Arsenal buat 'U-Turn' perlantikan Arteta dan Unai Emery bakal dilantik menggantikan Arsene Wenger.

Arsenal buat 'U-Turn' perlantikan Arteta dan Unai Emery bakal dilantik menggantikan Arsene Wenger. Kredit foto : Metro

Ketika hampir pasti kita mengetahui pengganti Arsene Wenger bakal diambil alih oleh Mikel Arteta, kini segalanya berubah setelah pihak pengurusan Arsenal berubah hati mengenai perlantikan bekas pemain dan kapten Arsenal ini.



Laporan media Sepanyol, MARCA mendakwa bahawa pengurusan Arsenal yang diketuai oleh Stan Kroenke gagal mencapai kata sepakat dengan CEO Arsenal, Ivan Gazidiz mengenai perlantikan Mikel Arteta.

Marca mendakwa bahawa perlantikan Arteta bakal mengundang risiko kepada Arsenal dan kelab ini memerlukan seorang yang lebih berpengalaman dalam mengemudi pasukan musim depan.

Sehubungan itu, Arsenal bakal melantik bekas pengendali PSG, Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger dan pengumuman bakal dibuat dalam minggu ini.

Unai Emery dipercayai berada di London hari ini untuk berbincang bersama pihak pengurusan Arsenal. Kredit foto: Sky Sports
"We are talking about someone who has done such a great job in his career with the likes of Sevilla and only last week he was named manager of the year in France for the job that he did at PSG." - Sky Sports.

Pengurus baru Arsenal yang bakal dilantik nanti menurut Metro, hanya bertindak dalam memberi pandangan ketika melibat urusan perpindahan dan pembelian pemain.

Dan jika ianya benar, jelas peranan pengurus yang dilantik nanti adalah sebagai Ketua Jurulatih sebagaimana laporan sebelum ini.

Dakwaan perlantikan Emery ini turut dikicau oleh wartawan BBC tersohor, David Ornstein pada laman sosial Twitter beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post