Pendedahan bekas ejen Henrikh Mkhitaryan mengenai situasi yang terjadi diantara mereka berdua dan Mino Raiola

Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal pada Januari tahun ini (2018) dengan menyaksikan pertukaran pemain diantara Manchester United (Henrikh Mkhitaryan) dan juga Arsenal (Alexis Sanchez).

Kredit gambar : playingfor90.com
Bekas pemain Manchester United ini berada dibawah salah seorang ejen pemain tersohor dunia iaitu Mino Raiola ketika ini, termasuklah ketika urusan perpindahan pemain ini ke Arsenal.



Namun sebelum Mkhitaryan berada dibawah Raiola, beliau terlebih dahulu berada dibawah Dimitry Seluk sehinggalah pada tahun 2010 yang menyaksikan 'perpisahan' diantara mereka berdua.

Dimitry Seluk. Kredit gambar : These Football Times
Menurut pendedahan yang dibuat oleh Seluk melalui These Football Times, beliau menjelaskan dimana hubungan beliau bersama Mkhitaryan mulai retak ekoran perselihan yang terjadi diantara beliau dengan Persekutuan Bola Sepak Armenia yang mana emak Mkhitaryan turut bekerja disana.

Sebelum itu, beliau telah membawa Mkhitaryan menyertai Shakhtar Donetsk pada tahun 2010 dan konfik yang dihadapi beliau bersama Persekutuan Bola Sepak Armenia menyebabkan hubungan beliau bersama pemain itu mulai renggang.

Situasi renggang itu mula menjadi keruh diantara mereka dan kemudiannya kakak Mkhitaryan yang bekerja bersama UEFA mula memperkenalkan Mkhitaryan kepada Raiola.



Ketika itu Mkhitaryan sudah pun menjadi pemain terkenal dan apabila Borussia Dortmund membuat tawaran berjumlah €27 juta untuk mendapatkan Mkhitaryan daripada Shakhtar Donetsk, ketika itulah munculnya Raiola yang mengambil peluang segalanya.

Beliau turut mendedahkan dimana jika tidak berlaku perselisihan yang berlaku diantara beliau dengan Oleg Mkrtchyan, setahun sebelum beliau membawa Mkhitaryan menyertai Shakhtar Donetsk, sudah pasti Mkhitaryan menjadi pemain Liverpool.

Ini kerana pada ketika Dortmund mahu mendapatkan Mkhitaryan, beliau telah pun berunding bersama Liverpool.
Oleg Mkrtchyan pmeilik Metalurh Donetsk. Kredit gambar : Futbolgrad
Perselisihan beliau (Seluk) dengan pemilik kelab Metalurh Donetsk (Mkrtchyan) terjadi pada tahun 2009 apabila Mkrtchyan menipu beliau mengenai nilai penjualan Aras Özbiliz (pemain dibawah jagaan beliau) yang dikatakan hanya berlaku pada nilai €2 juta sedangkan nilai sebenar perpindahan pemain itu ke Spartak Moscow adalah €8 juta.

Melalui pendedahan itu juga, beliau menyifatkan perpindahan Mkhitaryan ke Arsenal merupakan satu pertukaran dan perpindahan pemain yang adil diantara pemain itu dengan bekas kelab lamanya, Manchester United.

Selain beliau turut mengakui kemungkinan Mkhitaryan tidak sesuai dan mengalami perselisihan faham dengan pengendali Manchester United, Jose Mourinho.
It was nice to see Manchester United agreeing to give up their player for Sánchez instead of just waiting until Alexis would be out of contract and signing him for free. That’s what it means to be a top club. Obviously, Mourinho and Henrikh didn’t get along very well but it was still a noble act. And a good deal for both parties. - Dimitry Seluk.


Mengakhiri temubual itu, beliau turut mempersoalkan kejayaan Aubameyang yang dinobatkan selaku pemain terbaik Afrika - African Player of the Year (ditempat kedua) pada tahun 2016 sebagai tidak adil dan tidak sepatutnya diberikan kepada Aubameyang.

Gabonese striker Pierre-Emerick Aubameyang poses with the African Footballer of the Year Award during 2015 Glo-CAF Awards in Abuja, on December 7, 2016. Photo: PIUS UTOMI EKPEI / AFP via ENCA.
Gambar sekadar hiasan yang mana Aubameyang muncul peman terbaik Afrika 2015.
Ini kerana menurut beliau, anugerah itu sepatutnya diberikan kepada Yaya Toure memandangkan pemain itu bersama Ivory Coast berjaya memenangi kejohanan Piala Negara Afrika 2016 manakala Aubameyang bersama Gabon gagal memenangi kejohanan tersebut, selain Aubameyang turut memiliki passport (kerakyatan) Perancis.
And speaking of Aubameyang, he didn’t deserve the African Player of the Year award in 2016. Yaya should have won it. Ivory Coast won the 2016 Africa Cup of Nations. Aubameyang didn’t win a thing. And he has a French passport. I’ll say it again: Yaya should have won it. By the way, that was one of the reasons why Yaya left the national team. He wanted the federation to take his side but they didn’t defend him. - Dimitry Seluk.
Rekod pemenang Pemain Terbaik Afrika untuk 3 musim terkini. 
20151stGabon Pierre-Emerick AubameyangGermany Borussia Dortmund143
2ndIvory Coast Yaya TouréEngland Manchester City136
3rdGhana André AyewWales Swansea City112
20161stAlgeria Riyad MahrezEngland Leicester City361
2ndGabon Pierre-Emerick AubameyangGermany Borussia Dortmund313
3rdSenegal Sadio ManéEngland Liverpool186
20171stEgypt Mohamed SalahEngland Liverpool625
2ndSenegal Sadio ManéEngland Liverpool507
3rdGabon Pierre-Emerick AubameyangGermany Borussia Dortmund311

Post a Comment

Previous Post Next Post