Menentang Newcastle... bukankah ini yang kita mahu?

Kredit : Google

Menentang Newcastle ditempat lawan malam tadi selepas mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Liga Europa dua hari sebelum itu, yang mana Arsenal turut beraksi ditempat lawan; jelas sekali Arsenal telah menetapkan keutamaan ketika ini.



Dan kita selaku penyokong dan peminat Arsenal turut menyedari akan keutamaan Arsenal ketika ini.

Tewas kepada Newcastle malam tadi sememangnya mengecewakan kita semua namun bukankah ini yang kita mahukan?

Artikel ini bukanlah membicarakan mengenai soal Wenger Out ataupun Wenger Stay, namun ianya lebih kepada realistiknya seorang pengurus dalam melakukan perubahan demi mencapai matlamat dan keutamaan pasukan. 

Selepas menyaksikan Arsenal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Europa, rata-rata penyokong dan peminat mahukan Arsenal menumpukan perhatian kepada saingan tersebut yang mana satu-satunya kini menjadi peluang terbaik buat Arsenal untuk memenangi trofi kejuaraan musim ini.

Dan dengan muncul selaku juara Liga Europa juga ianya menjamin tempat buat Arsenal ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Lebih-lebih lagi peluang untuk menamatkan saingan liga dikalangan empat pasukan terbaik juga dilihat sesuatu yang mustahil pada tahap ini (dengan baki saingan liga yang ada).

Menanti Arsenal diperingkat separuh akhir Liga Europa nanti adalah Atletico Madrid, lawan yang dianggap paling sukar dalam saingan Liga Europa.


Menentang Newcastle malam tadi, Arsenal turun dengan skuad 'experiment' yang mana membuatkan sesetengah penyokong mula mengecam tindakan Wenger itu.



Namun bukankah ini yang kita mahukan?

Memberi keutamaan kepada saingan kepada Liga Europa dengan menurunkan serta memberi pendedahan kepada skuad muda dalam mengharungi baki saingan liga?

Arsene Wenger melakukan lima pertukaran pemain ketika menghadapi Newcastle dengan merehatkan Ozil, Wilshere, Ramsey, Koscielny dan juga Bellerin.

Kesebelasan Arsenal menentang Newcastle.
Dan Wenger menurunkan beberapa pemain muda dalam membentuk gandingan (skuad) campuran bersama beberapa pemain senior dengan memberikan peluang kepada pemain muda seperti J.Willock, Chambers, Holding dan juga Iwobi ketika menentang Newastle.

Kesebelasan utama Arsenal ketika seri 2-2 menentang CSKA Moscow.
Kesebelasan utama Arsenal ketika menewaskan CSKA Moscow 4-1.
Wenger melakukan experiment? Ya... dan adakah ianya satu kesalahan dalam melakukan percubaan begini? Adakah anda (pengurus) takut menghadapi kekalahan dengan memberikan pendedahan kepada pemain muda pada situasi begini, dengan peluang untuk menamatkan saingan liga sukar untuk menempat dikalangan empat terbaik?

Dan juga, kita sememangnya menjangkakan bahawa Wenger bakal melakukan pertukaran dan meletakkan pemain-pemain sebegini bagi merehatkan pemain-pemain utama.

Serta Wenger turut melakukan apa yang dikehendaki oleh sebahagian peminat iaitu merehatkan pemain utama (key player).

Sudah pasti ini semua yang kita mahukan. Baik daripada pihak Wenger Out mahupun Wenger Stay, kedua-dua pihak ini pasti mengerti dan memahami situasi ini.

Jadual perlawanan Arsenal selepas mengharungi perlawanan menentang Newcastle.
Saingan Tarikh Venue Lawan Keputusan
EPL 15/04/2018 A Newcastle 2-1
EPL 22/04/2018 H West Ham
Semi-finals Europa 27/04/2018 H Atlético Madrid
EPL 29/04/2018 A Manchester United
Semi-finals Europa 04/05/2018 A Atlético Madrid
EPL 06/05/2018 H Burnley

Terlalu awal merehatkan pemain utama?

Mungkin Wenger mempertimbangkan risiko kecederaan pemain utama (bakal dihadapi mereka) pada perlawanan menghadapi Newcastle (jika diturunkan) memandangkan mereka baru selesai beraksi ditempat lawan (perlawanan kritikal).

Memang terdapat rasa ketidakpuasan hati dengan pilihan yang dibuat Wenger apabila Kolasinac tidak diturunkan namun memikirkan kembali mungkin Kolasinac bakal digunakan dalam perlawanan sebelum menentang Atletico Madrid (menentang West Ham).

Bayangkanlah jika Wenger menurunkan kesebelasan utama sebagaimana mereka menentang CSKA Moscow dan pemain-pemain utama ini mengalami kecederaan.

Pasti ada yang akan mengatakan Wenger tidak pandai melakukan 'rotation' pemain dan tidak tahu mengutamaan kejohanan ketika ini (priority).

Experiment mungkin berjaya dan mungkin gagal serta ianya terpaksa 'dibayar' dengan harga yang tinggi jika mengalami kekalahan.

Namun jika berjaya ianya dianggap satu bonus.

Post a Comment

Previous Post Next Post