Merci beaucoup Arsene Wenger

Sememangnya perasaan penulis bagaikan tidak percaya saat melihat pengumuman yang dibuat pada laman media rasmi Arsenal petang semalam.



Kebiasaannya penulis biasa menerima email dari rakan-rakan di Perancis dengan diakhiri perkataan merci beaucoup  yang bermaksud terima kasih banyak-banyak.

Dan melihat kepada tajuk laporan tersebut - Mersi Arsene yang dikeluarkan pada jam 4.53 petang (waktu Malaysia), membuat hati penulis kuat berdebar.

Seakan memahami namun tidak mahu mempercayai sehingga membuka (membaca) laporan tersebut.

Adakah ianya satu gurauan? Melihat perkataan Merci (sebelum membaca) laporan tersebut terus terdetik "Adakah benar Wenger mengundur diri?"

Merci dalam bahasa Perancis adalah bermaksud 'Terima Kasih'.


Boom!!! Walaupun laporan tersebut dikeluarkan daripada laman rasmi Arsenal, namun hati ini tetap sukar untuk menerima perkhabaran tersebut.

Berkali-kali membaca sambil mengharapkan ianya satu kesilapan ataupun gurauan, namun kebenaran tetap kebenaran walaupun sepahit mana terpaksa ditelan.

Berdesup-desup mesej whatsapp, facebook dan media sosial lain memperkatakan hal ini. Sejujur-jujurnya perasaan penulis hingga ke saat ini masih lemah dan sukar untuk mempercayai berita ini. (macai Wenger)



Dan sejujur-jujurnya penulis telah dapat membayangkan bahawa Wenger bakal berundur pada penghujung musim ini selepas menyiarkan beberapa artikel mengenai revolusi yang bakal dijalankan oleh Gazidis.

Lebih-lebih lagi mengikuti perkembangan selepas sesi soal jawab diantara pihak pengurusan yang dihadiri oleh Sanllehi yang membicarakan mengenai perancangan beliau bersama Gazidis untuk Arsenal.

Baca: Benarkah dan mampukah Sanllehi membentuk Arsenal Baru? yang diterbitkan pada 16 April.

Kemudian 'kecoh' mengenai calon-calon yang diusulkan oleh tiga orang penting Arsenal pada 19 April (sehari sebelum pengumuman perletakan Wenger dibuat).


Dan semalam (20 April) merupakah tarikh yang menggemparkan kepada peminat dan penyokong Arsenal (tidak kisahlah sama ada anda gembira ataupun bersedih) apabila tanpa disangka pengumuman mengenai perletakan  jawatan Arsene Wenger diumumkan.


Walaupun sukar untuk menerima keputusan ini kerana mengharapkan ianya diumumkan sebaik sahaja liga berakhir, namun sebagai penyokong dan peminat Arsenal, penulis faham situasi ini sememangnya sukar buat sementara.


Apatah lagi ini merupakan kali pertama (sepanjang penulis menyokong Arsenal bermula tahun 1997)  Arsenal bakal menggantikan pengurus mereka.


Bersedia atau tidak, sokongan terhadap Arsenal tidak pernah padam. Semoga terus maju kepada Arsene Wenger dalam apa jua yang diceburi selepas ini.

#COYG #WeAreTheArsenal.

Berikut adalah detik-detik menarik Arsene Wenger  bersama Arsenal dan kata-kata mereka terhadap Wenger.

Stirring stuff from Wrighty and Robert Pires on the boss

All the key stats from an incredible 2️⃣2️⃣year reign...

Setiap kekalahan terpalit parut dihati Wenger
Arsene Wenger takes over Arsenal in 1996.

And the rest is history...

The peak of Arsene Wenger football. WengerBall. 👏🏻

Post a Comment

Previous Post Next Post