![]() |
Unai Emery dilaporkan bakal menjadi pengganti Arsene Wenger musim depan. Kredit foto: Daily Express |
Ayah Unai Emery dan juga datuk beliau merupakan pemain bolasepak profesional maka tidak hairanlah jika beliau mewarisi genetik bolasepak mengikuti jejak langkah mereka.
Berbanding ayah dan datuk beliau yang beraksi sebagai penjaga gol, beliau ketika era sebagai pemain bolasepak beraksi sebagai pemain tengah dibahagian kiri (left midfielder).
Dilahirkan di negara Basque (kini sebahagian daripada Sepanyol), beliau memulakan karier awal selaku pemain bolasepak profesional bersama kelab Real Sociedad pada tahun 1990.
Bersara selaku pemain pada tahun 2004 pada usia 32 tahun ekoran kecederaan yang dihadapinya, dengan kelab terakhir yang diwakili beliau adalah Lorca Deportiva CF (Segunda División B).
Peluang untuk menjadi pengurus muncul apabila presiden kelab Lorca Deportiva CF telah menawarkan kepada beliau untuk mengemudikan kelab tersebut pada tahun 2005 (musim 05/06).
Dan nyata beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila berjaya membawa Lorca Deportivo beraksi buat kali pertama di Division Dua Liga Sepanyol.
Kemudian pada tahun berikut 2006, beliau menyertai Almeria yang juga beraksi dalam Division Dua Liga Sepanyol.
Bersama pasukan tersebut, beliau sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya membawa Almeria beraksi ke liga utama Sepanyol, La Liga untuk kali pertama dalam sejarah setelah menamatkan saingan musim 2006/07 ditangga kedua Division Dua.
Kejayaan menamatkan saingan La Liga ditangga ke-8 pada musim kedua bersama kelab tersebut (musim 2007/08) menyebabkan beliau diambil oleh Valencia untuk menggantikan Ronald Koeman sebagai pengurus pada musim 2008/09.
Bersama Valencia (selama empat musim), beliau gagal mencipta sebarang kejayaan dan sekadar berjaya membawa pasukan itu menamatkan saingan La Liga di tempat :
- 2008/09 : tangga ke-6 La Liga
- 2009/10 : tangga ke-3 La Liga
- 2010/11 : tangga ke-3 La Liga
- 2011/12 : tangga ke-3 La Liga
Pada 13 Mei 2012, beliau telah dilantik untuk menjadi pengurus kelab Rusia, Spartak Moscow namun jodoh beliau bersama kelab tersebut tidak lama apabila dipecat pada November tahun itu juga (hampir enam bulan bersama kelab tersebut) ekoran prestasi buruk pasukan.
Januari tahun 2013 beliau kembali ke arena bolasepak Sepanyol apabila mengemudikan Sevilla pada 14 Januari 2013 menggantikan pengurus yang dipecat, Míchel.
Disinilah bermulanya era kegemilangan beliau apabila berjaya membawa Sevilla menjuarai sebanyak tiga kali secara berturut-turut bagi saingan Liga Europa.
Rekod bersama Sevilla
Musim | Kedudukan La Liga | Europa | Copa del rey |
---|---|---|---|
2012-13 | 7 | - | Separuh Akhir |
2013-14 | 5 | Juara | Pusingan 32 |
2014-15 | 5 | Juara | Suku Akhir |
2015-16
|
7
|
Juara | N.Juara |
28 Jun 2016, beliau menyertai gergasi Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG) dengan kontrak selama dua tahun serta mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama setahun lagi (option didalam kontrak) bagi menggantikan Laurent Blanc.
Musim pertama bersama PSG, beliau berjaya membawa pasukan itu menjuarai piala domestik, Coupe de France dan Coupe de la Ligue selain menamatkan saingan liga ditangga ke-2.
Musim pertama bersama PSG (2016/17)
Saingan | Kedudukan Akhir | Pld | W | D | L | GF | GA | GD | Win % |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ligue 1 | Juara | 38 | 27 | 6 | 5 | 83 | 27 | +56 | 71.05 |
Coupe de France | Juara | 6 | 6 | 0 | 0 | 23 | 0 | +23 | 100.00 |
Coupe de la Ligue | Juara | 4 | 4 | 0 | 0 | 13 | 3 | +10 | 100.00 |
Trophée des Champions | Juara | 1 | 1 | 0 | 0 | 4 | 1 | +3 | 100.00 |
Champions League | Round of 16 | 8 | 4 | 3 | 1 | 18 | 13 | +5 | 50.00 |
Dan musim ke-2 bersama PSG, beliau cukup cemerlang dalam saingan domestik apabila menyapu bersih kesemua pertandingan ataupun kejohanan yang dipertandingkan, namun gagal dalam memberi saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila hanya mampu mara ke pusingan 16.
Musim kedua bersama PSG (2017/18)
Saingan | Kedudukan Akhir | Pld | W | D | L | GF | GA | GD | Win % |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ligue 1 | Juara | 38 | 29 | 6 | 3 | 108 | 29 | +79 | 76.32 |
Coupe de France | Juara | 6 | 6 | 0 | 0 | 22 | 5 | +17 | 100.00 |
Coupe de la Ligue | Juara | 4 | 4 | 0 | 0 | 12 | 4 | +8 | 100.00 |
Trophée des Champions | Juara | 1 | 1 | 0 | 0 | 2 | 1 | +1 | 100.00 |
Champions League | Round of 16 | 8 | 5 | 0 | 3 | 27 | 9 | +18 | 62.50 |
Pada 28 April 2018, beliau mengumumkan untuk meninggalkan PSG di akhir musim tersebut dan dipercayai tindakan beliau itu dibuat ekoran tekanan yang diberikan oleh pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi setelah menyaksikan kemasukan pemain ternama ke dalam skuad PSG juga gagal membantu membawa pasukan itu menjadi pasukan digeruni diperingkat Eropah.
Baca : Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery.
Baca : Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery.
![]() |
Skuad PSG musim 2017-2018. |
Skuad PSG 2017-2018 | |||||
---|---|---|---|---|---|
No. | Posisi | Pemain | No. | Posisi | Pemain |
1 | GK | Kevin Trapp | 18 | MF | Giovani Lo Celso |
2 | DF | Thiago Silva (captain) | 19 | MF | Lassana Diarra |
3 | DF | Presnel Kimpembe | 20 | DF | Layvin Kurzawa |
5 | DF | Marquinhos (3rd captain) | 21 | FW | Hatem Ben Arfa |
6 | MF | Marco Verratti | 23 | MF | Julian Draxler |
8 | MF | Thiago Motta (vice-captain) | 24 | MF | Christopher Nkunku |
9 | FW | Edinson Cavani | 25 | MF | Adrien Rabiot |
10 | FW | Neymar | 27 | MF | Javier Pastore |
11 | MF | Ángel Di María | 29 | FW | Kylian Mbappé (on loan from Monaco) |
12 | DF | Thomas Meunier | 32 | DF | Dani Alves |
16 | GK | Alphonse Areola | 40 | GK | Sébastien Cibois |
17 | DF | Yuri Berchiche |
Rekod Pengurus Pasukan
Kelab | Musim | Juara Liga | Europa |
---|---|---|---|
Paris Saint-Germain | 2016–2018 | 16/17 | - |
Sevilla | 2013–2016 | 13/14 14/15 15/16 |
|
Spartak Moscow | 2012 | - | - |
Valencia | 2008–2012 | - | - |
UD Almería | 2006–2008 | - | - |
Lorca Deportiva | 2005–2006 | - | - |