Pertaruhan Arteta menjadi pengurus Arsenal 'dihentikan'.

Pertaruhan Arteta menjadi pengurus Arsenal 'dihentikan'. Kredit foto : The Telegraph

Pertaruhan pada pengurus Arsenal yang seterusnya digantung dengan dijangkakan The Gunners semakin hampir melakukan pengumuman.


Bekas pemain dan kapten Arsenal, Mikel Arteta menjadi calon favourite untuk mengemudikan Arsenal musim depan.

Betway adalah sebuah syarikat perjudian antarabangsa yang beroperasi secara pasaran dalam talian (online) dan memegang lesen perjudian di UK, Malta, Itali, Denmark, Sepanyol, Belgium, Jerman, Ghana, Kenya, Ireland dan yang terbaru adalah Nigeria.

Dengan kekosongan kerusi panas Arsenal kini tersedia untuk diduduki oleh beberapa nama yang dikaitkan ketika ini, syarikat perjudian itu (Betway) telah menangguhkan (menggantungkan) pertaruhan pada Mikel Arteta untuk menjadi pengurus Arsenal yang seterusnya.

Sebelum ini, Massimiliano Allegri dan Luis Enrique merupakan antara calon yang paling hangat dan berada disenarai paling atas untuk menggantikan Arsene Wenger, namun Arteta turut berada didalam senarai yang tersebut yang menjadi pilihan Ivan Gazidis.

(Baca : Arsenal dalam dilema pengganti Wenger)

Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Allegri kini sedia untuk kekal bersama Juventus (baca disini), perbincangan untuk membawa Arteta kembali ke Emirates dikatakan semakin hampir menjadi kenyataan menurut laporan Football London.

Khabar angin kini semakin kencang mengatakan dan mencadangkan bahawa Arteta bakal diumumkan sebagai pengganti Wenger pada hari Jumaat nanti.
Arteta dijangka bakal diumumkan sebagai pengganti Wenger Jumaat ini. Kredit foto : Football London
Pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann juga dikaitkan dengan pengganti kepada Wenger, namun Pengarah Bolasepak kelab tersebut, Alexander Rosen telah mengesahkan bahawa pengendali muda yang berusia 30 tahun itu akan kekal bersama pasukan tersebut dalam menghadapi saingan liga Jerman (Bundesliga) musim depan.

Memandangkan pertaruhan yang begitu memuncak (dengan kemungkinan ianya adalah betul) terhadap Arteta untuk mengambil alih tugas pengurus pasukan Arsenal musim depan, Betway telah menggantungkan semua pertaruhan terhadap pembantu Pep Guardiola di Man. City yang berusia 36 tahun itu.

"After heightened betting activity this morning, running in line with reports that a deal is close, we’ve been forced to suspend betting on Mikel Arteta taking over as the Arsenal manager," said a spokesperson from Betway.

Post a Comment

Previous Post Next Post