Kapten Peru rayu batalkan penggantungan.

Kapten Peru rayu batalkan penggantungan. Kredit foto :Sky Sports

Kapten pasukan bolasepak kebangsaan Peru yang juga merupakan penjaring terbanyak, Paolo Guerrero dilaporkan telah membuat rayuan kepada mahkamah tertinggi Switzerland untuk membatalkan penggantungan membabitkan penggunaan dadah yang akan mengetepikannya dari aksi Piala Dunia, menurut Persekutuan Bolasepak Peru.



Peru layak ke kejohanan Piala Dunia buat kali pertama semenjak kali terakhir membuat penampilan dikejohanan tersebut pada tahun 1982.

Dan Guerrero merupakan nadi utama pasukan kebangsaan Peru dan ketua Persatuan Bola Sepak Peru,  Edwin Oviedo turut memberi sokongan kepada pemain itu dalam membuat rayuan dan berharap isu penggantungan pemain tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Kumpulan C - Piala Dunia 2018
# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Perancis 0 0 0 0 0 0 0 0
2 Australia 0 0 0 0 0 0 0 0
3 Peru 0 0 0 0 0 0 0 0
4 Denmark 0 0 0 0 0 0 0 0

Guerrero sebelum ini dikenakan penggantungan selama setahun oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat kesalahan penggunaan dadah (kokain), namun hukuman tersebut dipendekkan kepada enam bulan selepas keputusan rayuan diterima oleh FIFA pada 20 Disember lalu.

Tempoh enam bulan hukuman penggantungan yang bermula pada 3 November 2017 itu telah pun berakhir namun, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bertindak memanjangkan lagi tempoh penggantungan itu sekali gus menyaksikan Guerrero bakal terlepas aksi Piala Dunia.

Guerrero menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan kokain.

Badan persekutuan pemain antarabangsa, FIFPro dan kapten setiap pasukan yang bakal bertemu Peru dalam saingan peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018 turut mengemukakan rayuan kepada FIFA bagi membatalkan penggantungan itu.

Guerrero memfailkan rayuan kepada Tribunal Persekutuan Switzerland dengan sokongan bertulis daripada ketua Persekutuan Bolasepak Peru, Edwin Oviedo.

“Dia adalah kapten pasukan Peru dan juga simbol harapan untuk seluruh negara ini,” jelas Oviedo menerusi akuan bersumpahnya kepada mahkamah.

“Saya merayu supaya perkara ini dipertimbangkan bukan saja untuk Paolo malah untuk seluruh rakyat Peru.”

Beratus-ratus peminat menyambut Guerrero di lapangan terbang Lima selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan memutuskan untuk melanjut penggantungan terhadap beliau. Kredit foto : The Sun
Guerrero menyatakan bahan berkaitan kokain, benzoylecgonine yang ditemui dalam badannya adalah susulan pengambilan minuman herba yang dicemari dengan daun koka, bahan dalam kokain yang sering digunakan sebagai ubatan tradisional di Amerika Selatan.

The Sun melaporkan dimana CAS mengenakan 14 bulan penggantungan terhadap kapten Peru yang berusia 34 tahun, Paolo Guerrero.  Kredit foto: The Sun
FIFPro dan kapten pasukan Australia, Denmark dan Perancis turut menegaskan bahawa CAS sendiri mengetahui di mana Guerrero mengambil bahan terbabit tanpa sedar dan bukan untuk mendapat kelebihan.

Sumber: Reuters, The Sun dan FIFA

Post a Comment

Previous Post Next Post