Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian III : PSG. Kredit foto : marca |
Selepas berjaya mencipta kegemilangan bersama Sevill, Unai Emery berhijrah menyertai PSG pada 28 Jun 2016 selaku Ketua Jurulatih dengan kontrak selama dua tahun (2+1, pilihan untuk menyambung kontrak pada tahun ketiga).
Dalam melaksanakan serta menjayakan taktikal beliau bersama PSG, Emery telah membawa masuk Grzegorz Krychowiak, pemain pertahanan tengah bertahan (defensive midfielder) yang juga mampu beraksi selaku pemain pertahanan tengah (center back) ketika berada di Sevilla dibawah kendalian beliau.
Grzegorz Krychowiak dibawa masuk ke PSG dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar €25 juta. |
Baca: Falsafah bolasepak dan taktikan Unai Emery - Bahagian I : Pengenalan.
Barisan pemain PSG musim 2016/17
No Jersi | Pemain | Penampilan Liga | Jaringan |
---|---|---|---|
Penjaga gol | |||
1 | Kevin Trapp | 23 | 0 |
16 | Alphonse Areola | 14 | 0 |
40 | Rémy Descamps | 0 | 0 |
Pertahanan | |||
2 | Thiago Silva | 27 | 6 |
3 | Presnel Kimpembe | 18 | 0 |
5 | Marquinhos | 26 | 1 |
12 | Thomas Meunier | 18 | 2 |
17 | Maxwell | 18 | 0 |
19 | Serge Aurier | 20 | 0 |
20 | Layvin Kurzawa | 18 | 3 |
31 | Alec Georgen | 0 | 0 |
Tengah | |||
4 | Grzegorz Krychowiak | 7 | 0 |
6 | Marco Verratti | 25 | 2 |
8 | Thiago Motta | 24 | 1 |
10 | Javier Pastore | 9 | 2 |
11 | Ángel Di María | 25 | 13 |
14 | Blaise Matuidi | 26 | 6 |
18 | Giovani Lo Celso | 0 | 0 |
21 | Hatem Ben Arfa | 5 | 2 |
23 | Julian Draxler | 12 | 8 |
24 | Christopher Nkunku | 5 | 2 |
25 | Adrien Rabiot | 19 | 3 |
34 | Lorenzo Callegari | 0 | 0 |
Penyerang | |||
7 | Lucas Moura | 28 | 18 |
9 | Edinson Cavani | 34 | 49 |
15 | Gonçalo Guedes | 1 | 0 |
29 | Jean-Kévin Augustin | 1 | 1 |
*penampilan: dikira sebagai pemain itu bermula dalam kesebelasan utama pasukan dalam saingan liga Perancis (Ligue 1).
PSG musim itu juga telah membawa masuk tujuh pemain dengan nilai keseluruhan perpindahan berjumlah €136 juta (£ 119 juta).
Posisi | Pemain | Kelab lama | Nilai perpindahan |
---|---|---|---|
MF | Hatem Ben Arfa | Nice | Free Transfer |
MF | Grzegorz Krychowiak | Sevilla | €25,000,000 |
FW | Jesé | Real Madrid | €25,000,000 |
DF | Thomas Meunier | Club Brugge | €7,000,000 |
MF | Giovani Lo Celso | Rosario Central | €15,000,000 |
MF | Julian Draxler | Wolfsburg | €34,000,000 |
FW | Gonçalo Guedes | Benfica | €30,000,000 |
JUMLAH | €136 juta |
Dan boleh dikatakan Emery memperolehi sokongan kuat daripada pihak pengurusan kelab dalam membina pasukan dengan kemasukkan beberapa pemain dengan nilai perpindahan yang dilakukan PSG pada musim itu.
Dengan formasi 4-3-3 yang kerap digunakan beliau, barisan pemain yang menjadi pilihan dan sering kali diturunkan Emery bagi saingan Ligue 1 adalah seperti berikut (gambar I):
(gambar I) |
Walaupun menggunakan formasi 4-3-3 (menyerang) namun kekuatan Emery dalam menggunakan kelebihan pemain tengah jelas memperlihatkan bentuk dan struktur pasukan yang fleksibel sebagaimana beliau amalkan ketika bersama Sevilla.
