Sokratis Papastathopoulos, tawaran Arsenal kurang 3 juta daripada pemintaan Dortmund.

Sokratis Papastathopoulos, tawaran Arsenal kurang 3 juta daripada pemintaan Dortmund. Kredit foto : The Independent

Kontrak pemain pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos hanya tinggal setahun lagi bersama kelab tersebut dan beliau sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.



Bild sebelum ini melaporkan kelab Bundesliga itu (Dortmund) sedang mencari pemain baru bagi memperkuatkan barisan pertahanan mereka dan dikatakan telah mengenalpasti pemain yang bakal dibawa masuk mereka musim depan.

Dan untuk itu, mereka dilaporkan sedia melepaskan pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan turut mendakwwa bahawa Papastathopoulos telah bersetuju menyertai Arsenal.

Manakala Kicker dalam laporan terkini mendakwa Papastathopoulos mahu menyertai kelab Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini dengan mengatakan bahawa pemain pertahanan tersebut telah memutuskan untuk mengikuti jejak langkah bekas rakan sepasukan beliau yang pernah bersama di Dortmund dahulu, Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang ke Arsenal. 

Laporan di England mengatakan bahawa Arsenal sedia membayar €15 juta (£13 juta) bagi mendapatkan pemain kebangsaan Greece itu.

Tawaran yang dikemukakan Arsenal itu kurang 3 juta daripada apa yang diminta oleh Dortmund

Kicker mendakwa Dortmund menuntut bayaran perpindahan sebanyak €18 juta (£15.7 juta) berbanding €20 juta (£17.5 juta) yang telah dilaporkan sebelum ini bagi membolehkan kelab tersebut melepaskan Papastathopoulos.

Sokratis: Arsenal bietet 15 Millionen Euro, der BVB will 18. Mit Sokratis kündigt sich unterdessen auch der erste Abgang nach Roman Weidenfeller (Karriere-Ende) an. Der griechische Innenverteidiger hat sich entschieden und folgt seinen früheren Klubkollegen Henrikh Mkhitaryan und Pierre-Emerick Aubameyang zum FC Arsenal. Strittig ist nur noch die fällige Ablöse: Der Klub aus der Premier League bietet nach englischen Medienberichten 15 Millionen Euro, Dortmund fordert drei Millionen Euro mehr. Der Vertrag von Sokratis läuft nur noch ein Jahr - BVB-Sportdirektor Michael Zorc bietet sich jetzt letztmalig die Möglichkeit, mit dem Abwehrspieler noch Kasse zu machen.
-- Kicker.

Terjemahan (Google Translate):
Sokratis: Arsenal offers 15 million euros, the BVB wants 18
Meanwhile, with Sokratis announces the first departure for Roman Weidenfeller (career end). The Greek central defender has decided to follow former club-mates Henrikh Mkhitaryan and Pierre-Emerick Aubameyang to Arsenal. Disputed is only the due fee: The club from the Premier League offers according to English media reports 15 million euros, Dortmund calls three million euros more. The contract of Sokratis runs only one year - BVB sporting director Michael Zorc now offers the last time the possibility to make with the defender still cash. 

Jika mengambil kira laporan tersebut, perpindahan Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal kini hanya 'tergantung' akibat daripada rundingan dan persetujuan kedua-dua kelab dalam nilai sebenar yang mampu dicapai di antara Arsenal dan Dortmund dengan Papastathopoulos telah pun bersetuju untuk menyertai Arsenal sebagaimana laporan sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post