'Pakar' ESPN persoal tindakan Stephan Lichtsteiner sertai Arsenal

Pakar' ESPN persoal tindakan Stephan Lichtsteiner sertai Arsenal. Kredit foto : Skysports

Rumors perpindahan dengan mengaitkan pemain pertahanan Juventus, Stephan Lichtsteiner menyertai Arsenal dilihat sesuatu yang tidak munasabah menurut pundit ESPN.



Begitulah pendapat pundit ESPN FC yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa Venezuela, Alejandro Moreno sebagai mana dipetik daripada laporan Express.

Moreno, 38 tahun mewakili Venezuela pada dari 2004 sehingga 2012. Kredit foto: ESPN Front Row
Kontrak Lichtsteiner bersama Juventus bakal berakhir pada penghujung bulan depan dan beliau ketika ini dikatakan sedia meninggalkan kelab itu menjelang musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Switzerland itu turut dilaporkan sedang berbincang dengan Arsenal mengenai prospek perpindahan secara percuma sejurus berakhirnya kontrak berliau bersama Juventus.

Dakwaan itu turut diperkukuhkan lagi dengan laporan yang mengatakan bahawa kelibat beliau kelihatan di pusat latihan Arsenal pada Jumaat lalu dan dipercayai berbincang mengenai isu ini (perpindahan).

Baca: Arsenal Berunding Bersama Stephan Lichtsteiner  

Namun Moreno tidak merasakan pada usia 34 tahun, Lichtsteiner akan mendapat masa permainan sebagaimana yang pemain itu mahukan bersama Arsenal.

"Saya tidak nampak apa kelebihan yang akan diperolehi daripada Lichtsteiner," kata Moreno.

"Dia seorang pemain yang hanya akan menghabiskan masa disana (Arsenal)."

"Dia mungkin keluar dari Juventus semata-mata kerana tidak mendapat masa bermain yang dikehendaki beliau ketika di Juventus."

"Kekurangan aksi ketika bersama Juventus, semakin tua, saya tidak merasakan Arsenal benar-benar memperolehi kelebihan dengan menandatangani Lichtsteiner."

Lichtsteiner mungkin bakal menjadi pemain pertama yang menyertai Arsenal dibawah kendalian Unai Emery dengan pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos juga turut dilaporkan hampir menyempurnakan perpindahan yang berjumlah £16 juta ke Emirates.

Dan difahamkan, urusan perpindahan Papastathopoulos bakal diselesaikan dalam minggu ini berdasarkan laporan Evening Standard.

Jika benar, maka kemungkinan besar Sokratis Papastathopoulos bakal menjadi pemain pertama yang menyertai Arsenal dibawah kendalian Unai Emery berbanding Stephan Lichtsteiner.

Post a Comment

Previous Post Next Post