Berita gembira berganda buat peminat Arsenal.

Arteta mahukan kuasa pembelian pemain menjadi milik dan kawalan beliau. Kredit foto: Metro

Seorang pemain tengah dan seorang lagi merupakan bekas pemain tengah dilaporkan bakal menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.




Metro hari ini melaporkan dimana Jack Wilshere bakal menandatangani pembaruan kontrak bersama Arsenal yang bakal menyaksikan beliau bakal bersama kelab ini untuk tempoh tiga tahun.

 Wilshere mengatakan beliau sedia untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Kredit foto: Metro
Manakala, Mikel Arteta pula bakal menandatangani kontrak selaku pengendali Arsenal musim depan.

Tindakan Wilshere yang dikatakan setuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal adalah berpunca daripada keputusan pihak pengurusan untuk melantik Mikel Arteta selaku pengganti Arsene Wenger.

Arteta mendapat sokongan kuat dari Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis, yang percaya bahawa pembantu Pep Guardiola ini mampu mengendalikan Arsenal dengan baik (sempurna) musim depan.

Bekas kapten Arsenal ini dijangka akan dilantik dan pengumuman mengenai perlantikan beliau itu bakal dilakukan dalam minggu ini.

Dan beliau bakal bekerja bersama ketua hubungan bolasepak, Raul Sanllehi dan ketua perekrutan / pengambilan, Sven Mislintat.

Penstrukturan baru ini menyaksikan Mislintat dan Raul dilihat lebih berkuasa dalam melakukan pemilihan serta pembelian pemain baru sementara Arteta pula dilihat ataupun berfungsi sebagai Ketua Jurulatih.

Namun dalam laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, Arteta dikatakan mahu memperolehi ataupun mempunyai kuasa dalam isu berkenaan dasar perpindahan kelab (pembelian pemain).

Sebelum ini juga, difahamkan bahawa seorang lagi bekas pemain Arsenal yang merupakan legenda kelab, Thierry Henry turut ditemuduga oleh pihak pengurusan Arsenal.

Namun menurut laporan tersebut, Ivan Gazidis dikatakan telah memujuk Josh Kroenke (anak kepada pemegang saham terbesar Arsenal, Stan Kroenke) untuk memilih Arteta.

Perlantikan Arteta ini dikatakan selaras dengan penstrukturan baru kelab yang mula dilakukan Gazidis dimana peranan Arteta lebih tertumpu kepada melatih dan membimbing serta membentuk pemain dan bukannya individu yang memikul tugas selaku pengurus pasukan bagi musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post