![]() |
Kredit gambar : Sky Sports |
Atletico Madrid meraih kemenangan tipis, 1-0 keatas Deportivo Alaves dalam aksi yang dilaporkan cukup hambar dengan Diego Simeone dilihat mahu memberikan tumpuan terhadap saingan Liga Europa menentang Arsenal.
Diego Simeone menyeru Atletico Madrid supaya 'bersatu' menjelang perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Europa bertemu Arsenal Jumaat ini (waktu Malaysia) dan merasakan keputusan beliau dalam melakukan penggiliran pemain dalam mencapai kemenangan keatas Deportivo Alaves adalah wajar.
Atletico Madrid terpaksa bekerja keras untuk mencapai kemenangan 1-0 di Mendizorroza, di mana Kevin Gameiro menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada babak kedua perlawanan (minit ke-78).
Sebelum itu, Fernando Torres terlepas peluang terbaik untuk meletakan Atletico didepan setelah dihadiahkan sepakan penalti, namun cubaan pemain tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Deportivo, Fernando Pacheco.
Dengan peluang untuk merebut kejuaraan La Liga kini musnah, Simeone kini menetapkan sasaran mereka terhadap saingan Liga Europa dan beliau mengeluarkan seruan untuk semua pemain dan penyokong bersatu bagi menghadapi perlawanan tersebut di Wanda Metropolitano.
Simeone yakin dengan kemampuan barisan pemain beliau yang berjaya mengikat Arsenal (seri 1-1) sebelum ini mereka mampu mencipta kejutan dengan layak ke peringkat Akhir Liga Europa.
Dan beliau telah merehatkan pemain utama Atletico seperti Antoine Griezmann, Saul Niguez dan Jan Oblak ketika berdepan dengan Deportivo Alaves semalam bagi memberi tumpuan menenang Arsenal, Jumaat ini jam 3.05 pagi waktu Malaysia.
"Ini adalah perlawanan yang menarik," jelas Simeone kepada pemberita.
"Sekarang kita perlu berehat dengan baik dan kemudian bekerja serta bersatu pada hari Khamis."
Sumber: Sport Mole
"Sekarang kita perlu berehat dengan baik dan kemudian bekerja serta bersatu pada hari Khamis."
Sumber: Sport Mole