Wenger pilih Patrick Vieira.

Sebelum ini, kami melaporkan dimana tiga staff utama Arsenal iaitu Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bersama Raul Sanllehi (head of football relations) dan Sven Mislintat (head of recruitment) sedang mencari dan mengusahakan pengganti kepada Arsene Wenger.

Kredit gambar : Evening Standard
Ketiga-tiga mereka hadir dengan nama calon-calon yang menjadi pilihan masing-masing dan anda boleh membaca laporan tersebut disini (klik : Arsenal dalam dilema mengenai pengganti kepada Arsene Wenger).



Kini, Arsene Wenger sendiri telah mengeluarkan cadangan beliau mengenai siapakan calon yang dirasakan sesuai untuk menggantikan diri beliau.

Jika Gazidis memilih bekas pemain Arsenal yang kini bersama Manchester City, Mikel Arteta atau pengendali Celtic, Brendan Rodgers ataupun pengendali AS Monaco, Leonardo Jardim dan Raul Sanllehi memilih Luis Enrique serta Sven Mislintat pula dengan dua pengendali kelab Jerman iaitu Julian Nagelsmann dan Domenico Tedesco.

Arsene Wenger pula mencadangkan bekas pemain dan juga bekas ketua pasukan Arsenal iaitu Patrick Vieira sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan dirinya di Arsenal (selaku pengurus pasukan).

Vieira memulakan kerjaya beliau selaku pengurus pasukan apabila menyertai Manchester City selaku staff kejurulatihan kelab tersebut pada tahun 2011.

Dan pada tahun 2013, beliau telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan simpanan Manchester City.

Tahun 2016, beliau kemudiannya menyertai pasukan Major League Soccer (MLS), New York City FC yang mana ianya merupakan kelab dibawah naungan pemilik yang sama dengan Manchester City iaitu City Football Group.

Arsene Wenger yang dikatakan bakal melepaskan jawatan beliau dipenghujung musim ini menamakan Viera sebagai calon pengganti kepada beliau melalui pendedahan yang dibuat oleh Independent.
He’s a guy who has the potential one day, yes. I’ve followed his managerial career. I think he does very well. But overall, this Premier League is special, you know. There are plenty of former players who played here who have potential and the intelligence and the knowledge to do it. So there’s plenty of choice, don’t worry about that. - Arsene Wenger.


Post a Comment

Previous Post Next Post