Arsenal hantar Luis Boa Morte pantau perkembangan Andrija Zivkovic.

Kredit gambar : express.co.uk

Arsene Wenger dilaporkan mengambil langkah proaktif dalam usaha mendapatkan pemain Benfica, Andrija Zivkovic.

Setelah sekian lama Arsenal dikaitkan dengan pemain sayap dan juga tengah bagi pasukan Benfica itu, akhirnya media Portugal, Rekod mendedahkan dimana Arsenal dan Wenger dikatakan mengambil langkah lebih proaktif apabila menghantar Luis Boa Morte bagi menilai dan memantau pemain itu.


Sebelum ini, laporan mengenai Arsenal dikatakan telah menghantar scout bagi menilai prestasi pemain ini pernah disiarkan : baca Adakah Arsenal bakal menandatangani pemain Benfica.

Namun tidak didedahkan siapakah scout yang dihantar oleh Arsenal itu, namun pendedahan terkini media Portugal itu mengatakan Arsenal telah menghantar bekas scout yang pernah berkhidmat untuk Arsenal sebagai scout pada tahun 2015 sehingga 2017 iaitu Luis Boa Morte.

Walaupun Boa Morte kini tidak lagi bersama Arsenal (bekas scout) namun menjadi kebiasaan untuk beliau 'menolong' bekas pasukan yang pernah diwakili beliau pada tahun 1997 sehingga 1999 dan lebih-lebih lagi apabilia melibat Arsene Wenger.

Pengurus bertanggungjawab mengambil dan membawa beliau menyertai Arsenal dahulu yang seterusnya membuka pintu buat pemain itu beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Berbalik kepada laporan itu tadi, Rekod telah melaporkan dimana Arsenal telah menghantar Boa Morte bagi menilai pemain tersebut pada perlawanan di antara Benfica menentang Porto yang bakal dilangsungkan jam 1.00 pagi esok (waktu Malaysia).

Boa Marte pernah bersama Arsenal selaku pemain (sayap/tengah) pada 1997-1999. Kredit gambar : Daily Star
Boa Morte kini menjadi pengurus kepada pasukan S.U. Sintrense yang beraksi dalam liga ketiga Portugal.


Sebelum ini juga pada tahun 2016, ketika beliau menjadi jurulatih kepada Sporting Lisbon, beliau turut menjalankan misi 'scouting' bagi pihak Arsenal secara sambilan menurut laporan Daily Star.

Namun adakah benar bahawa Arsenal begitu berminat untuk mendapatkan pemain Benfica ini sehinggakan (menurut laporan Rekod itu), Arsenal sanggup menggunakan sekali lagi ataupun menghantar Boa Morte untuk memantau dan menilai Andrija Zivkovic pada perlawanan awal pagi esok tidak dapat dipastikan.

Pun begitu Rekod (media Portugal) itu yakin Arsenal semakin berminat untuk mendapatkan Andrija Zivkovic.

Post a Comment

Previous Post Next Post