Adrien Rabiot tarik diri dari kem Perancis, kritik Didier Deschamps.

Adrien Rabiot tarik diri dari kem Perancis.Kredit foto: talkSPORT

Pemain tengah Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot (23 tahun), menolak peranan beliau selaku pemain simpanan dalam skuad Piala Dunia Perancis hari ini dan mengkritik jurulatih Didier Deschamps dalam surat terbuka kepada media Perancis.


Dalam surat terbuka yang disiarkan pada laman RTL dan sebagaimana dilaporkan oleh Goal, Rabiot mengkritik Deschamps sambil menjelaskan bahawa beliau membuat pilihan itu kerana tidak percaya ditinggalkan (tidak disenaraikan dalam skuad utama Perancis) kerana alasan   tidak memiliki logik dalam sukan.

“Saya jangka keputusan saya ini pasti akan memberi kesan, tetapi saya kecewa digambarkan sebagai pemain muda tidak matang dan gagal memahami kepentingan apa dilakukan.”

"Ini kerja saya, tetapi bolasepak adalah semangat saya dan untuk mendaki ke tahap tertinggi, saya telah bekerja keras, dan semua yang saya perolehi hari ini adalah kerja keras saya di padang."

"Dan saya mempunyai impian sebagai mana pemain bolasepak iaitu bermain untuk negara saya."

“Memakai jersi biru adalah penghormatan buat saya, sumber penghormatan. Menang bersama Perancis ialah tanggungjawab. Sejak berusia 15 tahun saya bertarung untuk memakai jersi Perancis dalam setiap peringkat umur.” 

"Juga, saya tidak membenarkan sesiapa untuk bercakap bagi pihak saya tentang hubungan saya dengan pasukan Perancis."

“Jika saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada senarai sebagai simpanan, ia kerana saya merasakan pilihan jurulatih membabitkan saya tidak memiliki logik dalam sukan."

"Sejak bertahun mesej yang disampaikan amat jelas dimana persembahan cemerlang bersama kelab membuka pintu ke skuad Perancis.” 

"Saya seorang pesaing tanpa sebarang keraguan, tetapi saya juga seorang lelaki, dan oleh itu saya ingin dianggap seperti itu."

"Pendekatan saya tidak mensasarkan kepada pemain yang dipilih dan saya mengucapkan terima kasih kepada (Noel) Le Graet, Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, kerana menekankan sifat semulajadi tingkah laku dalam pemiilihan saya sejak lapan tahun yang lalu."

"Akhir sekali, saya akan mengambil (bertanggungjawab) semua kesan keputusan saya dengan sokongan keluarga dan saudara saya."

Rabiot merupakan salah seorang daripada 11 pemain yang diminta kekal dan bersedia (standby - senarai pemain simpanan) jika mana-mana 23 pemain pilihan mengalami kecederaaan sebelum Kejohanan Piala Dunia bermula, namun bertindak menarik diri dan menghantar emel kepada Deschamps dengan menyatakan bahawa beliau tidak boleh mengikuti program latihan.

Post a Comment

Previous Post Next Post