PSG sertai Manchester United, Chelsea dan Barcelona

Kredit gambar : Independent

Laporan media UK mengatakan bahawa gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah menyertai perlumbaan untuk menandatangani 'superstar' Tottenham, Toby Alderweireld.



Selepas menyertai Tottenham daripada Atletico Madrid pada musim panas tahun 2015, Alderweireld boleh dikatakan berjaya meletakkan diri beliau diantara pemain pertahanan terbaik dunia.

Namun, kecederaan yang dialami beliau pada musim ini menyaksikan beliau terlepas 29 perlawanan dan hanya membuat 10 penampilan liga sahaja setakat ini bersama Tottenham.

Dan perkembangan ini turut menyaksikan Alderweireld, 29 tahun yang juga merupakan pertahanan skuad kebangsaan Belgium dikatakan bakal meninggalkan Tottenham pada musim depan walaupun kontrak beliau bersama Tottenham bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19.

Menurut laporan Daily Mail, PSG dikatakan sedia memenuhi tuntutan gaji yang dibuat oleh Alderweireld setelah rundingan kontrak diantara pemain tersebut bersama Tottenham menemui jalan buntu.

Sebelum ini Manchester United, Chelsea dan Barcelona turut dilaporkan berminat untuk mendapatkanAlderweireld dan tindakan PSG ini bakal 'memeriahkan' lagi perlumbaan dalam mendapatkan pemain pertahanan Tottenham yang telah membuat 74 penampilan bersama skuad kebangsaan Belgium dengan tiga gol berjaya dihasilkan beliau.

Pada perlawanan diantara Tottenham menentang Chelsea yang diadakan Ahad lalu, Alderweireld tidak disenaraikan oleh Mauricio Pochettino dan ini seolah memberi gambaran bahawa khidmat pemain ini mungkin tidak lagi diperlukan di Tottenham musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post