Arsenal dahului pesaing dapatkan pemain muda berusia 21 tahun.

Arsenal dahului pesaing dapatkan pemain muda berusia 21 tahun. Kredit foto : Calcio Mercato 

Arsenal dan Juventus dilaporkan antara pasukan pilihan untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun, Lorenzo Pellegrini dari Roma pada jendela perpindahan musim panas ini.



Dua hari lalu, media Itali, Calcio Mercato  menjelaskan situasi yang mungkin terjadi (kemungkinan) berhubung masa depan pemain tersebut di Roma.

Menurut laporan tersebut, Pellegrini dikatakan mahu kekal bersama Roma namun ianya bergantung kepada pihak kelab tersebut dalam memberi jaminan kepada pemain itu mengenai peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Setakat ini, Pellegrini telah membuat 37 penampilan dalam aksi saingan musim 2017/18 dengan tiga gol berjaya dijaringkan beliau dengan hanya enam kali beraksi penuh (90 minit perlawanan).

Saingan Penampilan Kesebelasan utama
(90 minit)
Bangku Simpanan
(tidak digunakan)
Pemain Gantian
(masuk)
Pemain Gantian
(dikeluarkan)
Tidak bersama skuad
Serie A 28 6 8 6 14 2
UEFA Champions League 8 - 4 4 4 -
Coppa Italia 1 - - 1 -

Rekod musim 2017/18.
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Serie A 28 3 4 1,807'
UEFA Champions League 8 - 1 297'
Coppa Italia 1 - - 21'
JUMLAH 37 3 5 2,125'

Rekod penampilan mengikut posisi
Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Central Midfield 27 3 3
Defensive Midfield 3 - -
Right Midfield 3 - 2
Left Midfield 1 - -


Pellegrini merupakan produk hasil daripada akademi Roma dan pernah dijual Roma kepada kelab Sassuolo pada tahun 2015 dengan nilai perpindahan berjumlah €1.25 juta. Namun Roma membeli kembali pemain ini pada tahun 2017 setelah mengaktifkan klausa pembelian semula bernilai €10 juta.

Kontrak pemain ini bersama Roma bakal berakhir pada Jun 2022 namun dalam perkembangan terkini, Pellegrini dikatakan mahu kepastian terlebih dahulu daripada Roma mengenai perancangan kelab tersebut terhadap beliau sebelum menandatangani kontrak baru pada musim panas ini.

Namun jika perkara tersebut tidak seperti diimpikan Pellegrini, Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini selain kelab Inggeris seperti Arsenal, Manchester United dan juga Manchester City turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Lebih menarik, laporan media Itali itu mengatakan Arsenal merupakan pasukan pilihan untuk mendapatkan Pellegrini, mengatasi pesaing-pesaing lain.

Pellegrini mempunyai klausa pelepasan yang dianggarkan berjumlah sekitar €30 juta (£26 juta), yang mana ianya dilihat tidak terlalu tinggi (mahal) bagi mana-mana kelab untuk mendapatkan pemain kelahiran Itali berusia 21 tahun ini.

So, today, Lorenzo Pellegrini is focused only on Rome and there are reasonable chances that his future is still in the Capital. His situation should be monitored, however, given the many admirers. It is no secret that his name has been on the Juventus notebook for some time and that the bianconeri have never stopped monitoring his situation. But also attention to the top British clubs, ready to pay the clause to bring him in the Premier League: Pellegrini likes the two teams of Manchester and, above all, Arsenal.
--  Calcio Mercato

Manakala laporan terkini talkSport mendedahkan dimana Juventus sedia menghalang (mengatasi) Arsenal daripada menandatangani pemain ini dengan sedia menebus klausa pelepasan pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post