersama Arsenal.

Mengandaikan jika sukar buat Wenger menerima peranan ataupun cara kerja (organisasi) tersebut, mungkin ianya mengambil masa selepas Wenger tidak lagi bersama Arsenal untuk melihat secara jelas peranan dan keberkesanan cara kerja baru ini (Wenger kekal).

Dan ini turut menjelaskan kaitan Enrique bersama Arsenal musim depan dengan Arsenal sedia untuk memulakan langkah pertama dalam pembentukan Arsenal 'Baru' (Wenger berundur dipenghujung musim ini) dan Enrique dilantik menjadi pengurus baru Arsenal.

Melainkan Wenger sedia menerima cara kerja ataupun peranan yang bakal dilaksanakan Arsenal ini untuk tempoh setahun lagi (menghabiskan tempoh kontrak bersama Arsenal), terpaksalah kita semua bersabar untuk setahun.

Situasi tersebut (peranan Sanllehi) dalam erti kata lain, pengurus Arsenal tidak lagi terlibat dalam soal pembelian dan rundingan untuk mendapatkan pemain dan mereka (pengurus pasukan) hanya bertindak melatih dan membentuk pemain yang ada dalam menyesuaikan diri dengan corak dan taktikal pasukan.

Sudah tentu mereka (pengurus) masih mampu mengeluarkan pendapat dan permintaan untuk mendapatkan pemain-pemain yang dikehendaki, namun ianya juga bergantung kepada pasukan baru ini ( Sanllehi, Mislintat, Fahmy dan pihak pengurusan).

Dan ini menjelaskan mengapa peranan Sanllehi itu penting dalam membentuk Arsenal 'Baru' dan kaitan beliau bersama Enrique ketika ini.



Kebiasaannya di Britain, ianya masih mengamalkan cara dimana pengurus mempunyai kuasa dalam menentukan pemain-pemain yang dikehendaki serta mereka (pengurus) bertanggungjawab dalam membentuk dan membimbing pemain tersebut.

Dengan kehadiran pengarah bolasepak ataupun - 'head of football relations' ataupun 'director of football' ini, ianya bakal mengecilkan peranan seorang pengurus pasukan dan ianya juga dilihat dimana peranan pengurus pasukan itu bakal menjadi ketua kejurulatih yang mana tugas tersebut hanya bertanggungjawab dalam melatih dan membentuk pasukan berdasarkan pemain-pemain yang dibawa oleh 'director of football' ini.

Namun semuanya bergantung kepada sejauh mana peranan diantara 'director of football' ini bersama pengurus pasukan diperincikan bersama kelab.

Jika mengambil peranan Sanllehi sebagai 'director of football' yang membawa masuk pemain-pemain sebagaimana diterangkan diatas, maka benarlah bahawa Sanllehi (bersama pasukan beliau itu tadi) bakal membentuk Arsenal 'Baru'.

Mampu atau tidak beliau melaksanakan tugasan dan peranan tersebut, sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti. Terlalu awal untuk menilai ketika ini.

Sebelum ini, pada 11 Mac 2018, satu dialog diantara peminat dan pihak pengurusan Arsenal telah dilangsungkan.

Dan menariknya Sanllehi turut berada ketika itu dalam memberi penerangan mengenai perancangan  masa depan Arsenal serta seorang peminat yang menyertai dialog tersebut turut merasakan dimana Wenger kemungkinan tidak lagi mengemudi Arsenal musim depan.

Walaupun beliau turut merasakan ianya sesuatu yang sukar ketika ini (Wenger bersara dipenghujung musim ini) namun semua itu bergantung kepada prestasi Wenger yang bakal dinilai dipenghujung musim ini.

Serta ianya juga menjelaskan dimana tugas utama Sandllehi ketika ini dalam membantu Gazidis membentuk Arsenal 'Baru' adalah dengan mendapatkan pengganti kepada Wenger.

Dan adakah Enrique merupakan calon terbaik buat Arsenal dan mampu diselesaikan oleh Sanllelhi bersama Gazidis dan pasukan beliau?




Sumber rujukan : Independent, Arsenal, Sam The Cannon, Daily Mail, Sky Sports, Google dan bahan pembacaan atas talian lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post