Klopp enggan ulas mengenai spekulasi Buvac ke Arsenal

Klopp enggan ulas mengenai spekulasi Buvac ke Arsenal. Kredit Gambar : FourFourTwo

Zeljko Buvac dilaporkan menjadi salah seorang calon untuk menggantikan Arsene Wenger di Arsenal, namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan memberikan apa-apa komen mengenai spekulasi ini menurut laporan FFT.



Pembantu kepada Jurgen Klopp, Zeljko Buvac (56 tahun) merupakan bekas pemain bolasepak yang beraksi pada posisi attacking midfielder dan pernah mewakili kelab Jerman seperti FC Rot-Weiß Erfurt dan 1. FSV Mainz 05 pada era tahun 90an.

Beliau turut mewakili sebuah lagi kelab Jerman iaitu SC Neukirchen pada tahun 1995 hingga tahun 1998 yang mana ianya merupakan kelab terakhir diwakili beliau selaku pemain.

Selepas bersara daripada menjadi pemain bersama SC Neukirchen, beliau kemudiannya dilantik menjadi pengurus kepada pasukan tersebut (tahun 1998) dan mengemudikan pasukan tersebut selama tiga musim (berakhir pada tahun 2001).

Beliau kemudiannya menyertai bekas pasukan beliau ketika beraksi selaku pemain dahulu iaitu 1. FSV Mainz 05 pada tahun 2001 dan sinilah beliau bertemu kembali serta mula bergandingan dengan bekas rakan sepasukan beliau iaitu Jurgen Klopp apabila menjadi pembantu pengurus Mainz 05.

Jurgen Klopp dan Zeljko Buvac kali pertama begandingan selaku pengurus dan penolong pengurus ketika bersama kelab Mainz. Kredit gambar : Daily Star


Setelah hampir 17 tahun menjadi penolong kepada Jurgen Klopp, beliau pada akhir bulan lalu mengumumkan perletakan jawatan dan tidak akan mengendalikan tugas bersama Liverpool serta merta.

It is understood Buvac has become increasingly distant and withdrawn around the club, and visibly less engaged during matches recently, and it is that, rather than any specific fall-out with Klopp, which has resulted in his stepping back from first-team duties in the aftermath of the stalemate with Stoke City on Saturday. Liverpool’s players were informed at training on Sunday.  - Bleacher Report
Dengan perletakan secara tiba-tiba dan tanpa mengetahui sebab utama mengapa Buvac meletak jawatan, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menurut laporan FFT itu; dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengaitkan bekas pembantu beliau itu dengan kekosongan yang bakal ditinggalkan Arsene Wenger di Arsenal.

Laporan akhbar Bosnia (menurut FFT) melaporkan bahawa Buvac merupakan kejutan dalam senarai calon yang bakal menggantikan Arsene Wenger di Arsenal musim depan.

Pun begitu, terdapat juga spekulasi dikalangan media mengatakan bahawa Klopp dan Buvac terlibat dalam masalah peribadi diantara mereka berdua.

Dan bercakap kepada media menjelang perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Roma, Klopp enggan mengulas lanjut berhubung hal ini.

"Kami telah memberi kenyataan melalui kelab mengenai perkara itu dan itu semua adalah apa yang kita katakan pada masa ini - tidak ada apa lagi," kata Klopp kepada wartawan.

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklumat mengenai Buvac ketika ditanya oleh wartawan menjelang pertembungan di Stadio Olimpico menentang Roma.

"Ini sesuatu untuk kemudian," kata Wijnaldum. 

"Saya di sini untuk bercakap mengenai perlawanan dan bukan perkara lain."
 
Adakah Buvac bakal mengendalikan Arsenal musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post