Arsenal mulakan langkah pertama dapatkan Lucas Torreira.

Arsenal mulakan langkah pertama dapatkan Lucas Torreira. Kredit foto : Forza Inter Forums

Arsenal dilaporkan telah memulakan langkah pertama dalam usaha untuk mendapatkan pemain tengah Serie A dan mahu perjanjian diselesaikan dalam beberapa minggu akan datang.



Selepas dikatakan gagal untuk mendapatkan pemain tengah, Fabinho yang kini sah menjadi pemain Liverpool, Arsenal dikatakan telah memulakan langkah pertama apabila berunding dengan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira.

Sebelum itu, Fabinho dikatakan menjadi pemain yang pernah disasarkan oleh Emery ketika mengendalikan Paris Saint-Germain (PSG) dan tindakan lambat Arsenal untuk berunding mendapatkan pemain ini dikatakan punca mengapa Fabinho menyertai Liverpool menurut laporan Sky Sports.

Namun ianya bukanlah satu perkara untuk peminat Arsenal berasa sedih mahupun kecewa memandangkan Emery baru sahaja dilantik menjadi pengendali baharu Arsenal minggu lepas (23 Mei 2018).

Terbaru, Arsenal dikatakan telah berunding dengan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira untuk kemasukan musim panas ini menurut laporan media Itali, TuttoMercatoWeb.

Laman web Itali itu mendakwa bahawa Arsenal telah memutuskan untuk menandatangani Lucas Torreira yang juga menjadi sasaran Napoli dan menjangkakan perjanjian tersebut bakal diselesaikan dalam minggu akan datang.

Not just Naples. English sirens for Lucas Torreira. The Sampdoria midfielder finished in the Arsenal's sights. First contacts in progress, an agreement will be sought in the coming weeks. Naples always in the background, but Arsenal tries. The market around Torreira lights up.

Siapa Lucas Torreira?

Lucas Sebastián Torreira Di Pascua merupakan pemain bolasepak kebangsaan Uruguay yang beraksi pada posisi tengah bertahan (defensive midfielder) untuk kelab Itali, Sampdoria di Serie A.

Pemain berusia 22 tahun ini pernah menjadi sasaran beberapa kelab Itali seperti Milan, Roma dan juga Inter serta kontrak pemain ini bersama Sampdoria bakal berakhir pada Jun 2022 dan memiliki klausa pelepasan berjumlah €25 juta (£ 21 juta).

Semenjak menyertai Sampdoria pada tahun Julai 2016, beliau telah membuat 73 penampilan dengan empat gol berjaya dijaringkan beliau dan gol-gol tersebut dijaringkan beliau pada musim kedua bersama kelab itu (2017/18).



Rekod penampilan bersama Sampdoria
Musim Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
2017-18 Serie A 36 4 1
Coppa Italia 1 - -
2016-17 Serie A 35 - 3
Coppa Italia 1 - -
JUMLAH 73 4 4

Kelebihan ataupun kehebatan
Mental
  • seorang yang dahagakan kejayaan.
  • semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah (berputus asa).
  • sentiasa fokus dalam perlawanan.
  • sentiasa tahu akan apa yang harus dilakukan
  • 'terer' membaca perlawanan.

Pertahanan
  • sering melakukan 'interception' dan mematahkan serangan lawan.
  • cepat untuk memenangi bola, terutamanya dalam situasi 1 lawan 1.
  • kemahiran melakukan 'tackle' yang bersih, memenangi kebanyakan duel.
  • kelebihan dalam perebutan bola tinggi (tandukan 'power').
  • 'great decision making'.
  • jarang kehilangan bola.
Serangan
  • deep lying playmaker, menentukan tempo dan arah permainan pasukan.
  • peratusan tinggi dalam melengkapkan hantaran.
  • 'vision' yang tinggi.
  • hantaran jauh yang berkualiti dan tepat.
  • sepakan percuma yang berbisa 
Video

Post a Comment

Previous Post Next Post