Fakta Menarik Perlawanan Newcastle United menentang Arsenal

       Kredit: Arsenal

Perlawanan ke-46 diantara kedua-dua pasukan ini (Arsenal dan Newscastle) bagi saingan liga semenjak Liga Perdana Inggeris diwujudkan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan tuan rumah, Newcastle.


Masa Penuh :
Newcastle United 2-1 Arsenal
Jaringan : Arsenal: Alexander Lacazette 14'
: Newcastle : Ayoze Perez 29', Matt Ritchie 68'
Pengadil : Anthony Taylor
Stadium : St. James'Park , Newcastle
Kehadiran : 52,210

Kami memaparkan beberapa fakta menarik kedua-dua pasukan dalam pertembungan perlawanan yang berkesudahan Arsenal gagal meraih mata di tempat lawan .

image : twitter
24%  Ini merupakan peratusan mata daripada perlawanan Liga Perdana (Premier League) Arsenal musim ini dengan pungutan mata (13/54) . Ia adalah yang terendah dan hanya mampu mendapatkan satu pada pada sepanjang 2018 (setakat ini) . 


image : twitter
22 Jumlah mata yang diperolehi Newcastle United setakat ini dalam perlawanan Liga Perdana (Premier League) daripada 12 perlawanan pada tahun 2018 (Menang 6, Seri 4, Kalah 2) . Pada tahun 2017 , dalam 21 perlawanan liga meraka hanya mampu mengumpul 19 mata (menang 5, seri 4, kalah 12) . Ia adalah satu peningkatan buat Newcastle United .


image : twitter
4 Joe Willock (dilahirkan pada Ogos 1999) , merupakan pemain keempat yang dilahirkan selepas perlawanan pertama Arsene Wenger bersama Arsenal yang membuat penampilan pertama buat Arsenal dalam Liga Perdana (Premier League) selepas Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson dan Eddie Nketiah. 


image : twitter
100 Jaringan gol Alexandre Lacazette merupakan yang ke-100 buat keseluruhan gol Arsenal dalam kesemua kejohanan pada musim ini. Kelab ke-4 dari Liga Perdan (Premier League) yang sudah mencapai angka !00 jaringan adalah Manchester City, Liverpool dan Tottenham Hotspurs.


13 Gol yang telah dijaringkan oleh Alexandre Lacazette untuk Arsenal dari kesemua kejohanan setakat musim ini lebih berbanding dengan Aaron Ramsey dan Danny Welbeck dengan masing-masing 10 jaringan setakat ini. 

image : twitter
11 Pemain yang terlibat dalam urutan hantaran sebelum Ayoze Perez meledak gol penyamaan . Ini adalah urutan hantaran paling lama yang berjaya menghasilkan jaringan dalam Liga Perdana (Premier League) buat Newcastle pada musim 2017/18 .


image : twitter
45 Jumlah keseluruhan jaringan gol Arsenal dalam 33 perlawanan Liga Perdana (Premier League) lebih satu jaringan dari jumlah yang sama pada musim 2016/17 iaitu 44 jaringan gol. 

49 Jumlah gol dalam 33 perlawanan pada musim 2011/12 adalah terbanyak dibawah kendalian Arsene Wenger setakat ini.

image : twitter
5 Ini adalah lima kekalahan liga berturut-turut pertama Arsenal di tempat lawan sejak Disember 1984.

image : Arsenal
11 Kekalahan Liga buat Arsenal pada musim ini menyamai rekod buruk mereka di bawah kendalian Arsene Wenger pada musim 2005/06


image :Arsenal
33 Jika tidak diambil kira perlawanan melibatkan Manchester United menentang West Bromwich Albion, jumlah 33 mata perbezaan di antara pendahulu liga Manchester City(87) dengan Arsenal(54), perbezaan mata yang sama antara Arsenal dengan tangga tercorot WBA(21) .

Post a Comment

Previous Post Next Post