![]() |
Diego Maradona kini menjadi presiden kelab bola sepak Belarus. Kredit foto : FC Dynamo Brest |
Kelab bola sepak Belarus, Dynamo Brest mengesahkan pada Selasa malam (awal pagi Selasa, waktu Malaysia) bahawa legenda Argentina itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pasukan mereka.
Sebelum ini, Maradona menguruskan kelab bolasepak UAE yang beraksi pada division kedua liga bolasepak negara tersebut, Fujairah.
Tindakan Dynamo Brest melantik Maradona itu adalah bertujuan mahu menghentikan dominasi BATE Borisov yang telah memenangi 12 gelaran liga secara berturut-turut.
Melalui media sosial rasmi kelab tersebut (twitter), mereka telah mengesahkan perlantikan Maradona itu.
"Ya, Diego bersama kami,"
"Pemain bolasepak legenda Diego Armando Maradona menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab bolasepak, Dynamo Brest dan memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga kelab."
"Diego Maradona akan terlibat dalam isu pembangunan strategik kelab serta berinteraksi dengan kesemua unit (department) pasukan termasuk akademi remaja."
📷 Исторические фото! #fcdb1960 pic.twitter.com/g5uPDijrUW— FC Dynamo Brest (@dynamobrest) May 15, 2018
Menurut pendedahan yang dibuat pada laman sosial rasmi (twitter) mereka itu, Maradona akan memulakan tugas barunya di Belarus selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia Rusia pada pertengahan Julai nanti.
Диего Марадона будет заниматься вопросами стратегического развития клуба, а также взаимодействовать со всеми его структурными подразделениями, включая детскую академию "Динамо-Брест".— FC Dynamo Brest (@dynamobrest) May 15, 2018
Марадона приступит к своим полномочиям после окончания Чемпионата мира в России. https://t.co/Mt5AcW4U8d
Tags
Lain-Lain