Arsenal semakin hampir melengkapkan perpindahan pertama dengan dua tahun perjanjian untuk pemain yang sangat diperlukan

Arsenal semakin hampir melengkapkan perpindahan pertama dengan dua tahun perjanjian untuk pemain yang sangat diperlukan (Sokratis Papastathopoulos). Kredit foto : Daily Star

Arsenal kini semakin hampir melengkapkan perpindahan bagi membawa masuk pemain pertama pada jendela perpindahan musim panas ini.



Sebelum ini kami melaporkan dimana pemain pertahanan berpengalaman Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos sah dikatakan bakal menyertai Arsenal musim depan berdasarkan laporan daripada media Jerman, Bild.

Difahamkan,kontrak Sokratis Papastathopoulos bersama Dortmund bakal berakhir pada Jun 2019, dan beliau dikatakan enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab tersebut menyebabkan Dortmund tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan beliau (jual) pada jendela perpindahan musim panas ini.

Michael Zorc, Dortmund sporting director. Kredit foto : 90Min
“Until now discussions haven’t left us with the impression there will be an extension,” - Michael Zorc, (sebagaimana dipetik daripada laman Ruhr Nachrichten) yang mengatakan rundingan pembaruan kontrak masih menemui kegagalan diantara Dortmund dan Papastathopoulos.

Dakwaan Bild sebelum ini yang mengatakan bahawa Papastathopoulos sah akan menyertai Arsenal musim depan diperkukuhkan lagi dengan berita terbaru mengenai Dortmund sedang mencari pengganti kepada pemain pertahanan tersebut.

Untuk itu, mereka (Dortmund) perlu melepaskan Papastathopoulos (jual) pada jendela perpindahan musim panas ini bagi membawa masuk pemain pertahanan baru.

Laporan yang sama sekali lagi mendakwa kemungkinan Papastathopoulos akan menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan sekitar €20 juta pada musim panas ini dengan dakwaan pemain kebangsaan Greece itu dikatakan telah bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama Arsenal.



Dan Dortmund pula dilaporkan telah mengenalpasti Abdou Diallo daripada Mainz sebagai pengganti kepada Papastathopoulos.

Abdou Diallo daripada kelab Mainz menjadi sasaran Dortmund bagi menggantikan Papastathopoulos. Kredit foto: Sporting Freak
Sebelum ini, Abdou Diallo turut dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu.

Ketua pengambilan (Head of recruitment) Arsenal, Sven Mislintat dikatakan mahu membawa bekas kapten skuad U21 Perancis menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari musim lalu (2017/18), namun dengan perkembangan terkini; Mislintat dilihat lebih memilih untuk membawa masuk Papastathopoulos berbanding Abdou Diallo.

Dan Dortmund pula dikatakan bakal membawa masuk pertahanan baru iaitu Abdou Diallo selepas melepaskan Papastathopoulos kepada Arsenal.

Dengan nilai perpindahan sekitar €20 juta bagi Papastathopoulos, seorang pemain pertahanan yang berpengalaman, ianya semenangnya harga yang berpatutan dan dianggap tidak sepatutnya menjadi halangan buat Arsenal.

Lebih-lebih lagi, Arsenal bakal kehilangan dua pertahanan berpengalaman Arsenal, Per (bersara) dan Koscielny pula sering mengalami kecederaan serta seorang lagi pemain pertahanan yang diragui dengan prestasi semasa beliau iaitu Mustafi; ianya dilihat sesuatu yang amat diperlukan ketika ini bagi menghadapi saingan musim depan.

Pemain yang sangat diperlukan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post