Alex Ferguson membuat kejutan apabila beliau sendiri turun ke padang menyerahkan cenderahati penghargaan yang mewakili Manchester United kepada Arsene Wenger.
Arsene Wenger terkejut dengan pemberian hadiah khas daripada bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson sebelum perlawanan dimulakan.
![]() |
Cenderahati penghargaan daripada Manchester United kepada Wenger. Kredit gambar : Simon Stone |
Pengurus legenda United, Ferguson berada padang untuk menyambut bekas seteru utama beliau sebelum perlawanan dimulakan dengan Jose Mourinho juga dilihat merangkul dan bersalaman bersama Wenger.
![]() |
Mourinho turut terlibat dalam menyampaikan cenderahati tersebut. Kredit gambar : Manchester United |
Dan Wenger berkata dia tidak menjangkakan tindak balas positif daripada peminat United menjelang perlawanan itu, walaupun sesetengah penyokong rumah kemudiannya mengejek beliau dengan menyanyikan "Arsene Wenger, kami mahu anda kekal" semasa perlawanan.
"Sangat bagus, ia bergaya dan saya suka," kata Wenger kepada Sky Sports mengenai pemberian plak penghargaan sebelum perlawanan.
"Saya telah datang ke sini untuk tempoh yang lama sebelum ini dan masa akan datang orang lain pula yang akan datang ke sini, dan mendapat sambutan 'bermusuhan'.
"Ia agak mengejutkan kerana ia tidak selalunya apa yang anda bayangkan, tetapi ia menunjukkan kehidupan sentiasa berjalan dan kadang-kadang ia menjadi lebih baik."
Tindakan Wenger yang merehatkan Ozil dan Lacazette bagi memberi tumpuan kepada aksi saingan Liga Europa menentang Atletico Madrid minggu ini (Jumaat jam 2.45 pagi - 4 Mei 2018) dengan membariskan rata-rata pemain muda bagaimanapun nyaris memberi kejutan kepada Manchester United.
Namun jaringan Fellaini diminit akhir perlawanan menghampakan Wenger dan Arsenal untuk membawa sekurang-kurangnya satu mata berkecai apabila tewas 2-1 kepada Manchester United.
Walaupun Arsenal mengalami enam kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang mana ianya merupakan rekod terburuk pernah dicatatkan Arsenal semenjak tahun 1966, namun Wenger tetap memuji pasukan muda Arsenal ini bermain dengan baik.
"Ini adalah prestasi yang positif dan keseluruhannya mencerminkan musim kami, kami mempunyai peluang terutamanya ketika serangan balas," kata Wenger.
"Keseluruhan prestasi pasukan itu adalah positif untuk pasukan muda itu, tetapi sudah tentu mereka sangat kecewa di dalam bilik persalinan. Dalam 20 minit terakhir, anda dapat melihat beberapa pemain tidak biasa dengan keamatan itu (intensity), tetapi dalam 70 minit pertama kami tidak kelihatan seperti berada dibawah ancaman."
"Ia bagus untuk melihat mereka dalam suasana yang kuat dan yang mempunyai keberanian untuk bermain, yang boleh memenangi serta memberikan cabaran. Kami tahu tahap mereka tetapi di sini anda mengetahui apa yang mampu mereka lakukan dalam perlawanan sebenar."
Kredit image : Twitter Sporf, Sumber asal : Goal