Perseteruan Arsene Wenger dan Mark Hughes berterusan

Kredit gambar : BBC

Sebelum perlawanan diantara Arsenal menentang Southampton semalam (8 April 2018), Mark Hughes bekas pengendali Stoke City mengakui perseteruan 'rivalry' diantara beliau dengan Arsene Wenger dilihat  sebagai sesuatu yang sedikit 'bodoh'.



Laporan yang dibuat oleh Sky Sports itu turut mendedahkan dimana Hughes begitu mengagumi pencapaian yang dilakukan oleh Arsene Wenger bersama Arsenal dan menyifatkan kritikan keatas Wenger adalah sesuatu yang tidak adil.

"Absolutely. He's done a remarkable job. He's an outstanding manager and has been for a huge number of years. I'm a manager as well so I know how difficult it is to have longevity in your career, and he trumps me by about 10-15 years, so he's not doing bad. I've got the utmost respect for Arsene. Don't get me wrong, he wants to win and so do I and sometimes we probably get a little bit silly, but there you go." - Mark Hughes.

Ini bukanlah kali pertama Hughes memuji Wenger, sebelum ini pada tahun 2006 ketika beliau mengendalikan Blackburn, beliau turut memuji Arsene Wenger kerana berjaya membina kembali Arsenal selepas kehilangan beberapa pemain utama seperti Robert Pires, Sol Campbell, Dennis Bergkamp dan Ashley Cole.

Wenger boys are the future, says Hughes. - Lancashire Telegraph pada 23 Disember 2006.

Pada tahun itu juga (2006) menyaksikan Arsenal tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 1-0 kepada Blackburn yang dipimpin oleh Hughes ketika itu.

Selepas terikat 0-0 pada perlawanan pertama pusingan kelima Piala FA, Arsenal tewas pada perlawanan ulangan ditempat lawan dengan keputusan 1-0 dan Wenger menyifatkan pengadil perlawanan tersebut, Graham Poll tidak berlaku adil setelah Arsenal tidak dihadiahkan penalti ekoran Freddie Ljungberg dijatuhkan didalam kawasan penalti Blackburn.

Dan Blackburn memperolehi gol kemenangan pada minit ke-87 perlawanan hasil jaringan Benni McCarthy.

"We have been punished because we didn't take our chances whereas Blackburn took maybe the only chance they had in 180 minutes," said Wenger.

"It was a world-class goal. Of late his performances have not had the usual spark, so I felt he needed a break. He's played a lot of games since he's been here. He was nice and bright when he came on and what a good decision it looks like now. That goal was good enough to win any match." - said Hughes.

Walaupun sidang media selepas perlawanan tersebut tiada perkataan ataupun kutukan yang diluahkan daripada mereka berdua, namun boleh dikatakan 'perang' diantara mereka berdua sememangnya telah tercetus ketika itu.

Semuanya bermula pada tahun 2005, apabila kedua-dua mereka itu bertengkaran secara lisan selepas kemenangan  Arsenal keatas Blackburn pada peringkat separuh akhir Piala FA  2005 dan semenjak itu, Arsene Wenger dan Mark Hughes tidak lagi mempunyai hubungan yang 'sihat dan mesra' diantara mereka berdua. 



Kemuncak perseteruan mereka adalah ketika saingan suku akhir Carling Cup 2009 apabila Manchester City yang dipimpin oleh Hughes berjaya menewaskan Arsenal dengan keputusan 3-0. 

Sejurus tamat perlawanan tersebut, Wenger enggan berjabat tangan dengan Hughes meskipun Hughes dengan sopan menghulurkan tangannya untuk bersalaman selepas wisel penamat dibunyikan.

"Maybe he's used to winning games and when he does lose sometimes he doesn't know how to behave," said Hughes.

“That (handshake) is nothing to do with the game. I’m free to shake hands with whom I want after a game. I have nothing more to say about it. Yes it is (professional courtesy to shake hands). Perhaps I have no professional courtesy.” - Arsene Wenger.

Selepas Mark Hughes meninggalkan Manchester City pada 2009 (Disember) kisah permusuhan diantara beliau dengan Wenger bagai 'tidur' sementara.

Hughes menyertai Fulham dan QPR selepas dipecat daripada City namun pada tahun 2013, persengketaan diantara mereka berdua kembali menghangatkan arena bolasepak Liga Perdana setelah Hughes menyertai Stoke City (30 Mei 2013).



Stoke City dibawah kendalian Hughes tetap bermain dengan 'corak keras' sebagaimana sebelum ini ketika dibawah kendalian Tony Pulis.

Sehinggakan perang mulut diantara kedua-dua pengurus ini kembali 'panas'.


Dan Wenger meneruskan kritikan beliau terhadap Stoke terutamanya mengenai corak permainan Stoke City yang masih 'ganas' selain mengamalkan terjahan keras sejurus tamat perlawanan diantara kedua-dua pasukan pada tahun 2014 (6 Disember).

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Stoke dengan keputusan 3-2 dan Arsenal terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Chambers dilayangkan kad kuning kedua (kad merah) pada minit ke-78.

