Adakah Arsenal akan mengikuti Manchester United dalam 'kegilaan'membeli pemain?

Ruben Dias. Kredit gambar: Da Bancada

Semenjak Ruben Dias dikaitkan dengan Arsenal dan juga Manchester United, Benfica dilaporkan tidak begitu selesa dengan berita mahupun laporan yang mengaitkan perpindahan pemain pertahanan muda mereka itu pada musim panas nanti.



Segalanya bermula pada awal Mac lalu apabila media tempatan Portugal melaporkan dimana kedua-dua kelab Inggeris (Arsenal dan Man.United) telah menghantar scout mereka untuk menilai dan memantau perkembangan pemain tersebut.

Laporan sebelum ini turut mendedahkan bahawa pemain pertahanan Benfica, Ruben Dias (20 tahun) mempunyai klausa pelepasan (release clause) berjumlah €60 juta dan kelab tersebut sedia berunding bagi melepaskan pemain ini dengan nilai perpindahan sekitar €40 juta (anda boleh baca laporan sebelum ini disini - klik).
Benfica berharap mereka mampu melepaskan (jual) Ruben Dias pada harga yang lebih tinggi daripada apa yang mereka dapat ketika melepaskan Victor Lindelöf kepada Manchester United pada musim panas lalu dengan nilai €35 juta. - MyGooner pada 20 Mac 2018.
Namun mereka menafikan dakwaan tersebut yang mengatakan bahawa mereka sedia berunding untuk melepaskan pemain muda itu apabila media yang sama melaporkan keesokkan harinya mengenai penafian Benfica itu. 

Laporan Benfica menafikan untuk melepaskan Dias pada 21 Mac.
Dan Benfica dilihat serius apabila mengatakan yang mana mereka tidak akan melepaskan pertahanan muda ini apabila laporan terkini mendedahkan dimana mereka berhasrat untuk mengekalkan Dias bersama mereka musim depan selain kemungkinan menjadikan beliau kapten pasukan.

Laporan O Jogo mendedahkan Benfica tidak berhasrat melepaskan Dias.
Laporan terbaru itu turut mendedahkan dimana klausa pelepasan pemain muda ini berjumlah €45 juta (£39 juta) berbeza dengan laporan sebelum ini yang mengatakan €60 juta.

Menurut laporan O Jogo itu, mereka turut mendedahkan dimana hanya kelab yang mempunyai kewangan (kaya) sahaja mampu mendapatkan pemain ini.

Adakah Arsenal ataupun Manchester United (dua kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini musim depan) sanggup membelanjakan sekitar £39 juta untuk menebus klausa pelepasan kontrak pemain ini?

Dan adakah Arsenal benar-benar mahukan pemain ini?

Sebagaimana mana yang kita ketahui, Arsenal ketika ini dikatakan sedang mencari pemain pertahanan tengah dan juga pemain tengah bagi memperkukuhkan skuad dalam menghadapi saingan musim depan.


Yang pastinya ianya menjadi tanggungjawab Sven Mislintat untuk mendapatkan pemain yang dirasakan sesuai dan mampu beraksi bersama Arsenal.

Sama ada ianya berbaloi atau tidak, semuanya bergantung kepada penilaian 'Diamond Eye' Mislintat namun secara peribadinya penulis merasakan dengan nilai  £39 juta untuk seorang pemain pertahanan muda (20 tahun) ianya dilihat agak tidak berbaloi melainkan beliau berjaya mencipta kejutan di Kejohanan Piala Dunia 2018 nanti bersama pasukan Portugal.

Bagitu pun setakat ini beliau masih belum disenaraikan ataupun pernah beraksi bersama skuad utama Portugal dan hanya mewakili skuad U21 negara tersebut.

Dari segi rekod perbelanjaan (pembelian) pemain, Arsenal sememangnya tidak dapat menandingi 'kegilaan' Manchester United dan dengan pengumuman terbaru daripada Manchester United, dimana Jose Mourinho bakal diberikan bajet berjumlah £200 bagi urusan pembelian pemain baru musim hadapan, ianya dilihat sesuatu yang tidak mustahil buat mereka untuk menebus kontrak pemain ini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post