Ejen Andre Silva adakan rundingan bersama Wolves sebagai pilihan terbaik berbanding Arsenal

Ejen Andre Silva adakan rundingan bersama Wolves sebagai pilihan terbaik berbanding Arsenal. Kredit foto : Daily Star

AC Milan menandatangani Andre Silva dari FC Porto pada musim panas lalu dan pemain kebangsaan Portugal itu gagal memberi impak pada musim pertamanya di Serie A. 

Andre Silva setakat ini hanya menjaringkan dua gol bersama pasukan itu dalam saingan liga dan bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama AC Milan.

Rekod penampilan bersama AC Milan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Serie A 24 2 - 924'
Europa League 10 6 - 721'
Europa League Qualifiers 4 2 1 223'
Coppa Italia 2 - 1 97'
JUMLAH 40 10 2 1,965'

Dan daripada jumlah penampilan tersebut, beliau hanya membuat empat kali penampilan penuh (bermain 90 minit) dalam saingan liga dan secara keseluruhanya, 13 penampilan penuh dalam 40 aksi keseluruhan musim pertama bersama AC Milan.

Saingan 90 minit
Serie A 4
Europa League 5
Europa League Qualifiers 2
Coppa Italia 2

Dengan peluang dan masa beraksi yang kurang bersama AC Milan itu maka tidak hairanlah jika pemain ini dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada kelab tersebut.

Media sukan Itali, Calciomercato mendakwa bahawa pemain berusia 22 tahun itu tidak mungkin diberikan peluang kedua untuk membuktikan kehebatan  bersama AC Milan.

Pengarah Urusan Milan, Marco Fassone dan Pengarah Sukan, Massimiliano Mirabelli memiliki hubungan baik dengan ejen Silva, Jorge Mendes

Dan mereka dilaporkan telah memaklumkan kepada wakil pemain tersebut bahawa mereka menjangkakan bayaran sekitar € 31 juta untuk melepaskan (menjual) pemain itu.

Menurut laporan itu juga, Mendes dikatakan telah mula berunding dengan Wolves dan AS Monaco mengenai prospek permindahan Silva ke kelab tersebut pada musim panas ini.

Terdapat laporan tentang minat The Gunners dalam menandatangani Silva, bagaimanapun menurut laporan Calciomercato, mereka mendakwa masih belum dapat mengesahkan sebarang usaha dan tindakan yang dilakukan Arsenal dalam menandatangani pemain Portugis ini.

Pada awal Januari lalu, pemain ini dikaitkan dengan Arsenal sebagai pengganti kepada Alexis Sanchez dan juga sebagai pemain pilihan seandainya gagal mendapatkan Aubameyang.

Dengan Wolves dikaitkan dengan kemasukan beberapa pemain baru setelah berjaya menyertai Liga Perdana Inggeris musim depan, selepas menjuarai liga Championship (liga kedua tertinggi Inggeris) musim 2017/18; Mendes cuba untuk menyakinkan Wolves menandatangani Andre Silva.

Post a Comment

Previous Post Next Post