Arsenal tawar €30 juta bagi pemain tengah serba boleh.

Media Itali, TMW mendakwa Arsenal dan AS Monaco telah membuat tawaran bagi mendapatkan pemain tengah serba boleh AS Roma.

Arsenal tawar €30 juta bagi mendapatkan pemain tengah serba boleh AS Roma, Cengiz Under. Kredit Foto : AS
Dalam laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh TMW itu, mereka telah mengatakan bahawa Arsenal dan Monaco telah membuat tawaran bagi mendapatkan Cengiz Under yang berusia 20 tahun pada petang semalam (petang Selasa - waktu UK).





The Gunners dikatakan telah membuat tawaran berjumlah €30 juta (£26 juta) kepada kelab Serie A itu dan Monaco pula dikatakan membuat tawaran sedikit tinggi dengan dipercayai berjumlah €35 juta (£30 juta).


Namun tawaran kedua-dua pasukan itu (Arsenal dan Monaco) masih tidak mencukupi buat Roma untuk melepaskan Cengiz Under dengan Roma tidak mempunyai sebarang  tekanan bagi menjual pemain tersebut ketika ini.

Dipercayai, Roma hanya sedia melepaskan pemain muda dengan nilai sekitar €50 juta (£43 juta), mengikuti penilaian mereka terhadap pemain tengah kelahiran Turki yang menyertai mereka 14 Julai lalu (2017).

Walaupun beliau bermula dengan sukar di Roma namun prestasi beliau semakin meningkat disepanjang musim dan ianya tidak mengejutkan jika pemain muda ini mendapat perhatian daripada kelab-kelab ternama termasuklah Arsenal.

Rekod penampilan beliau bersama Roma musim ini dianggap cemerlang buat pemain muda yang berusia 20 tahun ini dimana beliau telah meledakan lapan gol dengan dua bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Bermain selaku sayap kanan, beliau juga mampu beraksi pada sayap kiri serta pada posisi attacking midfielder.

Rekod penampilan bersama AS ROMA 2017/18.
Saingan Penampilan Gol Assist
Serie A 26 7 1
Champions League 5 1 1
Coppa Italia 1 - -
JUMLAH 32 8 2

Penampilan mengikut posisi.
Posisi Penampilan Gol Assist
Sayap Kanan 22 8 2
Sayap Kiri 2 - -
Attacking Midfield 2 - -
JUMLAH 26 8 2

Kontrak pemain ini bakal berakhir pada 30 Jun 2022 namun dikatakan pihak Roma sedang berunding untuk melanjutkan kontrak pemain ini untuk mengekalkan Cengiz Under sehingga 30 Jun 2023 dengan pendapatan bersih berjumlah €2 juta termasuk bonus.

Post a Comment

Previous Post Next Post