(gambar II) |
Tindakan ini juga memperlihatkan Emery mahu PSG menguasai bahagian tengah padang (salah satu elemen penting dalam falsafah Emery - penguasaan).
(gambar III) |
Daripada formasi 4-3-3, taktikal Emery itu turut mampu membentuk ataupun menukarkan formasi pasukan menjadi 3-4-3 dengan Motta akan turun ke bawah (ke bahagian pertahanan) menjadi center back sementara dua pemain pertahanan (kiri dan kanan) akan naik ke atas menjadi pemain sayap bertahan (wing back).
PSG tetap mementingkan barisan tengah dengan 2 pemain berada dihadapan barisan pertahanan.Kredit info grafik : c_campbell18 |
Dan ini memberi penumpuan kepada bahagian tengah dengan menyempitkan ruang tengah disamping kepentingan pemain seperti Verratti dan Matuidi untuk menggerakkan jentera serangan PSG.
Kelebihan taktikal Emery ini adalah dengan memaksa pertahanan luar (kiri dan kanan) lawan untuk memilih pemain untuk me'marking' ataupun membiarkan pemain PSG ini berada bebas dibahagian luar (dengan membiarkan pemain Kurzawa dan Meunier tanpa di'marking').
Pada masa yang sama ianya memberi 'fluidity' dan kebebasan dalam penguasaan (salah satu prinsip dan falsafah Emery) ketika pembentukan formasi ini selain memberi peluang untuk bertahan pada bahagian tengah apabila gagal dalam penguasaan dengan melakukan tekanan.
Ketika ini juga ianya bakal membentuk formasi asas 4-3-3 ( gambar I) dengan tekanan akan diberikan oleh tiga pemain tengah (center midfielder dan defensive midfielder) untuk memaksa pihak lawan bermain hantaran jauh.
Namun risiko yang bakal ditanggung pasukan Emery adalah untuk berdepan ataupun menghadapi situasi kehilangan bola.
Dan disini seandainya defensive midfielder terlepas daripada menyekat lawan, kebolehan dan kemampuan dua pemain pertahanan (center back) dalam menghadapi lawan amatlah penting.
Dua ciri utama yang dititik beratkan Emery adalah keupayaan dua pertahanan tengah untuk menangani hantaran (cross) kedalam kawasan gol PSG selain kemampuan berdepan lawan secara 1 vs 1.
Kredit info grafik : c_campbell18 |
Secara umumnya formasi dan taktikal yang digunakan Emery ketika ini tidak jauh beza apa yang diamalkan beliau ketika bersama Sevilla dengan dua faktor utama iaitu pressing dan possession.
Serta peranan pemain defensive midfielder adalah sangat penting dalam struktur pasukan kerana mereka bertanggungjawab untuk menentukan serta membentuk struktur sehingga berada pada posisi pertahanan tengah.
Disamping kebolehan dua pemain pertahanan untuk menutup ruang yang bakal ditinggal oleh pertahanan kiri dan kanan.
Secara keseluruhannya, Emery menggunakan atau membentuk pasukan dengan membina serangan dari bawah serta keupayaan pemain untuk memahami taktikal dan peranan secara keseluruhan (berpasukan).
Selain possession dan pressing yang menjadi asas falsafah Emery, speed juga merupakan kunci dalam kejayaan taktikal yang digunakan beliau selain faktor pemain seperti:
- Speed of Play: Hantaran pertama dengan bermain 2 atau 3 sentuhan melainkan menggelecek.
- Awareness: Persiapan sebelum menerima bola.
- Body shape: Untuk melindungi bola di bawah tekanan / bermain hantaran dengan yang boleh mengelirukan pihak lawan.
- First touch: Tiada dari tekanan / bergerak (menghentikan bola mati bagi memberi masa untuk menutup ruang).
- Positional Understanding: Kebolehan berada diposisi yang betul untuk menerima dan menghantar bola serta kesediaan untuk berubah daripada menyerang ke bertahan ataupun sebaliknya.
Tonton video penerangan taktikal Emery bersama PSG selepas kemasukkan Neymar dan Mbape dibawah.