Juventus yakin namun risau kehilangan Can

Emre Can. Kredit gambar : Team Talk

Kontrak Emre Can, 24 tahun bersama Liverpool bakal berakhir dipenghujung musim ini dan beliau ketika ini boleh berunding dengan mana-mana pasukan serta boleh menandatangani pra-kontrak dengan pasukan yang menjadi pilihan beliau tanpa sebarang halangan dan sekatan. 



Sebelum itu, beliau dikatakan menolak tawaran pembaharuan kontrak daripada Liverpool kerana tidak memenuhi permintaan gaji yang dipinta beliau berjumlah £200,000 seminggu.

Beliau yang menyertai Liverpool pada tahun 2014 dilaporkan menerima  £70k seminggu untuk tempoh (kontrak) selama empat tahun yang berakhir pada Jun 2018 nanti.

Terbaru, laman CalcioMercato secara eksklusif melaporkan bahawa gergasi Serie A, Juventus yakin dapat menandatangani Emre Can daripada Liverpool.

Pun begitu, mereka tetap risau akan 'kehilangan' pemain ini kepada persaing mereka seperti Bayern Munich, Paris Saint-Germain, Real Madrid dan Manchester City.

Difahamkan rundingan Juventus bersama Can menghampiri kepada persetujuan bersama pemain itu dengan dikatakan Can bakal menerima lima juta euro bagi tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, Can masih belum menandatangani kontrak tersebut dan perkara ini membuatkan Juventus risau mengenai potensi pesain-pesaing mereka untuk 'meng-sailang' Emre Can.

Sudah pasti Juventus tidak mahu perkara Axel Witsel berulang kembali.

Axel Witsel hampir pasti menyertai Juventus namun bertindak menerima tawaran kelab China, Tianjin Quanjia yang dipimpin oleh Fabio Cannavaro pada saat-saat akhir. Kredit gambar:  101 Great Goals

Post a Comment

Previous Post Next Post