Adakah Arsenal bakal menandatangani pemain Benfica?

Kredit gambar : Twitter Benfica Things

Dua pemain Benfica yang secara tiba-tiba hangat diperkatakan bermula awal bulan lalu (Mac 2018) kini semakin kuat dikaitkan dengan Arsenal.



Kedua-dua pemain ini sebenarnya mula hangat dikaitkan dengan Arsenal semenjak jendela perpindahan Januari 2018 dibuka, namun Zivkovi terlebih dahulu dikaitkan dengan Arsenal semenjak musim 2017/18 lagi.

Mungkin kemasukan Sven Mislintat sebagai ketua pencarian / pengambilan bakat baru Arsenal menyebabkan gossip perpindahan ini semakin kuat diperkatakan oleh media antarabangsa.

Bulan lalu (Mac 2018), Arsenal dilaporkan telah menghantar wakil mereka (scout) untuk menilai dan memantau aksi dua pemain Benfica, iaitu Ruben Diaz dan Andrija Zivkovi.


Terkini, laporan media Portugal, O Jogo sekali lagi mendedahkan dimana wakil Arsenal (scout) dilihat (sekali lagi) telah menghadiri perlawanan diantara Benfica menentang Vitoria de Guimaraes pada hujung minggu lalu ( 1 April 2018).
"Gunners" voltaram ao reduto das águias para observarem "in loco" Rúben Dias e Zivkovic. - O Jogo
Kehadiran scout Arsenal ini merupakan kehadiran kedua (atau mungkin lebih) bagi menilai dan menyaksikan prestasi dua pemain Benfica yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Dua pemain tersebut iaitu pemain pertahanan, Ruben Dias dan pemain sayap/tengah, Andrija Zivkovic, berjaya mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Benfica mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Victoria; dengan Dias cemerlang mengemudi barisan pertahanan manakala Zivkovic menjadi arkitek Benfica dalam mengemudi barisan tengah Benfica.

Sebelum ini juga kami melaporkan dimana Dias masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal (Adakah Arsenal bakal mengikuti 'kegilaan' Man. United) namun beliau sebenarnya telah dipanggil oleh pengendali Portugal, Fernando Santos pada persediaan skuad Portugal bagi menghadapi perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Namun malangnya, beliau (Dias) mengalami kecederaan dan tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Neto. 

Manakala Zivkovic pula telah membuat dua penampilan bersama skuad kebangsaan Serbia pada siri perlawanan persahabatan antarabangsa bulan lalu.

Adakah Arsenal benar-benar berhajat dan berminat untuk membawa kedua-dua pemain Benfica ini?

Ataupun hanya memerhati perkembangan salah seorang daripada mereka?

Namun dengan kedua-dua pemain ini beraksi pada dua posisi yang dikatakan menjadi keutamaan Arsenal musim depan (pertahan dan tengah) dan ianya dilihat sesuatu yang mungkin menjadi pilihan buat Arsenal.

Mungkin kelebihan ataupun keutamaan kepada pertahanan tengah iaitu Ruben Diaz kerana Andrija Zivkovi lebih kepada posisi sayap kanan (walaupun pemain ini mampu beraksi pada sayap kiri dan juga tengah).

Ruben Diaz Andrija Zivkovi
Posisi Pertahanan Tengah (CB) Sayap (kanan dan kiri / amc)
Umur 20 tahun 21 tahun
Warganegara Portugal Serbia
Kontrak Tamat Jun 2022 Jun 2021
Klausa Pelepasan £52.5 juta £52.5 juta
Nilai Anggaran £35 juta £26 juta
Cap Antarabangsa - 9

Post a Comment

Previous Post Next Post