Mark Hughes turut menyindir Wenger kerana dilihat gugup dan takut untuk mengarahkan pemain-pemain Arsenal ketika perlawanan sedang berlangsung  selain takut berdepan dengan penyokong Stoke (tuan rumah).

Arsène Wenger, he’s scared to stand up. - Mark Hughes

Perlawanan tersebut sememangnya penuh dengan 'kemarahan' dan 'dendam' diantara kedua-dua pasukan ekoran sejarah dan peristiwa sebelum ini termasuklah tragedi yang menimpa Ramsey.

Insiden Ramsey diterjah sehingga menyebabkan kaki beliau patah.
Bagaimanapun Wenger membalas sindiran Hughes tersebut dengan menyifatkan (menyindir) bahawa mereka terlalu 'menyukai' beliau.

They love me so much here that I didn’t want to give them an opportunity to show their love for me. - Arsene Wenger.

Namun sebelum perlawanan tersebut berlangsung, Hughes terlebih  dahulu menyindir Wenger supaya menutup telinganya jika tidak mampu menghadapi sorakan dan makian daripada penyokong tuan rumah (Stoke City).

Stick your fingers in your ear if you don’t want to hear it. As an experienced manager, it shouldn’t affect you too much anyway. - Mark Hughes

Kisah lanjut Hughes ketika bersama Stoke mengenai 'perseteruan' mereka berdua ada diceritakan sebelum ini disini (klik - Mark Hughes Beri Amaran Kepada Wenger).



Menyetuh perlawanan Arsenal dan Stoke, sememangnya menjadi kerisauan buat Wenger dengan pengurus The Gunners itu sering kali mengkritik aksi dan terjahan kasar pasukan itu.

Lebih-lebih lagi apabila melihatkan pemain-pemain beliau seperti Ramsey (patah kaki pada aksi menentang Stoke pada tahun 2010), Walcott, Sagna dan Adebayor yang cedera pada pertembungan menentang Stoke pada tahun 2008, yang mana perlawanan tersebut disifatkan pemain Arsenal terlalu lembik oleh penyokong Stoke .

Walcott diusung keluar kerana mengalami kecederaan pada pertembungan menentang Stoke (2008).
Dan pada Januari 2015, Wenger sekali lagi berang terhadap Stoke yang dipimpin oleh Hughes dengan melabelkan pasukan Stoke dan pemain mereka 'menjahanamkan' karier pemain beliau.

Kecewa dengan aksi ganas Stoke dan Hughes itu, Wenger melancarkan kritikan pedas yang ditujukan kepada Hughes sekali lagi dengan menyifatkan pasukan itu lebih layak bermain rugby berbanding bolasepak.
Mathieu Debuchy terseliuh bahu akibat ditolah (sehingga terjatuh) oleh pemain Stoke Marko Arnautovic (januari 2015) Kredit gambar : Telegraph
Menjelang pertembungan Arsenal menentang Stoke pada 13 Mei 2017 ditempat lawan, Wenger sekali lagi melancarkan perang terhadap Hughes dan penyokong Stoke apabila mengatakan Stoke sememangnya sebuah pasukan rugby dan penyokong Stoke juga terlalu agresif berbanding penyokong lain.

Yes. I think, the major incident was not that comment. The major incident was Ramsey. That’s where it started. But I don’t know why they boo me so much. You should ask them. I don’t bully them. Is it worse than Tottenham? It is maybe more aggressive, yes. But do you want me to stay at home on Sunday? Look, all that is only details. What matters is what is happening on the pitch and how well we play. All the rest is part of it, part of the product. - Arsene Wenger

Itu cerita ringkas mengenai perseteruan diantara mereka berdua (Wenger dan Hughes) sebelum ini, kini perseteruan mereka berdua memasuki fasa baru apabila Hughes tidak lagi bersama Stoke dan menjadi pengurus kepada Southampton bermula pada 14 Mac 2018.


Dan semalam ( 8 April 2018), Southampton bertemu Arsenal buat pertama kalinya dengan Hughes menjadi pengurus mereka.

Pertembungan tersebut turut mencetuskan kekecohan walaupun bermula daripada aksi ditengah padang dengan menyaksikan kedua-dua pemain daripada kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah (Elneny - Arsenal dan Stephans - Southampton)

Walaupun Hughes tidak menujukan sebarang kritikan terhadap Wenger, begitu juga dengan Wenger yang tidak mengeluarkan sebarang kritikan terhadap Hughes, serta tiada pertengkaran diantara mereka ketika perlawanan sedang berlangsung, namun tindakan pemain-pemain yang bertelagah ditengah padang (diminit akhir perlawanan) pasti bakal mencetuskan persengketaan baru diantara mereka.

Insiden yang mengakibatkan Stephans dilayangkan kad merah ekoran  kegagalan mengawal emosi. kredit gambar: The Guardian
Sudah pasti 'permusuhan' Wenger dan Hughes bakal bersambung dengan episod baru musim depan (seandainya Arsenal masih dipimpin oleh Wenger dan Southampton kekal beraksi didalam saingan Liga Perdana Inggeris) serta masih dipimpin Hughes.

Post a Comment

Previous Post Next Post