Emery mahukan pembantu tambahan dengan mereka yang mempunyai 'Arsenal'


Emery mahukan pembantu tambahan dengan mereka yang mempunyai 'Arsenal'.

Ketua Jurulatih Arsenal yang baru dilantik, Unai Emery mahukan pembantu tambahan dengan dikatakan mahu mengambil dikalangan mereka yang mempunyai kaitan (semangat) Arsenal serta  mampu bertutur (bercakap) dalam bahasa Sepanyol.




Selepas sah menjadi Ketua Jurulatih baru Arsenal, Unai Emery kini mempunyai tugas berat dalam menjadikan kembali Arsenal sebagai sebuah pasukan yang digeruni.

Selain menumpukan perhatian dalam membentuk pasukan yang mampu bersaing dalam saingan domestik dan Eropah (Liga Europa) musim depan, tumpuan utama Emery ketika ini sudah tentunya pada barisan kejurulatihan dan pembantu beliau.

Menurut laporan MarcaJuan Carlos Carcedo, Pablo Villanueva dan Víctor Mañas akan menjadi sebahagian daripada kakitangan (pembantu) Emery di Arsenal. 

Carcedo merupakan pembantu kepada Emery ketika mengendalikan pasukan Almeria, Valencia, Sevilla dan PSG,  dijangka akan menyertai Emery di Arsenal juga sebagai pembantu (assistant head coach), manakala Villanueva akan menjadi pembantu jurulatih dan Mañas akan menjadi pembantu dalam tugas selaku video analisis.

Laporan itu turut mendakwa bahawa Emery dan tiga pembantu utamanya percaya bahawa ia adalah terbaik buat mereka untuk mempunyai pembantu yang mempunyai kaitan dengan Arsenal.

Steve Bould turut dikatakan menjadi pilihan Emery namun laporan itu juga menyebut bahawa Emery tidak menolak untuk mendapatkan pembantu lain yang mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol selain mempunyai kaitan dengan Arsenal (mungkin bekas pemain Arsenal).

Manakala nasib Steve Bould dan Jens Lehmann yang dikekalkan sebelum ini bakal diputuskan Emery kemudian.

Post a Comment

Previous Post Next Post