![]() |
Kredit gambar : Arsenal |
Skuad U23 Arsenal mengesahkan tempat untuk beraksi di pentas final Premier League International Cup setelah berjaya menewaskan Villarreal pagi tadi.
Piala Antarabangsa Liga Perdana 2017-18 (Premier League International Cup) adalah musim keempat kejohanan ini dilangsungkan di mana ianya merupakan satu pertandingan bolasepak bagi kelab Eropah yang dianjurkan oleh Liga Perdana untuk pemain dibawah usia 23 tahun (U23).
Porto merupakan juara bertahan (pada edisi sebelum ini) setelah mengalahkan Sunderland 5-0 pada final musim lalu.
Kejohanan yang melibatkan 24 pasukan bolepak kelab Eropah ini dengan 12 pasukan daripada Liga Perdana Inggeris dan 12 pasukan daripada kelab Eropah yang lain.
Dan 24 pasukan ini dipecahkan kepada enam kumpulan (A,B,C,D,E dan F) dengan juara kumpulan serta dua pasukan terbaik (ditempat kedua peringkat kumpulan) layak beraksi ke peringkat suku akhir (kalah mati).
Tujuan utama kejohanan ini diwujudkan adalah bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain remaja dan ianya juga adalah kesinambungan daripada pelan pembangunan yang diusahakan oleh Liga Perdana - Professional U21 Development League.
Pemenang kejohanan ini hanya menerima trofi kejuaraan dan tiada wang tunai diberikan sebagai ganjaran juara.
24 pasukan yang terlibat bagi musim ini (2017/18) adalah seperti berikut:
Dan 24 pasukan ini dipecahkan kepada enam kumpulan (A,B,C,D,E dan F) dengan juara kumpulan serta dua pasukan terbaik (ditempat kedua peringkat kumpulan) layak beraksi ke peringkat suku akhir (kalah mati).
Tujuan utama kejohanan ini diwujudkan adalah bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain remaja dan ianya juga adalah kesinambungan daripada pelan pembangunan yang diusahakan oleh Liga Perdana - Professional U21 Development League.
Pemenang kejohanan ini hanya menerima trofi kejuaraan dan tiada wang tunai diberikan sebagai ganjaran juara.
24 pasukan yang terlibat bagi musim ini (2017/18) adalah seperti berikut:
Kelab Bolasepak EPL | Kelab Bolasepak Eropah |
---|---|
Arsenal | Athletic Bilbao |
Derby County | Bayern Munich |
Everton | Benfica |
Leicester City | Celtic |
Liverpool | Dinamo Zagreb |
Manchester United | Hertha Berlin |
Newcastle United | Legia Warsaw |
Reading | Porto |
Sunderland | PSV Eindhoven |
Swansea City | Sparta Prague |
Tottenham Hotspur | Villarreal |
West Ham United | Wolfsburg |
Pada perlawanan pagi tadi, skuad U23 Arsenal berjaya menewaskan Villarreal menerusi penentuan sepakan penalti (5-4) setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 masa penuh perlawanan.
Gol Arsenal dijaringkan oleh : Tyreece John-Jules (minit ke-8) dan Gilmour (penalti minit ke-19).
![]() |
Tyreece John-Jules penjaring gol pertama U23 Arsenal. Kredit gambar : Arsenal |
Arsenal bakal bertemu pemenang diantara Newcastle yang berdepan juara bertahan Porto yang dijadualkan pagi esok (waktu Malaysia).
Laluan skuad U23 Arsenal ke pentas final bermula cemerlang apabila berjaya mucul selaku pendahulu kumpulan (Kump. E) pada peringkat kumpulan.
Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Arsenal | 3 | 2 | 1 | 0 | 6 | 2 | +4 | 7 |
Porto | 3 | 2 | 0 | 1 | 3 | 1 | +2 | 6 |
Bayern Munich | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 | −3 | 3 |
Reading | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 3 | −3 | 1 |
Memasuki peringkat kalah mati (suku akhir), Arsenal tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Dinamo Zagreb (juara kumpulan c) dengan keputusan penuh 2-1.
Dan rentak kecemerlangan Arsenal diteruskan lagi diperingkat separuh akhir apabila berjaya menewaskan Villareal 5-4 (melalui penentuan sepakan penalti) yang seterusnya membawa Arsenal ke perlawanan akhir buat kali pertama semenjak kejohanan ini diwujudkan.
Pasukan yang menjuarai (tiga) musim sebelum ini:
![]() |
Porto juara musim 2016/17. Kredit gambar : Premier League |
![]() |
Villareal B juara musim 2015/16. Kredit gambar : Premier League |
![]() |
Manchester City juara musim pertama kejoahanan ini diadakan (2014/15). Kredit gambar : Premier League |
Musim | Juara | Keputusan | N.Juara |
---|---|---|---|
2014–15 | Manchester City | 1–0 | Porto |
2015–16 | Villarreal | 4–2 | PSV |
2016–17 | Porto | 5–0 | Sunderland |