Tindakan terpuji Manchester United namun Fellaini kecewakan Wenger.

Kunjungan terakhir Arsene Wenger ke Old Trafford sebagai pengurus Arsenal telah diberikan penghormatan oleh Manchester United namun dikecewakan dengan tandukan Marouane Fellaini pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan tuan rumah mencapai kemenangan 2-1.



Wenger disambut oleh bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson dan pengurus semasa, Jose Mourinho sebelum sepak mula perlawanan dan beliau telah menerima cenderahati penghargaan daripada bekas pengurus United yang mewakili kelab tersebut.
Bagaimanapun, Wenger akhirnya terpaksa pulang dengan 'tangan kosong' apabila Arsenal tewas kepada United hasil daripada jaringan lewat perlawanan daripada Fellaini (minit ke-91).

Sir Alex Ferguson menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Wenger daripada pihak Manchester United.

Jose Mourinho turut terlibat dalam menyampaikan penghargaan tersebut.
Pada perlawanan ini, Arsenal tampil dengan skuad kedua dengan hampir 70% dibarisi pemain-pemain muda dan hanya menampilkan pemain-pemain senior seperti Aubameyang, Xhaka dan Mkhitaryan serta Bellerin.


Walaupun perlawanan pada satu ketika dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, namun tandukan penyudah Fellaini pada minit-minit akhir menggagalkan hasrat Wenger dan anak buahnya untuk membawa pulang satu mata berharga.

Tamat perlawanan Manchester 2-1 Arsenal.

Cenderahati penghargaan daripada Manchester United kepada Wenger.

Walaupun kalah namun pujian seharusnya diberikan kepada skuad muda Arsenal ini kerana mampu menampilkan aksi cemerlang dalam menghadapi tentangan Manchester United.

Highlights perlawanan:



Separuh masa pertama:

Separuh masa kedua:

*Hosted at content-ventures.com, streamable.com and Dailymotion. This video is provided and hosted from a 3rd party server.

Dan mungkin terdapat iklan pada video sebelum dimulakan.



Kredit gambar : Ghanasoccernet.com

Post a Comment

Previous Post Next Post