🎥 Liga Europa | CSKA Moscow dibedil Arsenal

Perlawanan diantara Arsenal dan CSKA Moscow berlangsung tanpa sebarang ketegangan mahupun kekecohan daripada kedua-dua belah pihak (penyokong) walaupun hubungan diplomatik diantara Britain dan Rusia ketika ini 'sedang berperang'.



Hubungan dua negara itu tegang ekoran kes pembunuhan bekas ejen perisik Rusia yang berpaling tadah, Sergei Skripal dan anaknya di London dan Britain menuduh pihak Rusia meracuni bekas ejen perisik negara itu walapun dinafikan Rusia.

Kedua-dua negara kemudiannya bertindak mengusir duta negara terbabit daripada negara masing-masing  sebelum menarik balik arahan tersebut. Namun hubungan tegang diantara kedua-dua negara tersebut masih berlanjutan sehingga kini.

Rentetan itu, kedua-dua pasukan telah mengeluarkan amaran (peringatan) kepada penyokong masing-masing untuk menjaga tingkah laku sepanjang menyaksikan perlawanan tersebut (baik di London mahupun di Moscow).

Pada perlawanan lewat pagi tadi, kira-kira 200 orang penyokong CSKA Moscow tiba di Stadium Emirates dalam memberikan sokongan kepada pasukan mereka walaupun jumlah sebenar tiket yang diperuntukkan kepada penyokong pelawat berjumlah 500 keping.
Kebimbangan mengenai krisis diplomatik dan Russophobia menyebabkan ramai penyokong kelab daripada Rusia itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai rombongan ke London bagi menyaksikan perlawanan ini.

Sebaliknya hanya 200 orang penyokong 'berhati kering' CSKA Moscow tiba di London.

Kira-kira 200 orang penyokong CSKA Moscow tiba di London.
Walaupun pasukan mereka 'dibedil' Arsenal namun kehadiran mereka (penyokong CSKA Moscow) ternyata mematuhi arahan dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan Rusia di London yang menyarankan agar mereka berkelakuan baik dan tidak mencetuskan sebarang kekecohan mahupun provokasi.  

Menentang CSKA Moscow dilaman sendiri, Arsenal tidak memerlukan masa yang lama untuk membuka tirai pesta gol apabila pada minit ke-9 perlawanan Ramsey berjaya menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Bellerin untuk gol pertama Arsenal.
Gandingan Mesut Ozil, Aaron Ramsey dan Henrikh Mkhitaryan benar-benar berbisa dan mengagumkan pada perlawanan ini. 



Mkhitaryan hampir meletakkan Arsenal didepan seawal minit ke-3 namun percubaan beliau sedikit tersasar pada tepi gawang gol lawan dan jika tidak kerana 'offside', Asenal sudah pasti berada didepan seawal minit ke-7 perlawanan apabila jaringan Ramsey dibatalkan kerana Ozil terlebih dahulu dikesan 'offside' sebelum membuat hantaran kepada Ramsey.

CSKA Moscow kelihatan gagal mengimbangi rentak permainan dan gagal mengekang asakan bertali arus Arsenal pada babak pertama namun kesilapan barisan pertahanan Arsenal dihukum oleh Aleksandr Golovin pada minit ke-15 melalui sepakan percuma yang menarik untuk mengikat kedudukan 1-1.

Lacazette bagaikan tidak mahu mempersiakan peluang yang pernah diberikan oleh Aubameyang sebelum perlawanan ini dan sebagai menghargai usaha pemain tersebut yang membantu beliau mengembalikan keyakinannya (dalam menjaringkan gol) turut beraksi cemerlang apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 selepas Ozil dijatuhkan dikawasan penalti CSKA Moscow.
Beliau turut beraksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit ke-35 setelah menerima hantaran menarik daripada Ozil sebelum merembat masuk ke gawang lawan.


Dan sebelum itu, Ramsey sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-28 dan gol kedua peribadi beliau pada perlawanan ini (gol ketiga Arsenal) dijaringkan dengan gaya ataupun cara yang cukup menarik, apabila beliau bijak mengambil peluang dan menyempurnakan dengan gaya tersendiri.

Highlight perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post