Massimiliano Allegri tolak tawaran bimbing Itali, isyarat kepada beberapa pasukan Eropah. Ini juga bukan kali pertama Allegri menolak tawaran ini, malah sudah beberapa kali sebelum ini.
image : goal |
Sudah pasti jendela perpindahan musim 2018/19 bakal menjadi rancak, ini kerana bukan sahaja pemain menjadi sasaran, malah pengurus juga bakal menjadi sasaran terutama buat beberapa pasukan di Liga Perdana Inggeris.
Arsenal, semenjak musim lepas lagi telah dikaitkan dengan pengganti kepada Arsene Wenger dan pengurus Juventus ini turut dilaporkan serta dikatakan calon terbaik yang bakal menduduki kerusi 'panas' Arsenal (menggantikan Wenger).
Namun, penyambungan dua tahun (kontrak lanjutan) Arsene Wenger bersama Arsenal menyaksikan khabar angin ini 'senyap seketika'.
Pun begitu, prestasi tidak menentu Arsenal ketika ini dibawah kendalian Wenger, 'memanggil' kembali gossip yang pernah menjadi hangat satu ketika.
Kini desas desus mengenai masa depan Allegri bersama Juventus yang dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut musim depan, kembali hangat diperkatakan dan dikaitkan kembali bersama Arsenal.
Malahan Chelsea juga turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pengendali Juventus ini musim depan bagi menggantikan Conte.
Dengan rekod cemerlang Allegri bersama Juventus semenjak mengambil alih posisi pengurus kelab tersebut pada 16 Julai 2014, sudah pasti banyak kelab di Eropah inginkan khidmat beliau .
Berikut statistik beliau sebagai pengurus bermula musim 2010/11 hingga kini :-
KEJOHANAN | LIGA | COPPA ITALIA | SUPERCOPPA ITALIANA | CHAMPIONS LEAGUE | |
---|---|---|---|---|---|
Kelab | Musim | Itali | Europe (UEFA) | ||
Milan | 2010–11 | 1st | SF | — | R16 |
2011–12 | 2nd | SF | W | QF | |
2012–13 | 3rd | QF | — | R16 | |
2013–14 | 11th* | — | — | R16* | |
Juventus | 2014–15 | 1st | W | RU | RU |
2015–16 | 1st | W | W | R16 | |
2016–17 | 1st | W | RU | RU | |
2017–18 | RU |
Key:
|
|
Winners / 1st place
Runners-up / 2nd place
|
Rekod statistik perlawanan melibatkan Allegri :-
Team | From | To | Record | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
G | W | D | L | GF | GA | GD | Win % | |||
Aglianese | 1 July 2003 | 30 June 2004 | 38 | 10 | 13 | 15 | 30 | 35 | −5 | 26.32 |
Real SPAL | 1 July 2004 | 30 May 2005 | 40 | 13 | 15 | 12 | 47 | 41 | +6 | 32.50 |
Grosseto | 19 July 2005 | 29 October 2005 | 11 | 2 | 6 | 3 | 9 | 10 | −1 | 18.18 |
Grosseto | 17 April 2006 | 29 October 2006 | 17 | 4 | 9 | 4 | 19 | 18 | +1 | 23.53 |
Sassuolo | 17 July 2007 | 28 May 2008 | 42 | 23 | 6 | 13 | 46 | 32 | +14 | 54.76 |
Cagliari | 29 May 2008 | 13 April 2010 | 74 | 27 | 15 | 32 | 106 | 113 | −7 | 36.49 |
Milan | 25 June 2010 | 13 January 2014 | 179 | 92 | 49 | 38 | 303 | 178 | +125 | 51.40 |
Juventus | 16 July 2014 | Present | 209 | 149 | 34 | 26 | 401 | 141 | +260 | 71.29 |
Total | 610 | 320 | 147 | 143 | 961 | 568 | +393 | 52.46 |
Adakah Allegri akan menggantikan Antonio Conte di Stamford Bridge? Adakah Arsenal akan pasrah melihat Allegri ke Chelsea?
Melihatkan kepada situasi sekarang, kemungkinan besar untuk kita melihat kedua-dua pasukan itu (Arsenal dan Chelsea) untuk dikendalikan oleh pengurus baru bagi menghadapi saingan musim 2018/19 agak tinggi.
Cuma Wenger mungkin akan lebih bernasib baik jika dibandingkan situasi Conte sekarang.
Kita sedia maklum bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich sering kali tidak berpuas hati dengan pengurus pasukan beliau sebelum ini, walaupun pengurus tersebut telah memberi kejuaraan pada musim sebelumnya.
Kita sedia maklum bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich sering kali tidak berpuas hati dengan pengurus pasukan beliau sebelum ini, walaupun pengurus tersebut telah memberi kejuaraan pada musim sebelumnya.
Ternyata, menggalas tugas selaku pengurus Chelsea merupakan satu tugas yang cukup mencabar dan sukar (berdasarkan rekod pengendali sebelum ini) buat mereka (pengurus pasukan).
Sukar buat mana-mana pengurus untuk bertahan lama di Stamford Bridge .
Berdasarkan alasan tersebut, Arsenal dilihat lebih berpeluang untuk mempengaruhi Allegri ke Utara London (menyertai Arsenal).
image : http://www.englandcitiesmaps.info |
Mengikut laporan sebelum ini, Allegri dikatakan tidak mempunyai masalah untuk membimbing Arsenal jika Arsene Wenger tidak lagi bersama pasukan ini (melepaskan jawatan mahupun dipecat oleh pihak tertinggi kelab).
Chelsea ke Liga Europa musim hadapan
Ini merupakan satu tamparan buat Antonio Conte. Dengan prestasi semasa pasukan Chelsea, adalah tidak mustahil untuk melihat Conte mengikuti jejak langkah pengurus-pengurus pasukan itu sebagaimana sebelum ini (dipecat ataupun ditamatkan kontrak).
Bagi Roman ini adalah lumrah untuk memecat mana-mana pengurus yang tidak boleh memberi kejayaan setiap musim walaupun telah berjaya pada musim sebelumnya.
Adakah Conte pengurus ke-10 yang bakal dipecat oleh Roman. image : getty |
Dalam sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea tumpas kepada Tottenham Hotspur tempoh hari, Conte kelihatan agak berang dengan soalan mengenai masa depan beliau dengan Chelsea.
Apakah kita akan melihat seorang lagi pengurus daripada Itali mengemudikan mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris?
Biru mahupun merah?
Rumusan penulis menjurus kepada Chelsea berdasarkan kepada beberapa petunjuk semasa yang diambil kira.
image : twitter |
Buat pengurusan Arsenal, dilihat sukar untuk memecat Arsene Wenger dan mungkin akan membiarkan Wenger menghabiskan baki kontrak yang hanya berbaki semusim sahaja lagi.
Apakah pandangan anda pula mengenai ini?
Rujukan :